Anda di halaman 1dari 2

UNIT PRASEKOLAH IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG. ___________________________________________________________________ Ruj.

Kami : IPGKTB/03/003/Jld3( ) Tarikh : 15 Julai 2013 Ibu bapa/ Waris / Penjaga Murid Prasekolah Mithali IPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang. Tuan/Puan,
HARI PROFIL PENTAKSIRAN MURID-MURID PRASEKOLAH IPGKTB TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. 2. Untuk makluman para ibubapa dan waris, program hari profil pelaporan pentaksiran murid-murid Prasekolah Mithali akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh Masa Tempat : 25 Julai 2013 ( Khamis ) : 09.30 pagi ~ 11.30 pagi : Kelas Prasekolah Mithali

3. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada waris tentang prestasi anak tuan/puan dalam pencapaian Tahap Penguasaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk tempoh Januari hingga Jun 2013. Disamping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada para ibubapa dan waris untuk berbincang mengenai perkembangan dan kemajuan diri anak-anak serta dapat mengeratkan hubungan antara waris dan guru ke arah kecemerlangan murid-murid. 4. Sehubungan dengan itu, pihak prasekolah sangat berharap agar ibu bapa / waris dapat hadir dan murid-murid dibenarkan pulang bersama waris selepas mengambil pelaporan tersebut. 5. Pihak prasekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam menjayakan program ini. Sekian, Saya yang menurut perintah,

ZAIRIHAN BT CHE HARON Ketua Unit Prasekolah IPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.

UNIT PRASEKOLAH IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG. ___________________________________________________________________ Ruj. Kami : IPGKTB/03/003/Jld3( ) Tarikh : 13 Ogos 2012 Ibu bapa/ Waris / Penjaga Murid Prasekolah Mithali IPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang. Tuan/Puan,
CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. 2. Untuk makluman ibu bapa dan waris, cuti Hari Raya Aidil Fitri bagi Prasekolah IPG Kampus Tuanku Bainun akan bermula dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos 2012. Murid-murid akan kembali ke sekolah semula pada 27 Ogos 2012 ( Isnin ). 3. Unit Prasekolah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ibu bapa dan murid-murid Prasekolah Mithali IPG Kampus Tuanku Bainun. Sekian.

Saya yang menurut perintah.

ZAIRIHAN BT CHE HARON Ketua Unit Prasekolah IPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai