Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG

KM 34, JALAN CHINCHIN, 77000 JASIN, MELAKA

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


TAHUN 2018

TEMPAT:
KEM LAMBAIAN DANAU, CHINCHIN

HARI / TARIKH:
SABTU DAN AHAD
6 & 7 OKTOBER 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan ......................................................................... 2

2. Objektif................................................................................ 2

3. Matlamat ............................................................................. 2

4. Sasaran penyertaan............................................................ 3

5. Butiran perkhemahan ........................................................ 3

6. Kos ..................................................................................... 3

7. Sumber Kos......................................................................... 3

8. Anggaran Perbelanjaan....................................................... 3

9. Tentatif Program................................................. 4

10 Jawatankuasa Pengelola..................................................... 5

11. Perincian Tugas...................................................... 6

12 . Penutup ............................................................................... 8

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -1-


1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Salah satu aktiviti wajib bagi setiap unit beruniform adalah perkhemahan.
Perkhemahan dapat membantu murid-murid membina jati diri di samping mendidik
mereka untuk lebih berdikari dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid akan didedahkan dengan suatu persekitaran
baharu di mana keberanian dan kemahiran mereka akan teruji. Selain itu, aktiviti-
aktiviti ini juga diharap dapat membantu mereka bersiap sedia berhadapan dengan
zaman moden yang serba mencabar dan penuh liku ini. Berbekalkan semangat dan
kepercayaan, adalah diharapkan program ini dapat mencapai objektifnya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan ketahanan diri dalam kalangan ahli.
2.2 Meningkatkan disiplin kendiri dalam setiap ahli.
2.3 Menanamkan sikap suka dan meminati gerak kerja kokurikulum.
2.4 Menanam sikap bertoleransi, kerjasama,tolong-menolong dan sentiasa
bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan
dengki, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
2.5 Membina dan memupuk pemimpin dalam kalangan pelajar.
2.6 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari di sekolah serta
berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
3.2 Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-
masing.
3.3 Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila
berhadapan dengan situasi mencabar.
3.4 Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah SWT dan melahirkan
generasi yang tahu menghargai masa .
3.5 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
3.6 Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran
matang.

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -2-


4.0 SASARAN PENYERTAAN
4.1 Program ini adalah terbuka kepada semua ahli unit beruniform SKT.
4.2 Bilangan Peserta Perkhemahan adalah sebanyak 40 orang

5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN


Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
i. Hari :Sabtu dan Ahad
ii. Tarikh : 6 & 7 Oktober 2018
iii. Tempat : Kem Lambaian Danau, Chinchin
iv. Jurulatih : Fasilitator Kem Lambaian Danau
Semua guru SKT

6.0 KOS
6.1 Setiap murid akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 70.00.
6.2 Bayaran Penyertaan ini adalah untuk:
 Makan dan minuman
 Sijil penyertaan
 Pengurusan perkhemahan
6.3 Setiap guru juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM40 untuk kos
makanan.
6.4 Sekiranya guru ingin menempah kabin, dikenakan bayaran RM150.00 yang
boleh memuatkan 4 orang.

7.0 SUMBER KOS


7.1 Duit peruntukan Unit Koku = RM 400.00
7.2 Bayaran penyertaan murid (RM70 x 40) = RM 2,800.00
7.3 Bayaran penyertaan guru (RM40 x19) = RM 760.00
JUMLAH = RM 3,960.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Jumlah
1 Bayaran Kem : RM 3,560.00
i Murid (RM70 X 40 orang = RM 2,800.00)
ii Guru (RM40 X 19 orang = RM 760.00)
2 Sewa Bas/ Pengangkutan RM 400.00
Jumlah RM 3,960.00

