Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE AGM

1. Pengumuman ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia IR. DR. HJ. NIK MOHD ZUKI BIN NIK MOHAMED,
Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Yang Berusaha, DR. MOHD AZRI
HIZAMI BIN RASID, Penasihat Mechapro, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, diiringi oleh
Saudari Sharifah Amirah Bt Syed Husin,President MECHAPRO sesi 2016/2017

2. Salutasi
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Yang Berbahagia,
IR. DR. HJ. NIK MOHD ZUKI BIN NIK MOHAMED,
Timbalan Dekan Akademik,
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,
Universiti Malaysia Pahang

Yang Berusaha,
DR. MOHD AZRI HIZAMI BIN RASID,
Penasihat Mechapro,
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,
Universiti Malaysia Pahang

Saudari Sharifah Amirah Bt Syed Husin,


President
MECHAPRO sesi 2016/2017

Jawatankuasa pelaksana program,


Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Terima kasih di ucapkan kepada para hadirin


Kerana sudi meluangkan masa untuk turut sama menjayakan program pada hari ini.
3. Bacaan doa
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, dipersilakan


Saudara Mohamad Syafiq Bin Mohd Tahir
Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan..

Amin,
Amin Yarabbal al-amin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4. Objektif
Untuk makluman semua,
Program pada malam ini merupakan sebuah majlis Annual General Meeting (AGM). Program ini
bertujuan untuk memilih tampuk pentadbiran bagi menerajui Mechanical Engineering Professional
Student Club (MECHAPRO) bagi sesi 2017/2018 dan menggantikan tampuk pentadbiran bagi sesi
2016/2017 yang bakal bergelar mantan.

Sebelum kita meneruskan acara pada malam ini, saksikan terlebih dahulu tayangan montaj ini.
Dipersilakan.

5. Ucapan Aluan dan Pembentangan Program Lepas


Sebagai pembuka bicara pada malam ini,
Majlis dengan ini menjemput Saudari Sharifah Amirah Bt Syed Husin,
President MECHAPRO sesi 2016/2017 untuk memberikan ucapan serta membentangkan program
dan aktiviti MECHAPRO sepanjang sesi 2016/2017

Majlis mempersilakan
Terima kasih di ucapkan kepada Saudari Sharifah Amirah Bt Syed Husin atas ucapan dan
pembentangan itu tadi.

6. Ucapan Penasihat (KIV)


Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan,
DR. MOHD AZRI HIZAMI BIN RASID,
Penasihat Mechapro,
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Pahang
Untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada DR. MOHD AZRI HIZAMI BIN RASID atas ucapan itu tadi.

7. UCAPAN PERASMIAN TDA (KIV)


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput IR. DR. HJ. NIK MOHD ZUKI BIN NIK MOHAMED,
Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Annual Ganeral Meeting MECHAPRO pada malam ini.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada IR. DR. HJ. NIK MOHD ZUKI BIN NIK MOHAMED atas ucapan dan
kesudian merasmikan majlis pada malam ini.

8. PEMBENTANGAN BAJET KEWANGAN


Seterusnya majlis mejemput Saudari Nurul Diana Afkah Binti Meor Jamaludin bagi membentangkan
bajet kewangan MECHAPRO 2016/2017.
Dipersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Nurul Diana Afkah Binti Meor Jamaludin atas pembentangan
kewangan itu tadi.
9. GIMIK PENYERAHAN KUASA DAN SESI PEMBENTANGAN EXCO
Seterusnya, di jemput Saudari Sharifah Amirah Bt Syed Husin, President MECHAPRO sesi 2016/2017
Dan saudara mohamad syafiq bin mohd tahir, president mechapro yang baru untuk sesi 2017/2018
Bagi menyempurnakan gimik penyerahan kuasa.
Dipersilakan.

Dengan ini secara rasminya penyerahan kuasa diserahkan kepada president yang baru.

Terima kasih diucapkan kepada saudara MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD TAHIR atas pengendalian
pemilihan tampuk kepimpinan baru bagi meneruskan legasi kecemerlangan MECHAPRO itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terpilih untuk menjadi Majlis Tertinggi MECHAPRO bagi
sesi 2017/2018. Semoga dengan terpilihnya anda untuk menjadi Majlis Tertinggi, maka MECHAPRO
akan menjadi lebih gah pada masa akan datang. Berilah komitmen sepenuhnya terhadap tugas dan
tanggungjawab yang akan anda pikul.

10. PENUTUP
Dengan berakhirnya ucapan president baru itu tadi, maka berahirlah majlis kita pada malam ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin memeriahkan program pada hari
ini.

Saya mewakili jawatankuasa pelaksana program dengan rendah hatinya memohon ribuan kemaafan
jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik itu datang daripada Allah S.w.t, dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..

Sekian,
Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.

Dijemput para vip dan semua mahasiswa untuk sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai