Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan T3MT2,

IPG Kampus Pulau Pinang,


Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.


Tuan Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.
1 JULAI 2013
Melalui:
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Program Bina Insan Guru.

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

2. Kami dari T3 MT2 dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk kami
mengadakan Program Bina Insan Guru di Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar, Perak. Aktiviti
ini memenuhi sebahagian daripada tujuan kursus untuk melahirkan pelajar-pelajar guru yang
berpengetahuan luas tentang profesion keguruan yang kami ceburi disamping menyemai semangat
kerjasama sebagai satu organisasi. Selain itu, ia juga bagi memupuk keyakinan diri, penghayatan amalan
nilai-nilai kendiri yang positif dan mempunyai ketrampilan diri yang baik bagi melahirkan bakal guru
yang berwibawa, luas pengalaman serta ilmu yang tidak terhad pada teori semata-mata.

3. Bersama ini disertakan butiran lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan.

3.1 Tempat : Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar, Perak.
3.2 Tarikh : 5 Julai 2013
3.3 Bilangan peserta : 24 orang pelajar

3. Bersama surat ini dilampirkan kertas kerja bagi program tersebut. Dengan ini kami amat berharap
agar permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan dari pihak tuan.

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PROFESSIONALISME ADALAH JANJI KAMI


Yang menjalankan tugas,

...
(SALMI SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SALLEH)
Setiausaha Program Bina Insan Guru Semester 6,
PISMP AMBILAN JANUARI 2011,
(T3 MT2).

Anda mungkin juga menyukai