Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA SEMINAR INTEGRITI UNTUK

PENDIDIK (SCRIPTED WELCOMING ADDRESS)


TEKS PENGACARA SEMINAR INTEGRITI
SABTU: 13 SEPTEMBER 2014 / 17 ZULKAEDAH 1435

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera dan selamat pagi
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.
Hadirin diminta bersedia.
:::::::
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al-fadil
Ustaz Safwan bin ____________________ dari SMK St. Michael, Ipoh.
Dipersilakan.
:::::::
Jazakallahu khairan kathira Ustaz Safwan.
Seterusnya, acara bacaan ikrar integriti diketuai oleh wakil SMK Rapat
Setia, Ipoh, _________________________________. Dipersilakan.
:::::::
Terima kasih atas bacaan ikrar yang suci hati.
Hadirin dipersilakan duduk.
Pekan sari di hujung sana
Singgah sebentar menghibur hati
Pertemuan kita sangat bermakna
Memacu kerjaya penuh integriti
Yang dimuliakan tuan penceramah seminar integriti warga pendidik
(SIWP), Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMK St.
Michael, Ipoh, Yang Berusaha Puan Hajjah Siti Zabidah binti Setia,
pengetua SMK Rapat Setia, penolong-penolong kanan, guru kanan dan
guru selaku peserta seminar integriti warga pendidik sekalian. Terlebih
dahulu, bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke

dewan SMI pada pagi ini dengan suci hati demi meningkatkan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, khususnya bagi
kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Kebetulan, isu-isu
berkaitan dengan pendidikan memang sentiasa diberikan perhatian
maksimum oleh semua pihak yang berkepentingan. Terkini, warga
pendidikan sedang berhadapan dengan ujian integriti yang sangat getir,
iaitu kebocoran kertas soalan UPSR dan pengenalan sistem pentaksiran
yang diperbaharui. Hakikatnya ialah segala amanah keguruan yang kita
galas terkait dengan ukuran integriti sepanjang masa.
Tuan puan yang dikasihi,
Sebelum saya memperkenalkan penceramah seminar, izinkan saya
menggariskan beberapa peringatan untuk sama-sama kita patuhi dan akur
sebagai peserta seminar integriti. Pertama, marilah kita beri tumpuan
dengan suci hati terhadap penyampaian input tentang integriti oleh
penceramah. Kedua, mohon menggunakan mod senyap untuk telefon
bimbit. Ketiga, peserta hanya dibenarkan keluar sebentar daripada majlis
atas urusan kecemasan dan perlu sahaja. Keempat, sama ada peserta
boleh mencelah untuk pertanyaan semasa sesi ceramah terpulang kepada
budi bicara tuan penceramah. Insya-Allah, tuan puan bakal menghargai
tuan pencermah kita yang memang pakar dalam andragogi bagi
menghadapi khalayak dewasa di dewan ini.
Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim memperoleh ijazah asas dalam
bidang ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, diploma pendidikan
dari Universiti Malaya, diploma psikologi kaunseling dari UKM dan sarjana
pendidikan kaunseling juga dari UKM. Memulakan kerjaya keguruan pada
tahun 1988 di SMK Beauford, Sabah sebebelum kembali ke semenanjung 3
tahun kemudian. Telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum pada tahun 2004, penolong Kanan Hal Ehwal Murid (2006)
dan Penolong kanan (2009). Bintang Tuan Haji Shafie sebagai pemimpin
pendidikan terus cemerlang apabila dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Hilir Perak pada tahun 2011. Kini, beliau sebagai
pengetua di SMK Abdul Rahman Talib (Smart) Teluk Intan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Mohamed
Shafie bin Abdul Karim menyampaikan slot ceramah pertama: Pelan
Integriti Nasional.
::::::

Terima kasih Tuan Haji Mohd shafie bin Abdul Karim atas slotcermah
pertama sebentar tadi. Majlis berhenti rehat selama lebih kurang
setengah jam. Mohon peserta sekalian kembali ke dewan ini untuk slot
ceramah kedua yang akan bermula pada pukul ____ pagi.
:::::::::
Assalamua alaikum warahatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Semangat peserta masih berapi
Slot kedua kini menanti
Tanpa melengahkan masa, sekali lagi majlis mempersilan Tuan haji
Mohamed Shafie bin Abdul Karim menyampaikan ceramah SIWP slot kedua
bertajuk: Integriti Dalam Pendidikan. Dipersilakan.
:::::::::
Demikian tadi ceramah slot kedua SIWP. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada tuan penceramah. Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang
sangat sabar dan suci hari untuk bertahan dalam majlis. Mudah-mudahan
input ilmu yang disampaikan dan diterima akan meningkatkan integriti
keguruan sebagai kekuatan untuk mengharungi cabaran persekitaran
pendidikan yang tidak pernah berhenti, insya-Allah. Terima kasih juga
kepada jawatankuasa penganjur kedua-dua buah sekolah, iaitu SMK ST.
Michael dan SMK Rapat Setia. Panjang umur murah rezeki, kita bersua
lagi.
Majlis bersurai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai