Anda di halaman 1dari 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru Malaysia

SLOT KEROHANIAN/TAZKIRAH
BINA INSAN GURU (BIG)
PISMP AMBILAN JUN 2018

Tarikh : 7 Julai 2021


Masa : 6:20-6:30 Pagi
Medium : Google Meet
Kehadiran : 81/82
Penyampai : Ahli Kumpulan 1

Topik Perbincangan
1. Kem komandan memberi taklimat ringkas mengenai pergerakan keseluruhan
BIG secara dalam talian kepada guru pelatih PISMP Jun 2018.
2. Kem komandan turut mengingatkan semua peserta agar sentiasa mengambil
maklum mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan serta diminta untuk
sentiasa berhubung dengan pensyarah yang bertugas setiap slot agar tidak
ada perkara yang terlepas pandang.
3. Ketua jurulatih memberikan taklimat keselamatan secara umum dengan
menayangkan PowerPoint mengenai Standard Operasi Prosedur (SOP)
sepanjang perkhemahan BIG secara dalam talian ini dan guru pelatih
dikehendaki untuk cakna dengan setiap isi penting taklimat keselamatan
tersebut.
4. Ketua jurulatih memaklumkan peraturan-peraturan lain mengenai
keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
5. Penyelaras program Bina Insan Guru turut mengingatkan akan kepentingan
Program Bina Insan Guru ini untuk meningkatkan profesionalisme keguruan
serta dapat membentuk kemenjadian jati diri yang unggul.
6. Timbalan Kem Komandan memaklumkan bahawa persediaan yang telah
dilaksanakan oleh peserta berjalan dengan lancar, namun perlu ditambah
baik dari semasa ke semasa mengikut keperluan Perkhemahan Bina Insan
Guru secara dalam talian ini. Beliau turut mengingatkan para peserta akan
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya slot yang
melibatkan jemoutan dari penceramah luar dan setiap peserta diharapkan
tidak mengambil mudah dengan kerja yang telah diamanahkan.
7. Jurulatih Malaysia Cergas memaklumkan mengenai cara memuatnaik bahan
pelaporan setiap slot melalui medium Google Classroom serta berharap para
peserta bersedia dengan slot Malaysia Cergas pada setiap pagi.
8. Sesi soal jawab antara guru pelatih dan jurulatih-jurulatih yang terlibat
terutamanya mengenai pelaksanaan aktiviti yang akan dilaksanakan.
9. Guru pelatih mengambil maklum dan cakna akan setiap topik dan isu
perbincangan semasa taklimat ini berlangsung dan sekiranya ada hal-hal
berbangkit guru pelatih diminta untuk menghubungi Ahli Jawatankuasa yang
terlibat.

Ulasan
1. 2 orang guru pelatih tidak dapat menyertai taklimat secara dalam talian
kerana mengalami masalah capaian internet yang lemah dan hal ini sudah
dimaklumkan kepada Kem Komandan. Guru pelatih ini diminta untuk
menonton kembali rakaman taklimat tersebut setelah capaian internet stabil di
kediaman masing-masing.
2. Turut hadir semasa taklimat iaitu Cik Kristil Tan Ai Teng ( Jurulatih Makanan
Seimbang), Dr.Mohd Nasri bin Abdullah (Jurulatih Program Tazkirah), En.
Azulhaimi bin Ahmad ( Jurulatih Aktiviti Refleksi) dan Encik Khairul Anuar bin
Ismail (Jurulatih Peranan Guru Terhadap Komuniti Setempat).
3. Kem komandan mengarahkan semua guru pelatih untuk mematuhi jadual
waktu Program Bina Insan Guru yang telah ditetapkan dan perlu menepati
masa dan patuh kepada masa. Sebarang kelewatan menghadiri setiap slot
atas sebab-sebab tertentu perlu dimaklumkan pada Ketua kumpulan masing-
masing.
4. Kem komandan juga mengarahkan Pengerusi untuk melaksanakan raptai
bagi Majlis Perasmian Bina Insan Guru dan Perkongsian untuk memastikan
program berjalan dengan lancar pada hari kejadian.
5. Ketua jurulatih juga menekankan kepada semua guru pelatih untuk sentiasa
mematuhi SOP dan mementingkan keselamatan sepanjang masa
terutamanya ketika menyiapkan aktiviti yang diberikan pada hari kejadian.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
Siti Aishah binti Nor Azam En. Hishamuddin bin Basiron
Setiausaha Penyelaras
Program Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru
PISMP Ambilan Jun 2018 Unit Kokurikulum IPGK PM.

Dokumentasi bergambar :

Taklimat Ringkas Disampaikan oleh Kem Komandan.

Taklimat Keselamatan dan Pematuhan SOP oleh Ketua Jurulatih.


Taklimat Keselamatan dan Pematuhan SOP oleh Ketua Jurulatih
Sesi soal jawab antara guru pelatih dan jurulatih-jurulatih yang terlibat terutamanya
mengenai pelaksanaan aktiviti yang akan dilaksanakan.

Sesi bergambar antara para peserta Program Bina Insan Guru dan jurulatih-jurulatih
yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai