Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

KANDUNGAN

SENARAI MUKA SURAT

1. Adab Semasa Belajar di Bilik Darjah. 2

2. Adab Semasa Perhimpunan. 3

3. Adab Semasa Berhubung Sesama Manusia. 4

4. Adab Dengan Alam Sekitar. 5

5. Adab Kepada Guru. 5

6. Adab Kepada Ibu bapa. 6

7. Adab Sesama Rakan. 6

8. Adab Semasa Permainan / Aktiviti. 7

9. Adab Semasa Bersama Masyarakat. 8

10. Adab Kepada Pemimpin. 8

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

A. ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Pelajar harus mengucapkan Assalamualaikum atau Selamat


Pagi/Petang kepada guru semasa guru masuk dalam kelas.
Pelajar mengucapkan Terima kasih Cikgu semasa guru keluar dari
kelas.
Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima
sesuatu daripada guru dan rakan.
Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika
membuat kesilapan.
Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari
kelas.
Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari
kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk
daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut.
Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar.
Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas.
Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru
sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih
lanjut.
Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar.
Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru
kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab.
Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk
memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P
dijalankan.
Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta
benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas.
Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan
guru.
Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti
semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas.
Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran
waktu kecuali dengan kebenaran guru.
Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada
guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya.
Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus
berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa
menganggu kelas-kelas lain.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

2. Tingkahlaku Guru.

Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar.


Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau
sinis di depan pelajar lain.
Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada
pelajar dengan menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik.
Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai
kecemerlangan dengan memberi kata-kata puji atau memberi galakkan
dan motivasi.
Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau
dituduh melakukan kesalahan.
Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat
oleh pelajar.
Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-
pelajar yang melakukan kesalahan.

B. ADAB SEMASA PERHIMPUNAN.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Semua pelajar harus bergerak secara teratur ke tapak perhimpunan 5


minit sebelum perhimpunan bermula.
Ketua kelas harus memastikan bilik kelas bersih dan tidak ada pelajar
lain tertinggal di dalam kelas semasa perhimpunan.
Pelajar harus berbaris mengikut kelas.
Pelajar harus sentiasa kemas berpakaian seragam yang lengkap untuk
perhimpunan sekolah.Pemakaian aksesori dan barang kemas adalah
dilarang sama sekali di kawasan sekolah.
Semua pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan pengawas
sekolah.
Pelajar harus berada dalam keadaan senyap semasa perhimpunan
dijalankan.
Setiap pelajar harus berdiri tegak semasa lagu kebesaran negara/
negeri dan lagu sekolah dimainkan.
Pelajar harus menumpukan penuh perhatian kepada segala amanat,
peringatan dan pengumuman yang dibuat semasa perhimpunan.
Pelajar dilarang makan, bising atau bermain sepanjang perhimpunan..
Setiap pelajar dipertanggungjawabkan untuk memastikan kawasan
perhimpunan tidak dikotori.
Pelajar harus bergerak dalam barisan untuk diperiksa oleh JKDS dan
pengawas selepas perhimpunan.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan contoh dan teladan baik dengan berada di


tempat perhimpunban tepat pada masanya.
Setiap teguran dan nasihat yang disampaikan harus bersifat positif dan
bersifat baik pulih untuk membina sahsiah pelajar yang cemerlang.
Guru dan sekolah dilarang menghukum pelajar yang melakukan
kesalahan di khalayak ramai terutama semasa perhimpunan sekolah.
Barang-barang haram yang dirampas semasa perhimpunan akan
disimpan dan hanya dikembalikan jika pelajar boleh memberi
penjelasan yang munasabah.

C. ADAB SEMASA BERHUBUNG SESAMA MANUSIA.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Setiap pelajar harus peka dan menghormati adat resam, agama dan
sensitiviti kaun lain.
Pelajar harus sedar kedudukan diri dan melayani serta menghormati
orang lain terutama sekali orang yang lebih tua sesuai dengan
pangkat dan peringkat umur mereka mengikut budaya dan norma
masyarakat setempat.
Pelajar tidak boleh bermain sehingga keterlaluan seperti mengejek dan
menghina nama rakan atau nama ibubapa rakan sehingga
menjatuhkan maruah dan harga diri pelajar tersebut di depan orang
lain.
Semua pelajar harus mengamalkan budaya positif seperti
mengucapkan terima kasih atau memohon maaf kepada pelajar lain
jika ada menyinggung perasaan mereka.
Mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat dan menyumpah orang
adalah dilarang sama sekali.
Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebar khabar angin .
Pelajar harus menunjuk raut wajah yang sentiasa ceria dan sentiasa
bertegur sapa dengan pelajar dan guru.

