Anda di halaman 1dari 12

MAAHAD TAHFIZ

AL QURAN
WALTARBIYAH
PUSAT PENGAJIAN
ILMU-ILMU ISLAM

KERTAS KERJA

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN


WALTARBIYAH
(PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM)
LOT 366, KAMPUNG BATU TUMBUH,
22200 BESUT, TERENGGANU.

*** OLEH ***


USTAZ MUHAMAD ZAMZURI BIN YAZID AL-HAFIZ
IMAM MASJID BANDAR JERTEH
TERENGGANU.

PENGENALAN
Al-Quran merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari qiamat.
Sebagai petunjuk kepada jalan benar, maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan
mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud :Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya
Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya Al-Quran itu untuk dipelajari dan diajarkannya kepada yang lain.
Mempelajari Al-Quran meliputi bacaan yang betul, fasih dari segi makhrajnya serta mengenali hukum-hukum tajwid.
Kemahiran berbahasa Arab merupakan satu kelebihan yang membolehkan seseorang itu menghayati pembacaan
Al-Quran dan memahami makna-maknanya.

Atas dasar inilah maka menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan


pendidikan Al-Quran kepada anak-anak supaya sentiasa terpelihara dari segala
gejala negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Tanggungjawab ibu bapa
dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan
dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Apa yang menjadi persoalan
dalam perkara ini adakah ibu bapa mempunyai pengetahuan yang mencukupi
dan masa yang terluang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Senario pada hari ini memperlihatkan bahawa kebanyakan ibu bapa
adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di mana sebahagian besar masa
mereka dihabiskan di pejabat. Malahan ada di antara mereka yang mempunyai
aktiviti-aktiviti lain selepas waktu pejabat. Hakikat ini sama ada secara langsung
atau tidak, telah menyumbang kepada kurangnya masa yang terluang untuk
memberi perhatian kepada anak-anak dari aspek-aspek tertentu seperti
pendidikan, pengajian Al-Quran, moral, psikologi dan sebagainya. Justeru itu,
adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari alternatif lain untuk
melaksanakan tanggungjawab serta amanah Allah kepada mereka.

Hakikat ini telah mendorong saya untuk membuka sebuah pusat


pendidikan kanak-kanak dan dewasa bagi membantu meringankan beban dan
tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak
mereka terutama di dalam bidang pengajian Al-Quran. Selain itu, usaha ini
merupakan satu tanggungjawab saya sebagai seorang Islam terhadap orang
Islam yang lain melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang telah dikurniakan
Allah kepada saya.
Untuk membolehkan usaha murni ini dilaksanakan maka saya telah
menyediakan kertas kerja ini dengan tujuan untuk menyediakan maklumatmaklumat yang diperlukan bagi membolehkan pihak tertentu membuat penilaian
serta pertimbangan terhadap permohonan ini.

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH


Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah yang dimaksudkan merupakan
sebuah pusat pendidikan kanak-kanak dan dewasa lingkungan umur 12 tahun ke
atas. Pusat pengajian berkenaan akan memberikan penekanan kepada sistem
pendidikan Islam yang menjurus kepada pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain
disamping mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.

Sistem pendidikan ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan serta


pendedahan kepada kanak-kanak dengan asas-asas ilmu pengetahuan yang
diperlukan sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar.
Dengan pendedahan ini, kanak-kanak berkenaan akan berupaya untuk
meneruskan pembelajaran sama ada di sekolah menengah, sekolah-sekolah
agama seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma, Ijazah di
dalam negeri mahupun di luar Negara.
Butiran mengenai Pusat Pengajian berkenaan adalah seperti berikut :Nama

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH


PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM

Alamat

LOT 366, KAMPUNG BATU TUMBUH,


22020 JERTEH,
TERENGGANU.

No. Telefon

013-3686131

OBJEKTIF
1.

Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan


Al-Quran.

2.

Meramaikan hafiz dan hafizah dikalangan masyarakat Islam.

3.

Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran.

4.

Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran.

SUKATAN PELAJARAN
Sukatan pelajaran yang digunakan berdasarkan sukatan pelajaran Jabatan
Agama Islam Negeri Terengganu atau Negeri-negeri seluruh Malaysia.

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN


Mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan adalah bertujuan untuk
menyediakan kepada pelajar yang belajar di akademi berkenaan dengan asasasas ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai bidang perkara dengan
penekanan kepada Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain.
Berikut adalah mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan adalah
terbahagi kepada dua bahagian :-

UKHRAWI

DUNIAWI

1.

Tahfiz Al-Quran

1. Bahasa Malaysia

2.

Bahasa Arab

2. Bahasa Inggeris

3.

Jawi / Khat

3. Matematik

4.

