Anda di halaman 1dari 1

008/PPL/MPP-PAPISAPIUM 2005/2006

05 DZULHIJJAH 1426 / 04 JANUARI 2006


Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Presiden,
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
(Cawangan Kelantan),
No.2865-A Tingkat 1 Tanjung Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

Melalui,

Prof. Madya Ustaz Sidi Ahmad Bin Abdullah


Timbalan Pengarah,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Cawangan Nilam Puri,
16010 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Tuan,

MENJALINKAN HUBUNGAN DUA HALA

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sehubungan dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa kami adalah saf
pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam
Puri Sesi 2005/2006 ingin mengadakan hubungan dua hala dengan saf kepimpinan pihak tuan.

2. Tujuan kami menjalinkan hubungan mahabbah ini adalah untuk mewujudkan satu
hubungan rasmi antara pimpinan MPP APIUM Nilam Puri dengan saf kepimpinan IPTA dan
IPTS yang merupakan satu wadah dalam melahirkan kesatuan kepimpinan antara IPT. Adalah
diharapkan melalui wasilah silaturrahim ini, kita akan dapat bertukar idea dan pendapat serta
informasi terkini dalam memastikan mewujudkan hubungan yang berterusan.

3. Bersama-sama ini kami sertakan alamat perhubungan kami supaya hubungan ini dapat
diteruskan dengan baik dan lancar.

Semoga hubungan yang terjalin ini akan berkekalan hendaknya,dan diredhai Tuhan
Sekian terima kasih.

GENERASI BERINFORMASI MERENTAS GLOBALISASI

Anda mungkin juga menyukai