2. Tingkahlaku Guru.

Melayani dan menganggap semua pelajar seperti anak sendiri dan


melayani serta bertindak seolah-olah berdepan anak sendiri.
Menunjukkan wajah ceria, menegur dan bersapa dengan pelajar.
Menyiasat dan bertindak terhadap segala aduan pelajar dan
menyelesaikan konflik antara pelajar secara adil dan tidak pilih kasih.
Bersedia membantu mana-mana pelajar dalam kesulitan dan
mengambil berat tentang kebajikan pelajar yang di bawah jagaan
beliau.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Tidak mengambil tindakan yang boleh menghina atau menjatuhkan


maruah pelajar, keluarga, budaya atau bangsanya.
Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kepada pelajar.

D. ADAB DENGAN ALAM SEKITAR.

1. Tingkahlaku Pelajar.
Pelajar harus mempunyai nilai cinta terhadap alam sekitar dengan
sentiasa memelihara dan memuliharanya kebersihan dan keceriannya.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga kebersihan
kawasan kelas dan sekolah.
Setiap pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam menceriakan
dan mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi kondusif untuk
proses P&P dijalankan.
Setiap pelajar harus memastikan kawasan sekolah bebas daripada
sampah setiap masa.
Sampah sarap yang terdapat di tong sampah harus dihantar ke tempat
pemgumpulan sampah setiap hari agar dapat dilupuskan oleh Majlis
Tempatan.
Pelajar harus mengamalkan budaya mengutip sampah jika
terserempak dengannya dimana-mana sahaja di kawasan sekolah.
Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan semua harta benda
sekolah. Sebarang kerosakan atau kes vandalisme harus dilaporkan
dengan serta merta agar tindakan segera boleh diambil.
Pelajar harus berkerjasama dengan jawatan kuasa 3K peringkat kelas
untuk menceriakan kelas masing-masing.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan pada setiap masa, perasaan cinta kepada


alam sekitar agar menjadi contoh kepada pelajar.
Guru harus peka terhadap keadaan kawasan sekolah atau kelas dan
memastikan ada pelajar bertugas menjaga kebersihannya.
Pihak pentadbir harus menyediakan tong sampah yang mencukupi
untuk kawasan sekolah.

E. ADAB KEPADA GURU.

1.Tingkahlaku Pelajar.
Pelajar harus menghormati semua guru.
Pelajar harus mengucapkan salam jika terserempak dengan guru di
mana-mana sahaja.
Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan
memberi layanan seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka
sendiri.
Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru
gantian harus dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka
melayani guru kelas masing-masing.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru .
Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan
larangan dan kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan
jika mendapat izin daripada guru.
Pelajar tidak bolek masuk ke pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu
tiada guru di dalamnya.
Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada meja guru di bilik
guru, dia harus memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang
menyuruhnya berbuat demikian.
Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta
guru mereka.
Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar
daripada kelas. Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada
pelajar berkenaan.
Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang
mengajar jika ingin masuk ke dalam kelas semula.
Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru
dan buat kerja secara senyap.
Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus
mengetuk meja atau mengangkat tangan sebelah dahulu untuk
mengambil perhatian guru berkenaan sebelum mengajukan komen
atau pertanyaan.
Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-
kata kesat .

F. ADAB KEPADA IBUBAPA.

1. Tingkahlaku Pelajar.
Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka.
Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar
dan mengambil bahagian dalam aktiviti di luar kawasan sekolah.
Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang
polisi, peraturan dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks
dan mata pelajaran yang diajar.
Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka
kepada ibubapa mereka pada penghujung setiap semester. Semua
buku laporan harus ditandatangani oleh ibu bapa mereka sendiri.
Pelajar harus melayan mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah
dengan hormat dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti
mana mereka mahu ibu bapa mereka sendiri dilayan oleh orang lain.
Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata
kesat atau menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah
dan integriti ibubapa pelajar lain.

