Anda di halaman 1dari 3

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, bagi melancarkan perjalanan majlis pihak
majlis meminta kerjasama mahasiswa mahasiswi supaya mematikan telefon atau
menetapkannya kepada mode senyap.Mahasiwa mahasiswi juga diminta
mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Mohammad Nor Bakri bin Shafie ,
Principal Consultant &Master Trainer & Consultancy Sdn. Bhd. Diiringi Yang
Berbahagia Prof.Madya Dr.Hajah Khalipah bt. Ibrahim, Penolong Rektor UiTM
Kampus Bukit Besi, En. Mohd Azahari bin Johan, Koordinator Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal,En. Mohd Faizul Idham bin Mohd Zulkipli, Ketua Pembangunan Pelajar
FKM/ Penasihat MECSI
Majlis dimulakan dengan alunan asmaul husna nyanyian lagu negaraku dan lagu
Uitm Dihatiku. Para hadirin diminta berdiri.
Para hadirin dipersilakan duduk.
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Yang Berusaha Prof.Madya Dr.Hajah Khalipah bt. Ibrahim, Penolong Rektor UiTM
Kampus Bukit Besi,
Yang Berbahagia En. Mohd Azahari bin Johan, Koordinator Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal,
Yang Dihormati En. Mohd Faizul Idham bin Mohd Zulkipli, Ketua Pembangunan
Pelajar FKM/ Penasihat MECSI
Yang Dihormati, Encik Mohammad Nor Bakri bin Shafie, Principal Consultant &
Master Trainer at Caliphs Mind Training & Consultancy Sdn. Bhd. Serta para
hadirin sekalian.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini ,majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara
izzat Ahmad Muhaimin bin Ibrahim
Dipersilakan
Amin. Amin yarobalalamin
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
saudara

di atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk pengatahuan para hadirin sekalian program Masih Ada Harapan (MAHA)
diadakan adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada para mahasiswa
untuk bangkit maju kehadapan dalam menjadi pelajar yang seimbang dari
segenap dimensi. Kepentingan program ini adalah untuk membantu menaikkan
jati diri para mahasiswa.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk
bersama sama di dewan yang penuh barakah ini bagi mengikuti slot pengisian
ilmu bersempena program Masih Ada Harapan (MAHA).Tanpa melengahkan
masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohammad Nor
Bakri bin Shafie, Principal Consultant & Master Trainer at Caliphs Mind
Training & Consultancy Sdn. Bhd
Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohammad Nor Bakri bin Shafie di
atas ceramah yang penuh bermakna sebentar tadi. Semoga ilmu yang
disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. In shaa Allah.
Para mahasiswa sekalian,sekarang tibalah masa untuk sesi soal jawab
Para mahasiswa boleh mengajukan soalan yang mungkin terpendam
dalam hati kita

Jutaan terima kasih kepada Encik Mohammad Nor Bakri bin Shafie atas
perkongsian ilmu sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita dipenghujung majlis.

Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini
samada secara langsung mahu pun tidak.
Moga kita semua beroleh keberkatan dari-Nya.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis.

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa mudasi kelapa barli,


Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis kita pada pagi ini dengan
membaca doa rabitah,tasbih kafarah serta surah al asr.

Dijemput tetamu dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan ringan di bilik


kristal.

Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai