Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM LAWATAN ILMIAH T3PS (SEMESTER 5) IPG KAMPUS PULAU PINANG BUKIT COOMBE 11700 GELUGOR PULAU PINANG

________________________________________________________________________ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : IPP/C34/JLD1(94) Tarikh : 20 Februari 2012 Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang 11700 Gelugor Pulau Pinag Melalui Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Pulau Pinang Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH KE PUSAT SUKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar guru dari program PISMP T3PS dari IPG Kampus Pulau Pinang akan mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai memenuhi keperluan kursus PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. 3. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon kebenaran tuan untuk membenarkan pihak kami mengadakan lawatan ke UUM mengikut ketetapan seperti dibawah : Tarikh : 3 Mac dan 4 Mac 2012 Hari : Sabtu dan Ahad Masa : 8.00 pagi 12.00 tengahari Peserta : 22 orang ( 20 pelajar guru dan 2 orang pensyarah) * bersama-sama ini dikepilkan bersama kertas kerja berkaitan untuk rujukan pihak tuan. 4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

5. Di atas kerjasama pihak tuan , terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

. (FATIMAH BINTI IDHA NAWAWI) Setiausaha Projek Lawatan Ilmiah T3PS (Semester 5) IPG Kampus Pulau Pinang s.k Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai