Anda di halaman 1dari 2

Mohamad Syafiq Farhan Bin Saharom Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Lembah Pantai,59200 Kuala Lumpur.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya, Malaysia. 17 JANUARI 2011

Tuan, Permohonan Untuk Mendapatkan Rakaman Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohamad Syafiq Farhan Bin Saharom (901008-06-5131)ingin membuat permohonan untuk mendapatkan rakaman Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. 2. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini telah diadakan di Hotel The Zon Johor Bahru pada 23 September 2008 dan saya merupakan salah seorang daripada peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, saya juga merupakan johan dalam pertandingan tersebut. 3. Justeru itu saya sangat berharap agar saya dapat memperoleh rakaman tersebut agar saya dapat berkongsi dengan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan kerana ia merupakan satu pengalaman yang paling manis dalam hidup saya. Saya juga telah ditugaskan dengan kerja kursus berkaitan dengan pertandingan pidato oleh pensyarah di maktab perguruan ini dan saya memerlukan rakaman ini sebagai satu lampiran untuk kerja kursus tersebut dan untuk memberi pendedahan kepada rakan - rakan guru pelatih lain yang tidak pernah terlibat dengan sebarang pertandingan pidato sebelum ini. 4. Selain itu, saya sudah menghubungi En. Awab untuk bertanyakan tentang hal ini dan dia meminta saya untuk menyediakan satu surat rasmi agar saya dapat memohonnya.

5. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran untuk saya mendapatkan rakaman ini. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 6. Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan. Terima kasih. Yang benar, (MOHAMAD SYAFIQ FARHAN BIN SAHAROM)

Anda mungkin juga menyukai