Anda di halaman 1dari 24

TEKS DINNER SULTAN ABDUL HALI TAHUN 2012 HOTEL SWISS INN, 15 OKTOBER 2012 JABATAN PENDIDIKAN SNI

VISUAL

Masa

Peristiwa

Butiran penyampaian

Penyampai

Para Mempersilakan para peserta dan tetamu mengambil tempat. peserta mengambil tempat Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Shobri b. Saad Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim diiringi oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Tn. Hj. Ibrahim b. Bakar Para hadirin sekalian diminta untuk terus berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Hadirin dipersilakan duduk. Kata aluan Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Shobri b. Saad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, yang berusaha Tn Hj Ibrahim b. Bakar Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana bersamasama memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, Peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim tahun 2012.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bacaan doa Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh barakah; Mohon keberkatan serta hidayah, Moga majlis mendapat afwah. Hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan

Muhd. Fikrib.b. Maseri

bacaan doa yang akan dipimpin bacaannya oleh Mohd fikri B. maseri, Pelajar Major Pengajian Bahasa Melayu F3C Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin-amin Ya Robbalalamin. Terima kasih kepada Mohd Fikri atas bacaan doa sebentar tadi. Bakar Ucapan KJ Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Ibrahim B. Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim ,untuk memberikan ucapan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ibrahim atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan perasmian

Hadirin yang dihormati sekalian, Tidak lengkap nasi tanpa lauknya, Tidak lunak suara tanpa merdunya, Tidak indah puisi tanpa madahnya Maka, Tidak sempurna pula majlis tanpa perasmiannya Dengan itu, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Shobri b. Saad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, tahun 2012. Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Ahmad Shobri atas ucapan seterusnya melancarkan perasmian program sebentar tadi. Diminta , Tn Hj. Ahmad Shobri Untuk terus berada di sana bagi melaksanakan gimik pelancaran Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ahmad Shobri atas

kesudian beliau melaksanakan Gimik pelancaran sebentar tadi. Seterusnya, marilah kita bersama-sama menonton tayangan video pelancaran bulan bahasa kebangsaan peringkat IPG KSAH, Mari kita saksikan.

Pergi mengail si ikan belacak, Mengail di tepi sungai sepetang, Hadirin diminta tidak berganjak, Persembahan pula bakal menjelang. Seterusnya, persembahan dari Pelajar Major Pengajian Melayu IPG KSAH bakal disajikan kepada anda. Untuk itu, majlis mempersilakan persembahan pertama daripada Ramnietasha Anak Rambo dan Pareira Sabin dari kelas F3C dengan nyanyian duet mereka yang bertajuk Bahasa Menjunjung Budi diikuti oleh persembahan Dari kelas P6B dengan nyanyian yang bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG KSAH tahun 2012. Untuk makluman hadirin sekalian, Selepas ini akan diadakan pertandingan deklamasi sajak dan pada sebelah petang pula akan diadakan pertandingan nyanyian Lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee. Para hadirin dan peserta diminta untuk berada sepuluh minit awal di dewan ini bagi memastikan kelancaran program tidak terganggu. Untuk makluman tambahan,

Minum pagi disediakan, jadi semua hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Majlis berhenti rehat.

Sesi 2

Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan mendeklamasi sajak. Dengan itu majlis mempersilakan __________________________ selaku pengelola pertandingan, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada _____________kerana telah mengelolakan pertandingan sebentar tadi. Maka, dengan itu berakhirlah sudah pertandingan mendeklamasi sajak. Majlis akan bersambung pada jam 2 petang dan hadirin diminta berada 10 minit awal bagi melancarkan perjalanan pertandingan Nyanyian Lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sekian terima kasih, majlis bersurai.

Sesi Petang

Yang Berusaha Tn Hj Ibrahim b. Bakar ,Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bagi meneruskan majlis, saya menjemput ______________________________ selaku moderator pertandingan nyanyian lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________________kerana sudi mengelola majlis sebentar tadi. Dengan itu, berakhirlah sudah kedua-dua pertandingan yang dipertandingan pada hari ini. Setiap yang bermula,pasti ada penghujungnya, Oleh itu, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj. Ibrahim B. Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim untuk memberikan ucapan seterusnya menutup secara rasmi Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim tahun 2012. Dengan sukacitanya dipersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj. Ibrahim atas ucapan penutupan sebentar tadi. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada juga yang kecundang. Dengan itu, majlis mempersilakan Tn Haji Ibrahim B. Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim diiringi oleh __________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Bagi pemenang pertandingan menulis cerpen, dipersilakan _________________________________________________

_________________________________________________ Bagi pemenang pertandingan deklamasi sajak, dipersilakan _________________________________________________ _________________________________________________ Bagi pertandingan nyanyian lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee, dipersilakan _________________________________________________ _________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Ibrahim atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan program cabutan bertuah. Dengan itu, majlis menjemput saudara Mohd. Saiful dari kelas P6B selaku pengelola program ini, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada pelaksanaan program sebentar tadi. saudara saiful atas

Seterusnya, marilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Diharapkan agar para hadirin dapat menyanyi dengan penuh bersemangat sebagai tanda cinta kita pada Bahasa Kebangsaan.

Dengan nyanyian itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan, Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, tahun 2012. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana bersamasama menjayakan majlis ini. Sebelum majlis bersurai, terimalah serangkap pantun dari saya,

Hari ini menanam jagung, Sebentar lagi menanam serai,

Entah bila berjumpa lagi, Hari ini kita berkampung, Sebentar lagi kita bersurai, Entah bila berjumpa lagi. Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mazura di atas kesudian beliau berkongsi ilmu-ilmu baru yang pastinya amat-amat berguna terutamanya kepada kita, bakal-bakal guru sekalian.

Pergi ke pasar membeli kuih, Kuih dibeli bersama kubis, Nampak macam semua dah letih, Tapi majlis belum lagi habis. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Cik Hashimah bt. Sulaiman selaku pembentang ketiga untuk menyampaikan hujah beliau yang bertajuk Pendekatan

Kualitatif. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cik Hashimah atas pembentangan sebentar tadi. Ternyata, setelah pembentangan tadi barulah kita dapat membezakan antara pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk kita aplikasikan dalam kajian tindakan kelak.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada para peserta seminar yang ingin bertanya sila datang ke mikrofon yang telah disediakan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada para pesrta seminar yang ingin bertanya sila nyatakan nama dan kelas sebelum mengemukakan soalan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi soal jawab sebentar tadi. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua atas kerjasama semua pihak dalam menjadikan perjalanan seminar kajian tindakan Anjuran Jabatan Pengajian Melayu berjalan dengan lancar. Saya juga ingin memohon maaf atas kesilapan saya sepanjang mengendalikan majlis ini. Adat manusia memang tiada yang sempurna. Sebelum majlis bersurai, terimalah serangkap pantun dari saya untuk kita renung-renungkan.

Ambil tali dikerat-kerat, Tali diambil di dalam peti, Kasih sayang bertambah erat, Ibarat tali bersimpul mati.

Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

Warga dewan sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Dengan itu, majlis mempersilakan Pn. Hairiah Bt. Ghazali dari dewan bahasa dan pustaka wilayah utara untuk menyampaikan cenderamata. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dijemput : 1. Yang Berbahagia Dato Halim b. Abdul Salleh untuk menerima cenderamata, dipersilakan dato 2. Yang berbahagia En Wan Ahmad Kazim B. Wan Alias untuk menerima cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima akasih atas kesudian Pn. Hairiah menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Terima kasih juga diucapkan kepada para pembentang atas kesudian memberi input-input baru yang amat berguna. Terima kasih daun keladi, Kalau dijemput sudi-sudilah bertandang lagi. Pohon keladi pohon selasih, Subur tumbuh dihujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

Embun api jatuh berderai, Patah galah haluan perahu, Niat di hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siap yang tahu.

Majlis Wacana Ilmu Karnival Pantun Bestari, Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPG KSAH dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Utara berakhir di sini, Pihak majlis memohon ampun dan maaf, atas kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Untuk makluman, makan tengah hari telah disediakan, jadi semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Terdapat satu lagi makluman tambahan, majlis seterusnya akan berlangsung di Dewan Munsyi bagi Pertandingan Akhir Berbalas Pantun Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Hadirin diminta berada di Dewan Munsyi pada jam 2 petang.

Hari ini menanam jagung, Sebentar lagi menanam serai, Entah bila menanam padi, Hari ini kita berkampung, Sebentar lagi majlis bersurai, Entah bila berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

10.00 pagi

Minum pagi

Semua terlibat

10.30 pagi

Sesi 1

Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja kertas kerja oleh para pembentang yang kepakaran serta ketinggian ilmu dalam bidang masing-masing tidak dapat disangkal lagi. Sesungguhnya tuah itu berpihak pada kami warga IPG KSAH kerana berjaya menghimpunkan yang terbaik untuk membicarakan tentang saudara Azizi Haji Abdullah.

Bagi meneruskan seminar dijemput Yang Berbahagia Dr. Dr. Abdullah Abdullah Sani bin Haji Yahaya bagi mempengerusikan sesi Sani pertama.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Abdullah Sani bin Haji Yahaya kerana mempengerusikan sesi pertama tadi.

Majlis mempersilakan _________________________________________________ _ _________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan. Dipersilakan. Dijemput : i. Yang Berbahagia Dr. Abdullah Sani bin Haji Yahaya selaku pengerusi majlis. ii. Yang Berbahagia Prof. Madya Siti Hajar binti Che Man Yang Berbahagia Prof. Abdul Rahman bin Abd. Aziz

iii.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ _ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan.

11.45 pagi Sesi II Majlis dilanjut dengan pembentangan kertas kerja yang kedua.

Bagi sesi yang kedua dijemput Yang Berbahagia Dr. Haji Osman bin Ayub bagi mempengerusikan sesi kedua.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Haji Osman bin Ayub kerana mempengerusikan sesi kedua tadi.

Majlis mempersilakan _________________________________________________ _ _________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan. Dipersilakan. Dijemput : i. Yang Berbahagia Dr. Osman bin Ayub selaku pengerusi majlis. Yang Dihormati Tuan Haji Hassan Basri bin Budiman

ii.

iii.

Yang Berbahagia Dr. Sakinan binti Abu Bakar

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ _ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan itu tadi 1.00 tgh Rehat / Warga dewan sekalin, makan Dua sesi sudah berlalu, masa juga bergerak laju, moleklah tengah hari / solat kita berhenti dahulu, sebelum kembali lagi mengisi ilmu. Dijemput semua semua yang terlibat dengan Seminar Pemikiran Azizi Haji Adullah untuk menjamu selara sekadar adanya. Dipersilakan. #*Perhatian Diminta semua wakil IPG untuk berjumpa dengan Puan Mazura Sulaiman untuk mendapatkan makanan yang telah disediakan. 2.30 petang Sesi III Majlis dilanjut dengan pembentangan kertas kerja yang ketiga. Mazura

Bagi sesi yang kedua dijemput Yang Dihormati Tuan Haji Othman bin Hussain bagi mempengerusikan sesi ketiga.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbagia Haji Osman bin Hussain kerana mempengerusikan sesi ketiga tadi.

Majlis mempersilakan _________________________________________________

_ _________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan. Dipersilakan. Dijemput : i. Yang Dihormati Tuan Haji Othman bin Hussain selaku pengerusi majlis. Yang Berbahagia Dato Dr. Mansor bin Abdullah Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hashim bin Ismail

ii. iii.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ _ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan itu tadi 3.45 Sesi IV petang Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja yang terakhir. Kalau ketiga-tiga sesi lepas Sang wira pengerusinya, untuk sesi kali ini ditampilkan Sang wirawati selaku peneraju acara bagi sesi terakhir ini.

Dipersilakan Puan Arfah binti Ahamad.

Puan Arfah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Arfah binti Ahamad kerana mempengerusikan sesi terakhir tadi.

Majlis mempersilakan _________________________________________________ _

_________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan. Dipersilakan. Dijemput : i. Yang Berbahagia Puan Arfah binti Ahamad selaku pengerusi majlis. Yang Berbahagia Dr. Ismail bin Abdul Rahman Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd. Mokhtar bin Abu Hassan

ii. iii.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ _ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan itu tadi

Rasa kesyukuran kami panjatkan, Seminar pemikiran telah disempurnakan; Jambangan penghargaan kami hulurkan, Sekalung tahniah kami ucapkan.

5.00 Penutupan petang

Para hadirin sekalin, Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah kian tiba ke penghujungnya. Setiap yang bermula akan ada akhirnya, yang dibuka pasti akan ditutup, oleh yang demikian, majlis dengan ini mempersilakan Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara untuk menyempurnakan perasmian penutupan seterusnya menyampaikan ucapan penangguhan. Dengan sukacitanya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara

Encik Abdul Nasir

atas kesudian beliau menutup rasmi serta menyampaikan ucapan penangguhan sebentar tadi. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara Khususnya, Warga Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ( ASASI ), para pembentang kertas kerja penjana cpwacana, keempat-empat pengerusi sesi,juga semua peserta Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah serta warga kerja IPG Kampus Sultan Abdul Halim khususnya warga Jabatan Pengajian Melayu,atas sumbangan yang tidak terhingga dalam menjayakan seminar ini.

Anak haruan berlima, Anak sepat bertiga, Budi tuan diterima, Teringat takkan dilupa.

Khilaf di sana silap di sini, kami menyusun sepuluh jari mohan dimaafi seikhlas hati, jangan disimpan di sanubari. Akhir kalam, wassalamualaikum wbt.

Merewang sudah, berehat pun sudah, rasanya lelah dilepaskan sudah, marilah bersamasama kita hayati kembali pemikiran seorang insan bernama Azizi.

Majlis dilanjutkan dengan pembentangan kertas kerja yang kedua.

Sesi kedua ini akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hj. Osman bin Ayub, Ketua Satu ASASI ( Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ). Saya dengan sukacitanya menyerahkan sesi kedua ini kepada Yang Berbahagia Dr. Hj. Osman bin Ayub,.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbagia Dr. Haji Osman bin Ayub, Ketua Satu ASASI kerana kesudian Dr. mempengerusikan sesi kedua tadi.

Majlis mempersilakan __________________________________________________ _________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan. Dipersilakan. Dijemput : i. ii. iii. Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hashim bin Ismail Yang Dihormati Tuan Haji Hassan Basri bin Budiman Dr. Hj. Osman bin Ayub, Ketua Satu ASASI ( Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ) sebagai penegerusi sesi kedua.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________________ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan itu tadi. Seminar Pemikiran Azizi masih diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja sesi ketiga. Bagi mempengerusikan sesi ini dengan segala hormatnya dipersilakan Yang

Dihormati Tuan Haji Othman bin Hussan , Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Terima kasih Tuan Haji Othman bin Hussan , Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Abdul Halim atas sumbangan jasa mempengerusikan sesi ketiga sekaligus yang terakhir pada petang ini.

Oleh yang demikian majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________________________________________ _________________________________________________ Untuk menyampaikan cenderemata kenangan.

Dijemput untuk menerima cenderamata kenangan; i. ii. iii. Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd. Mokhtar bin Abu Hassan Yang Berbahagia Dr. Ismail bin Abdul Rahman Yang Dihormati Tuan Haji Othman bin Hussan , Pengerusi sesi ketiga.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________________ _________________________________________________ Atas penyampaian cenderemata kenangan itu tadi

Rasa kesyukuran kami panjatkan, Seminar pemikiran telah disempurnakan; Jambangan penghargaan kami hulurkan, Sekalung tahniah kami ucapkan.

