Anda di halaman 1dari 1

Hadirin-hadirat yang dihormati, Penyelidikan Melestarikan Pendidikan.

Dalam merancakkan inovasi dalam bidang pendidikan, suatu Pertandingan Inovasi Konvensyen Jiwa Pendidik anjuran Majlis Guru-Guru Cemerlang bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim, telah diadakan pada 16 hingga 19 Julai 2012 di Johor Baharu. Salah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah menyertai pertandingan tersebut dengan bimbingan Puan Radna Wismawati Muhibbah Binti Yahya Sawek dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Kajian Penyelidikan yang dilakukan bersama selama setahun telah berjaya menghasilkan suatu teori dan model pengajaran baru dalam dunia pendidikan yang dinamakan Model Rangsangan Peneguhan Tingkah Laku HADRA. Menerusi inovasi model ini, pelbagai kit pengajaran telah dicipta dan mereka telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang telah dibukukan. Maka, Model Rangsangan Peneguhan Tingkah Laku HADRA ini telah dipertaruhkan semasa pertandingan inovasi ini bersama produk dan kit-kit pengajaran yang telah dihasilkan. Hasil penat lelah melaksanakan kajian dan inovasi ini akhirnya ternyata memberi impak dan membuahkan kemenangan kepada mereka. Hasil kolaborasi dari dua institut yang berbeza, guru pelatih dari IPG Kampus Batu Lintang bersama pensyarah pembimbingnya telah merangkul anugerah istimewa iaitu Anugerah Unggul Inovasi Bahan Bantu Mengajar Terbaik. Guru pelatih yang dimaksudkan ialah saudari Nurhaziqah Binti Norani dari PISMP Bahasa Melayu Januari 2012. Majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Hambali Bin Awang Hamdan, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang untuk menyampaikan hadiah kemenangan dan sijil penyertaan. (...) Dipersilakan, saudari Nurhaziqah Binti Norani untuk menerima hadiah dan sijil penyertaan. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang turut mengharumkan nama institut ini.

Anda mungkin juga menyukai