Anda di halaman 1dari 14

TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum dan selamat pagi,


Mohon Perhatian,
Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Para peserta
dan tetamu dipersilakan mengambil tempat.
***

PERINGATAN Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para

MESRA hadirin diminta agar memastikan telefon bimbit anda


berada dalam keadaan mod senyap serta diminta
kerjasama para hadirin agar bersama-sama dengan kami
sehingga penghujung majlis ini.
Terima kasih.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan


TETAMU &
Wakil Ahli Parlimen Sungai
NYANYIAN
Buloh, ...................................................................
LAGU
diiringi oleh Yang Berusaha Puan Ung Bee Keow Guru
NEGARAKU
Besar SJK (C) Subang bersama Yang Berbahagia Dato.
Kenny Wang Kwee Hao, Pengerusi Lembaga pengurus
Lihat keadaan
Semua VIP duduk
SJKC Subang, Encik Ho Wei Wah, Naib Yang Dipertua
Intan akan edar buku PIBG SJK (C) Subang dan penolong-penolong kanan
program
masuk ke dalam dewan.
Lepas tu baru minta
bangun untuk Hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku
Negaraku.
*****
Hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, Salam
Sejahtera, Salam Malaysia Madani.

Melati kuntum tumbuh melata,


Burung merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum pembuka bicara;
Selamat datang untuk semua.

Yang Berbahagia Dato. Kenny Wang Kwee Hao,


Pengerusi Lembaga pengurus SJKC Subang

Yang Dihormati wakil Ahli Parlimen Sungai Buloh,


..............................................
Yang dihormati, Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC
Petaling Perdana, Pn. Chee Fooi Foon

Yang Dihormati, Encik Ho Wei Wah,


Naib Yang Dipertua PIBG SJK (C) Subang,

Yang Berusaha Puan Ung Bee Keow


Guru Besar SJK (C) Subang,
Guru-guru besar SJKC Petaling Perdana, guru-guru
penolong kanan, barisan panel hakim Pertandingan
Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu SJKC 2023, guru-
guru pengiring, ahli jawatankuasa pelaksana, para peserta
serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

KATA ALUAN Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya kita


dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
menjayakan PERTANDINGAN SYARAHAN DAN
BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC PIALA
PERPADUAN PERDANA MENTERI PERINGKAT
DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2023.

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan.

Sebagai pembuka tirai majlis pertandingan, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Ung
UCAPAN GURU Bee Keow, Guru Besar SJKC Subang selaku tuan rumah
BESAR untuk menyampaikan sepatah dua kata ucapan alu-
aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
***
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan
Ung Bee Keow atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia
Encik Ho Wei Wah, Naib Yang Dipertua PIBG SJK (C)
UCAPAN NAIB Subang, bagi memberikan ucapan. Dipersilakan.
YANG
****
DIPERTUA PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ho Wei Wah, atas
ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Para hadirin yang dihormati,


PERASMIAN Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi
menggalakkan murid-murid menguasai serta
mempertingkatkan penggunaan Bahasa Melayu. Selain
itu, pertandingan ini juga adalah bertujuan untuk
menanamkan semangat perpaduan serta semangat
cintakan Bahasa Melayu.

Untuk melengkapkan majlis kita pada pagi ini, Majlis


dengan penuh takzimnya mempersilakan Wakil Ahli
Parlimen Sungai Buloh, ....................................................
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya
merasmikan Pertandingan Syarahan dan Bercerita
Bahasa Melayu SJKC Piala Perpaduan Perdana Menteri
Peringkat Daerah Petaling Perdana Tahun 2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………
atas ucapan itu tadi.

Diminta ……………………………, untuk kekal di atas


pentas bagi melakukan upacara perasmian. Dijemput
Puan Ung Bee Keow, Dato. Kenny Wang Kwee Hao dan
Encik Ho Wei Wah ke atas pentas bagi bersama-sama
menyertai upacara perasmian, dipersilakan.
Dijemput Pn. Ung Bee Keow untuk menyampaikan
cenderamata kepada ......................................................,
dipersilakan.

***
Sekalung penghargaan buat ........................................ dan
semua tetamu kehormat atas upacara gimik perasmian itu
tadi.

PENGENALAN Hadirin sekalian,


PANEL HAKIM Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya
memperkenalkan barisan panel hakim bagi mengadili
pertandingan syarahan pada hari ini.

Yang pertama, Encik Azizul Shah bin Abdul


Rahman selaku ketua hakim dari SK Bukit Jelutong.
Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 24
tahun. Beliau juga mempunyai pengalaman luas menjadi
hakim dalam pelbagai pertandingan seperti
1. Ketua hakim Syarahan Bahasa Melayu SJKC &
SJKT Petaling Perdana & Petaling Utama
2. Ketua hakim pidato Sekolah Rendah PPD Petaling
Perdana dan Hakim bahas ala parlimen peringkat Negeri
Selangor. Beliau juga merupakan pegawai teknikal
Bahasa Melayu PPD Petaling Perdana.

Seterusnya, Pn. Rosmani binti Abdul Kadir dari SK Sri


Subang Jaya sebagai panel hakim kedua. Beliau
mempunyai pengalaman mengajar selama 33 tahun dan
telah bergiat aktif melibatkan diri sebagai panel hakim
dalam pelbagai pertandingan seperti
1.Hakim pertandingan pidato PPD Petaling Perdana
2.Hakim pertandingan pidato zon Majlis Perbandaran
Subang Jaya
3.Hakim pesta pantun sekolah kebangsaan PPD Petaling
Perdana. Beliau juga merupakan AJK Pelaksana Seminar
Kebangsaan Bahasa dan Linguistik Melayu UPM.

Panel hakim yang ketiga ialah Encik Zulhisham bin Abdul


Kadir dari SK Subang Bestari 2. Beliau mempunyai
pengalaman mengajar selama 18 tahun. Beliau juga
berpengalaman luas sebagai hakim dalam pelbagai
pertandingan seperti
1. Hakim Syarahan Bahasa Melayu SJKC & SJKT
Petaling Perdana
2. Hakim Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah PPD
Petaling Perdana.
3. Hakim Pertandingan Pidato Sekolah Rendah PPD
Petaling Perdana. Beliau juga merupakan pegawai
teknikal Ko Akademik Bahasa Melayu PPD Petaling
Perdana.

SYARAT
Sebelum memulakan pertandingan syarahan ini, saya akan
PERTANDINGAN
membacakan secara ringkas tentang syarat pertandingan.
SESI 1 Baiklah hadirin sekalian,
Kini, tibalah masa untuk mendengar syarahan daripada
peserta pertama MA WEN JU dengan tajuknya BAHASA
MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA
MALAYSIA, dipersilakan.
Demikian sudah persembahan yang mengagumkan
daripada peserta pertama.

Seterusnya, mari kita dengarkan hujah-hujah daripada


peserta kedua dijemput LEE EU QIAN dengan tajuknya
PENDIDIKAN TONGGAK PERPADUAN, dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta kedua yang sungguh


berani mengutarakan hujah-hujahnya sebentar tadi.

Peserta ketiga pula membawa tajuk PERPADUAN


TERAS KEGEMILANGAN NEGARA, dipersilakan KANG
YAN XI untuk menyampaikan syarahannya.

Tahniah diucapkan kepada peserta ketiga itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan peserta keempat GAN YU


THONG dengan tajuk PENERAPAN NILAI MURNI
TERAS KESEJAHTERAAN NEGARA, dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta keempat atas


persembahan syarahan yang cukup mantap itu tadi.

Dijemput peserta kelima, JOY XUE QIAO EN dengan


tajuk syarahannya INTEGRASI NASIONAL MEMUPUK
PERPADUAN, dipersilakan.
Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat
daripada peserta kelima itu tadi.

Kini, tibalah giliran peserta keenam yang memilih tajuk


BANGSA BERSATU DEMI NEGARA GEMILANG,
dijemput AIDEN TAN WEN YU untuk menyampaikan
syarahan, dipersilakan.

Nampaknya saingan kian hangat.


Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa lagi, kita
mempersilakan peserta ketujuh, SEAH EAN ZUAN yang
membawa tajuk PERPADUAN ASAS PEMBANGUNAN
NEGARA, dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang penuh semangat


daripada peserta ketujuh itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan peserta kelapan, TEONG XING


HUI dengan tajuk syarahannya, NIKMAT KEAMANAN
DAN PERPADUAN DI MALAYSIA. Dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang mengangumkan


daripada peserta kelapan itu tadi.

Pertandingan diteruskan dengan menjemput peserta ke-9


H'NG WOON TING dengan tajuk KEPENTINGAN
PERPADUAN, dipersilakan.
Tahniah diucapkan kepada peserta ke-9.

Pertandingan diteruskan lagi dengan menjemput peserta


ke-10 yang membawa tajuk BUDI BAHASA BUDAYA
KITA. Dijemput CHOO ZHUO XUAN ke atas pentas.
Dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat


daripada peserta ke-10 itu tadi.

Dijemput peserta ke-11, GIOVANNE LIM TONG EN


dengan tajuk syarahannya MALAYSIA MADANI
PEMACU NEGARA TERBILANG, dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat


daripada peserta ke-11 itu tadi.

Seterusnya, giliran peserta ke-12 yang memilih tajuk


PERPADUAN KUNCI KEJAYAAN NEGARA dijemput
JASON SOH CHANG HAO untuk menyampaikan
syarahan, dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta ke-12 atas


persembahan syarahan yang cukup mantap itu tadi.

Pertandingan diteruskan dengan menjemput peserta ke-


13, CHOW HUEY HUEY dengan tajuknya BANGSA
MALAYSIA: BANGSA HARMONI NEGARA
BERKUALITI, dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta ke-13.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Tak perlu cakap
Pertandingan syarahan ini akan berehat sebentar selama
rehat
Nanti ramai
10 minit.
bergerak.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis kita pada pagi


ini, para hadirin akan dihiburkan dengan penampilan
PERSEMBAHAN istimewa daripada kumpulan tarian Tradisional Melayu
1 (TARIAN) SJK (C) Subang. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian
Tradisional Melayu SJK(C) Subang atas persembahan
yang begitu menarik itu tadi.
SESI 2 Baiklah hadirin sekalian,
Pertandingan syarahan diteruskan dengan peserta ke-14
KINGSLEY TENG CHENG LIK dengan tajuknya
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK
PERPADUAN, dipersilakan.

Demikian sudah persembahan syarahan penuh semangat


yang disampaikan oleh peserta itu tadi.

Seterusnya, mari kita dengarkan hujah-hujah daripada


peserta ke-15 dijemput H’NG YUN XI dengan tajuknya
“DEMI PERPADUAN : SATU BANGSA SATU BUDAYA”,
dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta ke-15 yang


menyampaikan syarahan yang mantap sebentar tadi.

Peserta ke-16 pula membawa tajuk PERPADUAN ASAS


KESEJAHTERAAN NEGARA, dipersilakan WONG QI
BIN untuk menyampaikan syarahannya.

Tahniah atas persembahan yang mengangumkan


daripada peserta ke-16 itu tadi.
Seterusnya, dipersilakan peserta ke-17 NG JO YI dengan
tajuk MUHIBAH MEMBENTUK PERPADUAN,
dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta ke-17 atas


persembahan syarahan yang cukup mantap itu tadi.

Dijemput peserta ke-18, IRRYN WONG YIE RYN dengan


tajuk syarahannya MALAYSIA MADANI TONGGAK
PERPADUAN, dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat


daripada peserta ke-18 itu tadi.
Seterusnya, dipersilakan peserta ke-19, SIEW WENG
HOE dengan tajuk syarahannya, BAHASA MELAYU
TONGGAK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA.
Dipersilakan.

Tahniah, satu persembahan yang mengangumkan


daripada peserta ke-19 itu tadi.

Pertandingan diteruskan dengan menjemput peserta ke-


20, TEO KONG TEE dengan tajuk syarahannya
MEMBENTUK PERPADUAN NASIONAL
TANGGUNGJAWAB BERSAMA, dipersilakan.
Tahniah diucapkan kepada peserta itu tadi.

Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa lagi, kita


mempersilakan peserta ke-21 yang memilih tajuk
PERPADUAN UTUH NEGARA SEJAHTERA, dijemput
JADEN HO WEN KAI untuk menyampaikan
syarahannya, dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang penuh semangat


daripada peserta itu tadi.

Pertandingan diteruskan dengan menjemput peserta ke-


22 CHUAH YU XI dengan syarahannya yang bertajuk
PERPADUAN TONGGAK KESEJAHTERAAN NEGARA,
dipersilakan.
Tahniah diucapkan kepada peserta ke-22.
Pertandingan diteruskan lagi dengan menjemput peserta
ke-23 yang membawa tajuk DEMI MALAYSIA MADANI:
KITA KEKALKAN PERPADUAN. Dijemput CHAN VEI
ANNE ke atas pentas. Dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat


daripada peserta ke-23 itu tadi.

Dijemput peserta ke-24, RYAN LING JIA CHENG dengan


tajuk syarahannya RAKYAT BERSATU NEGARA
BERJAYA, dipersilakan.

Tahniah atas persembahan yang cukup bersemangat


daripada peserta ke-24 itu tadi.

Seterusnya, giliran peserta ke-25 yang memilih tajuk


PERPADUAN ASAS KECERMELANGAN NEGARA
dijemput CHANG KAI XIN untuk menyampaikan
syarahan, dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta ke-25 atas


persembahan syarahan yang cukup jelas itu tadi.

Kini, tibalah giliran peserta terakhir pertandingan


syarahan, PHOEBE PHYLLIS PANSIUL dengan tajuk
syarahannya PERPADUAN MENYATUKAN BANGSA
DAN BUDAYA, dipersilakan.

Demikian sudah persembahan yang mengagumkan


daripada peserta terakhir bagi pertandingan syarahan
pada hari ini.
***Hadirin sekalian,
Dengan itu, maka berakhirlah pertandingan syarahan pada
hari ini.
SESI
Diminta barisan panel hakim diiringi oleh jurupandu ke bilik
PENGIRAAN
khas bagi sesi pengiraan markah.
MARKAH
Untuk makluman hadirin, Majlis pada hari ini akan
diteruskan dengan pertandingan bercerita yang akan
bermula pada pukul _________. Oleh itu, para peserta
pertandingan bercerita diminta untuk bersiap sedia.

Sementara menunggu keputusan syarahan diumumkan,


MAKAN para tetamu kehormat dijemput ke bilik jamuan manakala
TENGAH HARI peserta syarahan bersama guru pengiring dijemput ke
kantin untuk menjamu selera.

Mohon maaf daripada saya sekiranya terkasar bahasa,


terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar
tadi. Saya serahkan majlis ini kepada pengacara majlis
Pertandingan bercerita. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai