Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

SMA BUGISIAH TAMPOK SIRI 1 2019

Pada 29 Januari 2019 yang lalu, telah diadakan Latihan Kebakaran Siri 1 melibatkan semua guru,
kakitangan dan pelajar SMA Bugisiah Tampok dengan bantuan dan kerjasama pegawai-pegawai dari Balai
Bomba dan Penyelamat Rengit.

Tujuan latihan kebakaran ini diadakan adalah bagi menanamkan kesedaran pentingnya pengetahuan
tentang asas dalam menangani bencana di samping melatih kecekapan warga SMA Bugisiah untuk mengungsi
bangunan jika berlaku kecemasan.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Rengit tiba 30 minit awal ke
lokasi bagi meninjau persediaan yang telah dilakukan oleh AJK sebelum latihan dijalankan. Pegawai bomba
juga mengenalpasti kawasan yang telah ditetapkan sebagai Assembly Point (AP) atau tempat berkumpul jika
berlaku kecemasan.

Tepat jam 12.00 tengah hari, loceng kecemasan dibunyikan menandakan berlakunya kecemasan. Semua
pelajar dan guru yang berada di dalam kelas segera meninggalkan kelas dan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan dan ianya telah diedarkan kepada semua warga sekolah untuk makluman dan pengetahua bersama.

Semua warga sekolah berkumpul di Dataran Blok Kayu dan semua guru kelas mengambil peranan untuk
mengira dan memastikan pelajar kelas mereka selamat dan cukup. Laporan kedatangan diambil dan masa yang
dicatatkan untuk semua warga sekolah berkumpul di AP adalah 4 minit 35 saat, satu minit melebihi masa yang
perlu iaitu 3 minit.

Selepas itu semua warga sekolah bergerak ke Dewan Dato’ Jalok untuk mendengar taklimat yang
disampaikan oleh wakil Ketua Balai Rengit mengenai latihan yang baru dilaksanakan. Beliau menegaskan
mengenai kepentingan pengetahuan pengungsian bangunan jika berlaku kecemasan terutamanya kecemasan
yang melibatkan api (kebakaran).

Selesai taklimat, warga sekolah bergerak ke Dataran Dewan Dato’ Jalok untuk melihat demonstrasi
pemadaman api minyak oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Antara yang ditunjukkan ialah demonstrasi
pemadaman api menggunakan tuala basah dan langkah-langkah mengatasi kebakaran yang disebabkan oleh gas
memasak yang boleh berlaku di dapur. Selesai demonstrasi, pelajar dibawa oleh Pasukan Bomba ke jentera
bomba untuk pameran dan soal jawab. Program tamat sekitar jam 2.00 petang dan pelajar terus ke surau untuk
solat Zohor berjemaah manakala pegawai Bomba yang terlibat menikmati jamuan ringkas yang disediakan oleh
pihak sekolah.

Secara keseluruhannya, objektif program dapat dicapai sepenuhnya. Hanya masa pengungsian bangunan
yang perlu diperbaiki melibatkan kelancaran pergerakan dan kedesaran bahaya kebakaran oleh semua warga
sekolah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada menimpa warga sekolah sekiranya bencana
sebenar melanda.
Eviden Bergambar Sepanjang Program

Anda mungkin juga menyukai