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -3-


9.0 AKTIVITI PROGRAM

9.1 Hari Pertama : 6 Oktober 2018 (Sabtu)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


8.00 pagi Murid berkumpul di SK Terentang AJK Pendaftaran
8.15 pagi Bertolak ke Kem Lambaian Danau, Chinchin AJK Pengangkutan
8.45 pagi Dijangka sampai ke Tapak Perkhemahan
9.00 pagi Pendaftaran, Taklimat dan Undang-undang Kem
10.00 pagi Dirikan khemah
10.30 pagi Ice breaking bersama Kem Komandan
12.30 tghr Makan tengahari AJK Makanan
Solat Zohor berjemaah AJK Kerohanian/
Moral
2.00 petang Taklimat Aktiviti
2.15 petang Danau Race (Trekking) dan Obstacle Run
6.00 petang Bersihkan diri, Solat Asar berjemaah AJK Kerohanian/
Makan Malam Moral
AJK Makanan
9.00 malam Bersama Kem Komandan
10.00 malam Night Walk
Tidur

9.2 Hari Kedua : 7 Oktober 2018 (Ahad)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


6.00 pagi Bersihkan diri, Solat Subuh berjemaah AJK Kerohanian/
Moral
7.00 pagi Zapin Ayam
8.00 pagi Sarapan pagi AJK Makanan
8.45 pagi War Game
11.30 pagi Bersihkan diri, Buka khemah dan kemas tapak Semua Guru
perkhemahan
12.30 tghr Makan Tengahari AJK Makanan
1.30 petang Majlis penutup dan penyampaian Sijil Semua Guru
2.00 petang Bertolak pulang

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -4-


10 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En. Daud bin Md Nasir (Guru Besar)


Pengerusi : En. Zulkarnain bin Rahmed (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Masni binti Yusup (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosilah Wati binti Khamis (GPK HEM)
Penyelaras : En Mohd Badrul Hisyam bin Ali
Pen. Penyelaras : En Yahaya bin Arip
Setiausaha : Pn. Haslina bt Othaman
Bendahari : Pn. Sabariah binti Salleh
Kem Komandan : En. Mohd Badrul Hisyam bin Ali
Pen. Kem Komandan : Pn. Nor Azwin bt Azlan

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Urusetia / Pendaftaran Pengacara Majlis Penutup


Pn. Zainon binti Jantan Pn. Roslinda binti Yusuf
Pn. Nurul Syahirah binti Muhd Salim
AJK Makanan
Buku Program Pn. Hasnah binti Talib
Pn. Rohaizah binti Rozali
Pn. Haslina binti Othaman
Pn. Noorakmal bt Saidi

AJK Pengangkutan Dokumentasi


En. Muhd Firdaus bin Jauri En. Muhd Badrul Hisham bin Ali
Pn. Nurul Syazana binti Mohd Sam
Keselamatan & Kecemasan

En. Yahaya bin Arip


Kerohanian & Moral
Pn. Nor Azwin binti Azlan
En. Muhd Badrul Hisham b. Ali

Pn. Sabariah binti Salleh


Kebersihan
Pn. Fauziahwati bt Mahat
En. Muhd Syah bin Hamid
Semua Guru
Jurugambar & Kawalan Murid
Semua guru

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -5-


11. PERINCIAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA KECIL
JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS
Kem Komandan / En. Mohd Badrul Hisyam bin Ali  Bertanggungjawab kepada
Penolong Kem (Kem Komandan) semua aktiviti, keselamatan dan
Komandan Pn. Nor Azwin bt Azlan disiplin peserta mengikut tentatif
(Penolong Kem Komandan) yang telah ditetapkan.
 Membuat pelan tapak
perkhemahan
 Memastikan setiap pegawai yang
bertugas hadir ketika aktiviti
berlangsung.
 Mengubahsuai mana-mana
bahagian dalam tentatif mengikut
kesesuaian semasa
Urusetia / Pn. Zainon bt Jantan  Membantu jawatankuasa lain
Pendaftaran Pn. Nurul Syahirah bt Salim  Menguruskan pendaftaran dan
informasi perkhemahan
 Membuat agihan peserta ke
dalam kumpulan
 Menguruskan penginapan murid
Buku Program Pn. Haslina binti Othaman  Menyediakan brosur tentang
perkhemahan
 Memastikan setiap pegawai
dimaklumkan tentang tentatif,
senarai jawatankuasa dan bidang
tugas serta senarai nama peserta
dan pegawai.
Pengangkutan En. Muhd Firdaus bin Jauri  Menempah 1 buah bas, sebulan
Pn. Nurul Syazana sebelum tarikh perkhemahan
 Memastikan bas tiba mengikut jadual
dan peserta dibawa dalam keadaan
selamat.
 Setelah menjelaskan wang, sila
dapatkan resit bayaran daripada
pengusaha bas.

Kerohanian dan En. Mohd Badrul Hisyam bin Ali  Menguruskan waktu solat, jadual
Moral (K) imam dan kuliah
Pn. Fauziahwati binti Mahat  Memastikan semua murid solat
Pn. Sabariah binti Salleh secara berjemaah sepanjang
perkhemahan berlangsung
 Menyediakan aktiviti moral
kepada murid nonmuslim

Kebersihan En. Muhamad Shah bin Hamid  Memastikan kebersihan


(K) terpelihara sepanjang
Semua guru perkhemahan dan sediakan
jadual tugasan kepada peserta

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -6-


perkhemahan
 Memastikan kawasan
perkhemahan bersih dan kemas
setelah selesai perkhemahan

Makanan Pn. Hasnah binti Talib (K)  Memastikan makanan mencukupi.


Pn. Norakmal binti Saidi  Memastikan murid beratur dan
Pn. Rohaizah binti Rozali memantau disiplin murid ketika
edaran makanan dilakukan.
 Memantau kebersihan makanan
yang disediakan oleh pihak kem.

Dokumentasi/ En. Muhd Badrul Hisham b. Ali  Menyediakan laporan bertulis dan
bergambar untuk dijadikan eviden
aktiviti sekolah.
 Laporan yang telah siap perlu
diserahkan kepada Guru Besar
dan GPK Kokurikulum.

Pengacara Majlis Pn. Roslinda binti Yusuf  Mengacarakan majlis penutup


Penutup  Memastikan perjalanan majlis
berjalan dengan lancar
 Mendapatkan maklumat tetamu
yang hadir semasa majlis
penutupan.

Jurugambar & Semua Guru  Mengambil gambar setiap aktiviti


Kawalan Murid yang dijalankan
 Memastikan disiplin murid
terkawal sepanjang
perkhemahan dijalankan.

Keselamatan & En. Yahaya bin Arip  Menabur belerang di kawasan


Kecemasan Pn. Nor Azwin bt Azlan perkhemahan.
 Memastikan tahap keselamatan
peserta dan segala peralatan
berada dalam keadaan yang
amat baik
 Menyediakan bekalan ubat-
ubatan serta peti kawalan yang
sempurna dan mencukupi
 Mendapatkan rawatan kepada
murid yang mengalami
kecederaan/ kecemasan
 Menyediakan jadual pengawasan
dan kawalan keselamatan
kawasan perkhemahan

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -7-


12 PENUTUP
Pihak jawatankuasa mengharapkan agar program yang dirancang ini bakal melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Murid-murid juga dilatih supaya
mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.
Program ini juga diharapkan agar berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang
kemalangan dan kecederaan.
Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta
segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………….
(HASLINA BINTI OTHAMAN) (PN. JALMAH BINTI MS ABD MAJID)
Setiausaha, GPK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform SK Terentang
SK Terentang

Disahkan oleh,

……………………………………….
(EN. DAUD BIN MD NASIR)
Guru Besar,
SK Terentang

Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -8-


Haslina7932/SU Perkhemahan Koku/SKT2018 -9-

Anda mungkin juga menyukai