Para hadirin sekalin, Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah kian tiba ke penghujungnya. Setiap yang bermula akan ada akhirnya, yang dibuka pasti akan ditutup, oleh yang demikian, majlis dengan ini mempersilakan Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Wilayah Utara untuk menyempurnakan perasmian penutupan seterusnya menyampaikan ucapan penangguhan.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara atas kesudian beliau menutup rasmi serta menyampaikan ucapan penangguhan sebentar tadi.

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Warga Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ( ASASI ), para pembentang kertas kerja penjana wacana, ketiga-tiga pengerusi sesi,persatuan penulis Wilayah Utara, juga semua peserta Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah serta warga kerja IPG Kampus Sultan Abdul Halim khususnya dan warga Jabatan Pengajian Melayu,atas sumbangan yang tidak terhingga dalam menjayakan seminar ini.

Anak haruan berlima, Anak sepat bertiga, Budi tuan diterima, Teringat takkan dilupa.

Khilaf di sana silap di sini, kami menyusun sepuluh jari mohan dimaafi seikhlas hati, jangan disimpan di sanubari. Akhir kalam, wassalamualaikum wbt.

Peristiwa 8.45pg Para peserta mengambil tempat

Butiran penyampaian Mempersilakan para peserta dan tetamu mengambil tempat. Memberikan sedikit taklimat: Mohon berdiri ketika tetamu utama sampai dan hanya duduk selepas tetamu utama duduk. Mohon matikan telefon bimbit atau letakkan dalam mod senyap. Nyanyian lagu Negaraku

Penyampai

9.00 pg

Ketibaan tetamu khas

Ketibaan Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato Dr. Anwar Ridhwan, diiringi Yang Berbahagia Profesor Dato Md. Saleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka , Yang Berusaha Puan Hajah Saadiah binti Bani, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim serta Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Hadirin dipersilakan duduk. Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato Dr. Anwar Ridhwan Yang Berbahagia Profesor Dato Md. Saleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Yang Berusaha Puan Hajah Saadiah binti Bani, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Yang Berusaha Encik Abdul Nasir bin Abu Hassan,Pengrah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Rosli bin Ismail, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim Yang Di Hormati Puan Khairiyah binti Ghazali Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara serta Tuan Haji Ibrahim bin Bakar, Tmbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim merangkap Pengerusi Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah Yang Di Hormati Para Pembentang Kertas Kerja, Ketua-

Kata-kata aluan

ketua Jabatan, para pensyarah , deligasi daripada IPG Zon Utara serta warga dewan sekalian, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. 9.05pg Bacaan doa Peristiwa Apa mulianya i Butiran penyampaian

Penyampai

8.45pg Para peserta mengambil tempat

Mempersilakan para peserta dan tetamu mengambil tempat. Memberikan sedikit taklimat: Mohon berdiri ketika tetamu utama sampai dan hanya duduk selepas tetamu utama duduk. Mohon matikan telefon bimbit atau letakkan dalam mod senyap. Nyanyian lagu Negaraku

9.00 pg Ketibaan tetamu khas

Ketibaan Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato Dr. Anwar Ridhwan, diiringi Yang Berbahagia Profesor Dato Md. Saleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka , Yang Berusaha Puan Hajah Saadiah binti Bani, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim serta Encik Abdul Nasir bin Mohd. Razali, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Hadirin dipersilakan duduk. Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato Dr. Anwar Ridhwan

Kata-kata aluan

Yang Berbahagia Profesor Dato Md. Saleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Yang Berusaha Puan Hajah Saadiah binti Bani, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Yang Berusaha Encik Abdul Nasir bin Abu Hassan,Pengrah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Rosli bin Ismail, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim Yang Di Hormati Puan Khairiyah binti Ghazali Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara serta Tuan Haji Ibrahim bin Bakar, Tmbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim merangkap Pengerusi Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah Yang Di Hormati Para Pembentang Kertas Kerja, Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah , deligasi daripada IPG Zon Utara serta warga dewan sekalian, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

9.05pg

Bacaan doa

Apa mulianya i

Anda mungkin juga menyukai