Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PERASMIAN – DR FAISAL BIN ZULHUMADI

Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis,

Yang dikasihi, Saudara Mohammad Zikry Harith bin Mohammad Zahid, selaku President
Persatuan Pengurusan Teknologi (Motic) Universiti Utara Malaysia.

1. Yang dikasihi, saudara Ahmad Amzar Syahmie bin Azwa pengarah program “DINNER
WITH ALUMNI MOTIC”, barisan ahli jawatankuasa serta para hadirin sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Selamat Petang

2. Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama hadir
bagi menjayakan Program “DINNER WITH ALUMNI MOTIC”

ini. Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri dahulu. Nama diberi Dr. Faisal bin
Zulhumadi, Penasihat Persatuan Pengurusan Teknologi.

3. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan syabas kepada
Persatuan Pengurusan Teknologi (MOTIC), selaku penganjur kerana telah berjaya
menganjurkan program pada malam ini dan saya juga turut berbesar hati kerana diberi
peluang untuk menyampaikan sedikit amanat dan seterusnya merasmikan program
ini.
4. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua ahli persatuan kelab kerana
sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program malam ini.
Sesungguhnya kehadiran dan penglibatan anda menunjukan yang anda semua
adalah bakal-bakal mahasiswa yang unggul suatu hari nanti. Insya Allah.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

5. Besarlah harapan saya agar program yang dirancang ini mampu memberi manfaat
kepada semua pihak dan sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program pada malam ini.

6. Maka, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Program “ DINNER


WITH ALUMNI MOTIC”
7. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai