Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirrahim

Daun selasih daun bidara


Di cari orang di mana jua
Ucapan aluan pembuka bicara
Di alam maya kita bersua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,/Salam terus


menjulang nama Kolej Matrikulasi Pahang.

Yang Berusaha /
En. Mohd Azeli bin Abdul Latif, /Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
En.Muhamad Izham bin Zakaria /Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial
Pn.Hasmarizyani binti Mohd Zulkifly /Ketua Jabatan Matematik
En. Mohd Arif bin Adam /Ketua Jabatan Sains
Barisan Ketua -ketua Unit /dan seterusnya ahli jawatankuasa dialog prestasi
kolej matrikulasi Pahang.

Alhamdulillah /marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran ke


hadrat allah s.w.t/ kerana dengan keizinan dan limpah kurnianya/ kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul pada hari ini
dalam Majlis Pra Sidang Dialog Prestasi Peringkat Kolej Matrikulasi Pahang.

Salam hormat /dan Selamat datang kepada para pembentang Dialog


Prestasi Peringkat Kolej Matrikulasi Pahang.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang ini,/ marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa/ yang akan
dibacakan oleh En.Suhaimi bin Ismail.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Suhaimi bin Ismail atas
bacaan doa itu tadi.

............................................................
Bagi meneruskan acara kita , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha En. Mohd Azeli bin Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan
Pelajar/…. dan untuk pengetahuan semua ,berkuatkuasa pada 2hb ogos ,beliau
telah diberikan mandat memangku jawatan timbalan pengarah kolej
matrikulasi Pahang. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis megucapkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan
itu tadi dan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Azeli atas kepercayaan yang
diberikan

Anak juragan mengail ikan,


Sambil bersuka di tepi kuala,
Masa jangan kita tangguhkan,
Dialog prestasi ayuh kita mula./

Dengan ini/ Sesi Dialog Prestasi dimulakan dengan pembentangan pertama


dari Unit Peperiksaan , dipersilakan En. Suhaimi bin Ismail selaku Penolong
Pengarah Peperiksaan.

Terima kasih En. Suhaimi bin Ismail atas pembentangan itu tadi,

Seterusnya dipersilakan pembentang yang kedua, En. Onn Ibrahim bin


Othman, Ketua Unit Sains Komputer, dipersilakan..

Berikut adalah giliran pembentangan:

3. Unit Matematik - Nur Hidayah binti Ismail

4. Unit Kimia - Faralisa binti Abu Samah

5. Unit Biologi - Sharifah Nurula'in Balqis binti Syed Mohd

6. Unit Fizik - Wan Sofian bin Wan Hamat @ Wan Safie

7. Unit Perakaunan - Abdul Aziz bin Paimin

8. Unit Ekonomi - Hong Huey Ling

9. Unit Pengurusan Perniagaan - Saliza bt Sidek

Terima kasih di ucapkan kepada Pn. Saliza bt Sidek atas pembentang itu tadi.

Dengan ini, selesai sesi pembentangan dialog preatasi peringkat kolej


matrikulasi pahang , terima kasih diucapkan kepada semua pembentang pada
hari ini.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Sesi pembentangan keputusan oleh
Pn.Noraihan binti Ismail daripada JK Penulisan Laporan dan Maklumbalas/
dipersilakan..

Terima kasih di ucapkan kepada Pn.Noraihan binti Ismail atas pelaporan itu
tadi..

alhamdulillah,/ sesi dialog prestasi peringkat kolej matrikulasi pahang berakhir


sudah.

Pepatah Melayu ada menyatakan,


kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya,
justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras
pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan
kolej matrikulasi pahang menjadi milik kita bersama.

Akhirkata, segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya


daripada Allah SWT jua dan segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami
pinta..sekian

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih

secekak bak serai, serumpun bak


buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama
kita pikul – jika kesepaduan itu dapat kita jelekitkan
serta realisasikan, Insya Allah Kolej Matrikulasi Pahang
mampu melahirkan generasi berilmu pemangkin transformasi negara

sekian..

Anda mungkin juga menyukai