Pengetahuan Agama Islam /

4. Sains

Fardhu Ain

5. Pengajian Islam

5.

Qiraat

6. Ekonomi Asas

6.

Feqah

7.

Usul Feqah

8.

Tauhid Uluhiyah

9.

Tajwid Al-Quran

10. Balaghoh
11. Adat Hamlatul Quran
12. Taranum
13. Fanni Qitobah

TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar yang disediakan di Maahad Tahfiz Al Quran
Waltarbiyah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan dan
kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Ini adalah untuk menjamin sistem
pendidikan yang disediakan menepati syarat-syarat yang telah ditentukan.
Tenaga pengajar yang akan mengendalikan akademi berkenaan adalah terdiri
daripada mereka yang berkelulusan seperti berikut :-

1. Ijazah Maahad Shubro Mesir

Pengajian Islam UIA

2. Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM -

Pengajian Syariah UM

3. STU/STPM/SMU

Universiti Yarmouk, Jordan

4. 4 Thanawi

Universiti Islam Madinah

PERINGKAT UMUR
Maahad

Tahfiz

Al

Quran

Waltarbiyah

ini

akan

memberikan

pengkhususan kepada pelajar dalam lingkungan peringkat umur di antara 12


tahun ke atas. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa di peringkat umur
berkenaan, pelajar lebih mudah memahami dan menerima apa yang diajar.

HARI / MASA
Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah ini akan dibuka pada hari Ahad
hingga Khamis, bermula dari jam 7.45 pagi hingga 3.30 petang. Jangka waktu
ini memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka
di akademi ini yang bukan sahaja beroperasi sebagai sebuah Pusat Pengajian
Ilmu-ilmu Islam malahan juga dapat membendung masalah sosial di kalangan
anak-anak masa kini.

KEMUDAHAN ASAS
Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah ini akan menyediakan kemudahankemudahan seperti dewan pengajian, asrama, dewan makan, masjid,
perpustakaan, padang permainan, dewan serbaguna, uniform/pakaian sekolah
(jubah putih).

YURAN PENGAJIAN
Berikut adalah butiran mengenai yuran pengajian yang dicadangkan :1. Yuran Pendaftaran

RM 100.00

(Untuk Pengambilan Pelajar Baru Sahaja)


2. Makanan/Minuman

RM 100.00

3. Yuran Bulanan

RM 150.00

RM 350.00

JUMLAH

KESIMPULAN
Al-Quran adalah induk bagi masyarakat Islam dan merupakan sumber
rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan
kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kandungan Al-Quran yang meliputi pelbagai
pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan dapat mendidik dan
membimbing masyarakat Islam ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Seiringan dengan itu, Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah telah menetapkan

matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni bersesuaian dengan tuntutan AlQuran bermula dari peringkat umur kanak-kanak lagi.

Dengan itu adalah diharapkan agar permohonan untuk menubuhkan


akademi ini akan mendapat perhatian, pertimbangan dan kelulusan dari pihak
tertentu dan seterusnya pengambilan pelajar untuk sessi 2011 akan dapat
dilaksanakan.

Dengan kelulusan tersebut, Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah diharap


akan menjadi satu alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan asas-asas
pendidikan Islam kepada anak-anak mereka.

Maahad Tahfiz Al-Quran Waltarbiyah (Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam)


Lot 366, Kampung Batu Tumbuh,
Kampung Raja 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.
Tel: 013-3686 131 / 012-9005 518
Laman Web: http://www.Maahad-Tahfiz.com Email: support@maahad-tahfiz.com
Tarikh

Kepada sesiapa yang berkenaan,


Tuan,
PER : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBINAAN KOMPLEKS
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH
Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Al
Quran Waltarbiyah memerlukan dana kewangan bagi tujuan membina dan menubuhkan
Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah di alamat berikut Lot 366, Kampung Batu
Tumboh, 22200 Besut, Terengganu.
Untuk pengetahuan pihak tuan, kos keseluruhan kompleks dianggarkan berjumlah RM 6
juta. Kompleks ini melibatkan pembinaan satu unit surau, satu blok pejabat urusan, dua blok
bangunan dewan kuliah, dua blok bangunan asrama, dewan makan, padang permainan, 6 unit
kediaman tenaga pengajar dan satu unit kediaman pengarah kompleks tersebut.
Semua sumbangan tersebut boleh disalurkan terus kepada saya ataupun dimasukkan ke
bank melalui Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah. No. Akaun : 13-035-01-006262-7 (Bank
Islam Malaysia Berhad) atau Akaun Maybank : 563046108522
Segala kerjasama dan pertimbangan serta sumbangan kewangan yang pihak tuan berikan
terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

(USTAZ MUHAMAD ZAMZURI BIN YAZID AL-HAFIZ)


PENGARAH MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH

Anda mungkin juga menyukai