Anda di halaman 1dari 4

SJK(C)CHUNG SAN MIRI

POST MORTEM LATIHAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

Tarikh : 11 OKTOBER 2023

Hari : RABU

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Sekolah

Kekuatan:

1. Penglibatan murid secara aktif semasa sesi ceramah kebakaran yang ditunjukkan oleh
pihak bomba.
2. Warga sekolah mengetahui cara menggunakan alat pemadam api seperti mana yang
diterangkan oleh pihak bomba.
3. Alat pemadam api yang digunakan semasa latihan memadam kebakaran dapat
berfungsi dengan baik.
4. Keadaan disiplin murid yang terkawal semasa pihak bomba memberikan penerangan
dan tunjuk ajar memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam
kebakaran.
5. Aktiviti dan penerangan yang disampaikan oleh pihak bomba menarik dan mudah
difahami oleh warga SJK (C) CHUNG SAN.
6. Murid mengetahui tempat berkumpul iaitu di kawasan padang sekiranya berlaku
kebakaran.

Kelemahan :

1. Loceng kecemasan atau siren belum dipasangkan dan menggunakan loceng berbunyi
kelas.
2. Masa ketibaan pasukan bomba tidak sama dengan jadual pelaksanaan yang
ditetapkan.
3. Segelintir murid yang bersikap sambil lewa atau tidak serius semasa latihan
kebakaran dijalankan.
4. Dewan sekolah tidak sesuai untuk menampung bilangan murid yang ramai semasa
menjalankan ceramah pegawai bomba.
5. Semasa sesi ceramah kebakaran oleh pihak bomba , suara kurang jelas.

Cadangan Penambahbaikan:

1. Latihan kebakaran secara kerap dan berkala bagi memberi pengetahuan yang jelas
kepada murid-murid.
2. Memastikan siren dan loceng amaran kebakaran dapat berfungsi dengan baik pada
setiap masa. Sekiranya ketiadaan bekalan elektrik alternative lain yang lebih berkesa
perlu diambil bagi memastikan murid mengetahui bunyi amaran kecemasan.
3. Memastikan murid mengetahuan laluan kelas masing-masing sekiranya berlaku
kecemasan.
4. Memastikan semua guru kelas menyemak jumlah murid kelas masing-masing .
5. Mengambil masa murid turun dari kelas ke padang sebagai panduan ketika latihan
kebakarn dijalankan.
6. Mempamerkan arah laluan kelas( Pelan Kecemasan ) ketika kecemasan di setiap
kelas bagi memastikan murid-murid mengetahui laluan kelas masing-masing.
7. Penerangan yang kerap kepada murid-murid tentang perkara yang perlu dilakukan
semasa latihan kebakaran atau menghadapi kebakaran yang sebenar.
8. Menambah bilangan ajk keselamatan, bilangan yang ada sekarang agak sedikit dan
tidak mencukupi.
9. Memastikan ketibaan pegawai bomba di sekolah ,dan loceng kecemasan baru
ditekankan.
Aktiviti Latihan dan demonstrasi memadam kebakaran.

Anda mungkin juga menyukai