G. ADAB SESAMA RAKAN.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri


dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur
mereka.
Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki
dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan
pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan
saksama.
Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa
sesama sendiri.
Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.
Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain.
Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan
menghormati perbezaan ini.
Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa
menghormatinya.
Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka
adalah tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar
haruslah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku
kepada pihak sekolah.
Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan
sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani
mengaku kesalahan dan kelemahan diri.
Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah
terutama dalam penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan
dalam kawasan sekolah.
Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan
kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti
pelajar lain adalah dilarang sama sekali.

H. ADAB SEMASA PERMAINAN / AKTIVITI .

Dalam mana-mana permainan atau aktiviti, semua pelajar wajib


mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
Setiap peserta harus datang tetap pada masanya agar aktiviti dapat
dijalankan dengan lancarnya.
Setiap ahli pasukan harus berkerjasama dengan ahli yang lain demi
kejayaan bersama. Mereka harus bersaingan dengan penuh semangat
kesukanan.
Pihak lawan harus dihormati.
Pasukan yang bertanding harus berjabat tangan dengan pihak lawan
dan mengucap selamat berjaya.
Selepas setiap perlawanan, para pemain harus berjabat tangan sekali
lagi dan mengucapkan perkataan tahniah kepada mereka yang
menang. Bagi mereka yang kalah harus diucapkan semoga berjaya
lain kali.
Penyokong tidak boleh menghasut pemain bergaduh. Mereka harus
menghormati pasukan lawan dengan tepuk sorak. Mengejek dan
menghina pasukan yang kalah adalah dilarang sama sekali.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Setiap pemain harus mementingkan keselamatan pemain lain tidak


boleh sama sekali bermain secara kasar atau bertindak dengan tujuan
mencedera atau menipu pasukan lawan.

I. ADAB SESAMA MASYARAKAT.

Pelajar harus menghormati orang lain terutama sekali orang yang


berpangkat atau yang lebih tua.
Pelajar harus menghulurkan bantuan kepada kaum yang lemah dan
memberi keutamaan mereka seperti semasa menaiki bas atau di
tempat lain.
Pelajar harus mengamalkan budaya berbaris dan tidak boleh potong
queue semasa berbaris.
Pelajar harus dan mesti sanggup membantu mereka yang memerlukan
bantuan seperti orang miskin dan kurang upaya.
Pelajar harus mengamalkan adab sopan santun semasa menziarahi
rumah orang lain atau semasa menghadiri majlis perkahwinan atau di
tempat ibadat
Pelajar sebagai ahli masyarakat harus membantu menjaga harta
benda awan dengan melaporkan kerosakan kepada pihak berkaitan.
Pelar juga harus dapat berkerjasama dengan pihak lain seperti polis,
ambulan dan bomba terutama semasa kecemasan.
Pelajar harus memberi laluan keutamaan kepada kereta bomba dan
ambulan semasa berada dijalan raya.
Jika memandu, pelajar harus mematuhi segala peraturan lalulintas
termasuk memberi isyarat-isyarat yang betul agar tidak berlaku
kemalangan.
Pelajar harus peka dan hormati adat, budaya agama masyarakat lain.
Mereka harus sedar tentang sensitiviti kaum lain dan tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan konflik
antara ahli masyarakat .

J. ADAB SESAMA PEMIMPIN.

Mengenali pemimpin setempat dan memberi hormat serta menegur


jika terserempak dimana-mana.
Melayan pemimpin yang menjadi tetamu kehormat di sekolah dengan
penuh budi bahasa serta tertib yang sesuai mengikut protokol yang
sedia ada.
Para penerima harus sentiasa mengucapkan terima kasih Datuk /
Datin / Yang Berhormat kepada pemimpin yang memberi sijil dan
hadiah dalam majlis penyampaian apa-apa jenis sijil atau hadiah.

8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Menghormati dan tidak merosakkan seperti menconteng apa-apa


bentuk gambar atau lambang para pemimpin negara.
Sentiasa menyebut gelaran dahulu sebelum nama pemimpin negara
disebut.
Tidak menyebar fitnah, khabar angin atau mengeluarkan kata-kata
kesat terhadap mana-mana pemimpin.

Anda mungkin juga menyukai