Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM OUTREACH PBS-PUBLIC ENGAGEMANT PIBG NEGERI DAERAH ALAMAT PPD NO.

TELEFON NO FAKSIMILI EMAIL TARIKH MASA BILANGAN KEHADIRAN PENCERAMAH SABAH PPD KINABATANGAN WDT 22, 90200 KINABATANGAN, SABAH 089-561881 089-561868 ppd.kinabatangan@moe.gov.my 02 Julai 2013 07.30 Pagi hingga 11:00 Pagi 208 Ibubapa 30 Staff EN. MOHD SHUKRI BIN ARIFIN (LEMBAGA PEPERIKSAAN) EN. NIK SHUHAIMI BIN NIK MOHD (LEMBAGA PEPERIKSAAN EN. RAMLEE BIN HJ MADARIN (JPN SABAH PEGAWAI PENGIRING)

PENDAHULUAN

1. Pendaftaran peserta bermula dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 8.00 pagi. 2. Ketibaan rombongan Pegawai Lembaga Peperiksaan, KPM dan JPM, En. Nik Shuhaimi Bin Nik Mohd, En. Mohd Shukri Bin Arifin dan En. Ramlee bin Hj Madarin. 3. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Sallehuddin Bin Wan Abdullah. 4. Kemudian diikuti dengan ucapan dari En. Amdan Bin Asim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan. Beliau memulakan ucapan dengan pengenalan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS dimulakan pada tahun 2011. Pada tahun ini, PBS dilaksanakan olejh murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Mengikut en. Amdan PB adalah penambahbaikan sistem yang sedia ada. Pada dasarnya, PBS bertujuan melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran akademik dan bukan akademik. Sejak tahun 2011, KPM telah menjalankan kursus PBS kepada guru-guru dan pegawai-pegawai di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah. Di dalam ucapannya, semasa PBS dijalankan, sekolah-sekolah juga telah menjalankan program yang melibatkan ibu bapa untuk menerangkan apa itu PBS. Pihak KPM sentiasa merancang dan melaksanakan inisiatif yang memberi fokus kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam PBS seperti Program Outreach PBS Public Engagement PIBG. Majiis ini telah menjemput ahli PIBG untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai PBS. Program ini diharap dapat membantu ibu bapa mengetahui dan memahami pembelajaran serta pentaksiran yang akan di lalui oleh anak-anak mereka. Panduan dan dokumen - dokumen sepert Standard Kurikulum dan Standard Prestasi telah dibekalkan. Beliau berharap melalui program ini, ibu bapa dapat mengetahui dan memahami tentang pelaksanaan PBS. Beliau mengakhiri ucapan dengan meucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa serta ahli-ahli PIBG yang hadir pada program ini. 5. Kemudian, diikuti dengan tayangan video mengenai PBS sert taklimat PBS oleh Pegawai Lembaga peperiksaan mengenai PBS. PBS ialah satu sistem dimana ia tidak sahaja menguji murid dari segi akademik sahaja tetapi dengan sahsiah dan jasmani muridmurid. Sistem ini akan mengubah sistem 'Exam Oriented' di mana murid menghafal apa yang keluar didalam peperiksaan. Sistem ini m,engumpul maklumat megenai pendidikan murid-murid. Ia adalah satu sistem pembelajaran yang berterusan dan berpusatkan murid. Terdapat dua komponen di dalam PBS iaitu akademik dan bukan akademik. Pentaksiran akademik ialah pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat manakala bukan akademik ialah pentaksiran aktiviti jasmani sukan & kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. 6. Seterusnya majlis diikuti dengan sesi soal jawab. Ibu bapa serta guru yang mempunyai persoalan boleh bertanya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari Pegawai

Lembaga Peperiksaan. 7. Selesai sesi soal jawab, peserta di hidangkan dengan minum pagi . 8. Seterusnya majlis bersurai. ISU BERBANGKIT 1. Mohon agar nota iringan HARD COPY/SOFTCOPY diberikan semasa taklimat untuk memudahkan guru membuat rujukan (En. Ardin Pengerusi PIBG SMK Paris)- (Tindakan oleh Pegawai Meja PBS yang akan memperbanyakkan nota iringan dalam masa seminggu) 2. PIBG SK Kota, Sejauh, bertanya sejauh manakah PBS memberi keberkesanan/kejayaan/pemupukan nilai/outcome murid (di sekolah dan dirumah adakah sama) 3. Mohd Sani b Ramli bagi pihak PIBG SK Sentosa jaya: Soalan: Adakah pencapaian Band murid (Akademik/Nonakademik mempengaruhi kemasukan murid ke sekolah menengah (Asrama Penuh/ Biasa) Jawapan: LPM tidak menetapkan hala tuju murid ke peringkat pendidikan yang seterusnya. LPM hanya membekalkan maklumat kepada bahagian/institusi pendidikan yang memerlukan maklumat akademik murid. Hala tuju murid ditentukan oleh institusiinstitusi yang menerima murid berdasarkan kepada syarat- syarat yang diguna pakai dalam pemilihan murid atau pelajar tersebut. Psikometrik juga salah satu sumber maklumat dalam membantu menentukan hala tuju murid kerana ianya menilai kebolehan, minat dan kecenderungan setiap pelajar. 4. Pn. Rukinah Bt Hj Nasri SK Kota: Soalan: Ibubapa kurang faham berkenaan penggunaan Band dalam prestasi murid. Adakah pencapaian murid dalam band cthnya B1 Gagal/Lulus: Mohon penjelasan dari LPM. Jawapan: LPM menyatakan dalam konteks PBS, konsep Lulus / gagal tidak diguna pakai. Murid dinilai sama menguasai atau tidak berdasarkan Standard kurikulum dan Standard Prestasi yang aplikasi disetiap sekolah. Contohnya bagi Band 1, tafsirannya adalah MURID TAHU contohnya murid tahu mata, telinga, mulut dan sebagainya. Band 2, tafsirannya MURID TAHU DAN FAHAM contohnya murid tahu telinga dan tahu telinga adalah untuk mendengar, murid tahu mata dan tahu fungsi mata untuk melihat. Pentaksiran tidak semestinya berdasarkan ujian, ia juga boleh dilakukan secara lisan. Contohnya murid boleh menunjukkan pada guru di mana telinga dan mata murid. 5. En. Shamsol Bhari Rasit, (wakil guru) dari SMK Bukit Garam: 5.1 sistem SPPBS lambat/error system kerana sistem ini hanya menggunakan internet explorer. Cadangan agar dibuka untuk pelbagai engine searching. Jawapan: En. Ramlee Hj Madarin (JPN) menyatakan bahawa bermula 31 Mei 2013 hingga 28 Jun 2013 sistem memang sukar diakses kerana ianya dalam proses perpindahan hosting dari telekom kepada YTL bagi tujuan proses penambahbaikan sistem. Server sedang di naik taraf kepada 4 server. Oleh itu sistem agak sukar diakses. Selain itu, beliau menyarankan sekiranya SPPBS bermasalah untuk diakses, guru MP boleh menggunakan borang transit murid untuk membuat laporan prestasi murid sekiranya dikehendaki. 5.2 Ketidakhadiran pelajar (lewat datang kesekolah/Amaran 123/buang sekolah). Pelajar yang telah dibuang sekolah tapi masih datang dan bersekolah semula. Ini menyukarkan guru - guru untuk melaksanakan PBS. Jawapan LPM: Mohon kerjasama PIBG dalam membendung isu ketidakhadiran murid ke sekolah. Bagi tujuan pengurusan kes-kes tersebut, pihak sekolah bolehlah merujuk kepada fail kes-kes khas (pindah masuk/keluar/luar negara/sakit berpanjangan/kehadiran). Pengurusan kes-kes khas senang dirujuk didalam buku panduan PBS yang terkini. (buku telah diedarkan ke setiap sekolah). Selain itu, melalui Program GTP, sekolah boleh menjalankan program untuk menarik minat murid hadir ke sekolah seperti program motivasi/kaunseling. Murid yang

mempunyai masalah seperti kehadiran, disiplin dan lain-lain perlu mengikuti program yang sesuai berdasarkan masalah yang dihadapi. 5.3 -Bilakah Pentaksiran Pusat dilaksanakan? Jawapan LPM: Bahan telah disediakan, penyerahan, pelaksanaan akan dibuat dalam masa yang terdekat. ANALISIS KEFAHAMAN PESERTA Berdasarkan soalan-soalan yang di kemukakan, peserta nampaknya dapat memahami cara pentaksiran berasaskan sekolah yang telah dilaksanakan selama tiga tahun ini bermula dari tahun 2011. Walaubagaimanapun masih terdapat ibu bapa yang kurang memahami cara murid ditaksir kerana tiada peperiksaan. Hal ini kerana, ibu bapa hanya mengetahui pencapaian anak-anak mereka berdasarkan standard prestasi yang telah disediakan oleh pihak kurikulum.

GAMBAR

DISEDIAKAN OLEH,

TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai