Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM PERINGKAT IPBMM


SESSI 2006

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Hjh Puteh Yah bt Md Dom, Timbalan


Pengarah IPBMM diiringi oleh _____________________________________________
________________________________________________________________________

Mohom hadirin bersedia untuk sama-sama mengalunkan Asma Ul-Husna

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang berbahagia,
Pn Hjh Puteh Yah bt Md Dom, Ketua-ketua Jabatan,
Timbalan Pengarah IPBMM
Para pensyarah dan staf-staf sokongan,
Yang berusaha,
Pn Hjh Latifah bt Mohd Yussof Rakan-rakan pelajar,
Ketua Jabatan Bahasa
Seterusnya hadirin yang dihormati
Ustzh Nabiroh bt Kassim, sekalian.
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral Assalamualaikum w.b.t dan selamt
sejahtera.
Setiausaha-setiausaha pentadbiran,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam majlis yang penuh keberkatan ini
iaitu Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Majlis Penutupan Minggu
Penghayatan Islam peringkat IPBMM sessi 2006. Pertama kalinya, saya bagi pihak
majlisingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi
menjayakan majlis pada petang ini. Sesungguhnya, kami amat berbesar hati dan
mengalu-aluka kedatangan hadirin sekalian.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan juga Majlis
Penutupan Minggu Penghayatan Islam peringkat IPBMM sessi 2006.

Untuk memberkati lagi majlis pada petang ini, dijemput saudara Ahmad Aizuddin
b. Ahmad Rosli untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seperti yang telah diketahui, majlis ini diadakan adalah untuk kita sama-sama
meraikan Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Majlis Penutupan Minggu
Penghayatan Islam bagi sessi 2006.
Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, Kempen Budi Bahasa peringkat
IPBMM ini akan dijalankan sepanjang bulan September 2006. Kempen ini adalah anjuran
bersama Jabatan Bahasa IPBMM. Antara objektif kempen Budi Bahasa ini adalh :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Selaras dengan itu, kempen ini juga bertujuan untuk :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Selain daripada memupuk sikap berbudi bahasa,kempen ini turut memantapkan sahsiah
warga IPBMM meliputi semua aspek demi kepentingan bersama.
Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum ini bersempena
Kempen Budi Bahasa ini. Antaranya ialah pertandingan pidato piala Jabatan Bahasa,
penulisan sajak dan juaga ceramah.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Oleh itu, bagi meneruskan majlis pada petang yang berbahagia ini, dipersilakan
Pn Hjh Latifah bt. Mohd yussof selaku pengerusi J/K Kempen Budi Bahsa peringkat
IPBMM sessi 2006 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan keada Pn Hjh Latifah bt Mohd Yussof Atas ucapan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Pada bulan Ogos 2006, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama
Biro Agama Jawatan Perwakilan Pelajar telah menganjukan program bersempena dengan
Minggu Penghayatan Islam. Minggu Penghayatan Islam ini diadakan sebagai satu
program bagi mencetuskan dan membudayakan amalan-amalan mahmudah dalam
kehidupan seharian. Selain daripada itu, program ini juga boleh dijadikan landasan untuk
pelajar menceburkan diri dalam program-program yang berunsurkan Islam dan
seterusnya membina jati diri Muslim sejati.

Antara objektif program tersebut adalah sebagai medan untuk para pelajar
menyalurkan idea dan sumbangan positif seterusnya mengeratkan silaturrahim antara
seluruh warga IPBMM.Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan hafazan,
deklamasi sajak, pertandingan tilah Al-Quran dan pelbagai jenis pertandingan lagi.
Jawatan kuasa yang terlibat turut berusaha menjayakan Forum Jerat Percintaan dan juga
Malam Nur Kasih yang dihadiri oleh kumpulan nasyid terkemuka iaitu Saff-One.
Para hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Ustzh Nabiroh
bt. Kassim, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Majlis dengan ini
mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada ustzh Nabiroh atas ucapannya sebentar tadi.

Hadirin sekalian.

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan pula Yang


Berbahagia, Pn Hjh Puteh Yah, Timbalan Pengarah IPBMM untuk menyapaikan beliau
sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahas dan Majlis Penutupan
Minggu Penghayatan Islam peringkat IPBMM sessi 2006. Dipersilakan

Majlis mengalungkan jutaan terima kasih atas ucapan dan kesudian Yang
Berbahagia Timbalan Pengarah menyempurnakan perasmian sebentar tadi. Semoga
segala pesanan dan amanat yang disampaikan akan menjadi pendorong kepada kami,
warga IPBMM untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
institut.
Sidang hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah kepada
pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan bersempena Kempen Budi Bahasa
dan Minggu Penghayatan Islam. Dengan ini, majlis mempersilakan sekali lagi Yang
Berbahagia Timbalan Pengarah, Pn Hjh Puteh Yah diiringi oleh
____________________________________________________________ naik ke pentas
untuk menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada para perserta pertandingan.
Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para
peserta pertandingan Pidato Piala Jabatan Bahasa bersempena dengan Kempen Bulan
Bahasa.

Dijemput : ( LIHAT SENARAI NAMA PEMENANG DIBELAKANG )


1) ______________________________________________
2) ______________________________________________
3) ______________________________________________

seterusnya, penyampaian sijil penyertaan dan saguhati berupa wang tunai. Dijemput :
1) ______________________________________________
2) ______________________________________________
3) ______________________________________________

Pemenang tempat ketiga, Naib Johan dan Johan bagi pertandingan Pidato Piala Jabatan
Bahasa pula akan menerima sijil penyertaan, hadiah berupa buku dan wanga tunai.
Dengan ini,
3) _____________________________________________
2) _____________________________________________
1) _____________________________________________

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi
pertandingan-pertandingan sempena MPI IPBMM sessi 2006.

Bagi pertandingan ..

Seterusnya adalah acara penyampaian cenderahati kepada pengadil-pengadil


pertandingan sempena MPI.
Dijemput

( LIHAT SENARAI NAMA PEMENANG DIBELAKANG )


Majlis mengalungkan jutaan terima kasih atas kesudiaan Yang Berbahagia Pn Hjh Puteh
Yah menyampaikan hadiah.

Hadirin yang dihormati,

Tidak lengkap rasanya jika majlis pada petang ini tidak diserikan dengan
persembahan oleh pelajar. Oleh itu, majlis diteruskan dengan menjemput saudara
Muhammad Safwan b. __________________ dari kelas 1C, Johan pertandingan pidato
piala Jabatan Bahasa tampil kehadapan untuk menyampaikan semula pidato beliau yang
bertajuk __________________________________________________________.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Demikianlah tadi persembahan pidato yang cukup bertenaga yang disampaikan


oleh saudara Muhammad Safwan.

Kini tibalah pula giliran bagi Johan Pertandingan Pendeklamasian Sajak sempena
Minggu Penghayatan Islam iaitu _____________________________________________
untuk mendeklamasikan semula sajak mereka yang bertajuk ______________________.

Begitulah sajak yang dideklamasikan oleh _______________________________


Nampaknya, pendeklamasi sajak sebentar tadi amat menghayati sajak yang mereka
sampaikan dengan baik. Semoga hadirin sekalian juga turut menghayati maksud tersirat
yang cuba disampaikan dalam setiap bait-bait sajak tersebut.

Para hadirin yang dihormati,

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dengan berakhirnya persembahan sajak
sebentar tadi, maka berakhir jualah Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Majlis
Penutupan Minggu Penghayatan Islam peringkat IPBMM sessi 2006. Majlis sekali lagi
merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Pengarah dan semua yang sudi hadir.
Semoga majlis ini akan menjadi titik tolak kepada semua warga IPBMM untuk menjadi
seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bunga dipetik Sang Kumbang Maya,


Nyanyian merdu menggamit buana;
Majlis berilmu hayati bersama,
Lahir intelek penuh susila.

Kami memohon sepuluh jari memohon kemaafan andai tersilap kata mahupun
terlanjur bicara.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian w.b.t , wassamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai