Anda di halaman 1dari 2

ADAB DI SEKOLAH

Pilih tempat duduk di hadapan kelas kerana tumpuan serta


perhatian kita terhadap pengajaran guru lebih jelas.

Sentiasa datang awal ke sekolah dan bersedia sepenuhnya untuk


belajar.

Sentiasa memakai pakaian yang bersih dan kemas kerana ia


menggambarkan sikap dan peribadi kita yang sebenarnya.

Ringankan mulut untuk memberi salam terhadap guru-guru,


pengawas dan rakan-rakan sewaktu bertemu dengan mereka.

Sentiasa ‘ringankan tulang’ untuk membantu guru-guru dalam apa


juga tugasan kerana murid cemerlang ialah yang suka menolong
gurunya.

Jangan amalkan tabiat membuang sampah merata-rata kerana ia


suatu tabiat yang buruk dan tidak disukai oleh semua orang.

Sentiasa elakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh


menyakiti hati guru-guru dan rakan-rakan kita sama ada melalui
tuturkata, tindak-tanduk mahupun sikap kita terhadap mereka.

Segera memohon maaf jika kita terlanjur melakukan sebarang


kesalahan terhadap guru mahupun rakan kita dan kita juga mesti
memberi kemaafan terhadap mereka.

SHAIFUL Page 1 21/03/2024


Sewaktu di dalam kelas pula, kita tidak boleh membuat bising sama
ada ketika ketiadaan guru mahupun sewaktu guru berada di dalam
kelas. Murid yang cemerlang tidak suka membuat bising.

Bertanyalah dengan penuh beradab dan bersopan terhadap guru


kita jika kita ada sebarang masalah atau kemusykilan.

Amalkan sikap suka menolong orang laian sama ada dalam


pelajaran mahupun pertolongan yang melibatkan tenaga kita.
Sikap suka menolong orang lain akan disukai oleh semua orang.

Cuba sedaya upaya untuk menyiapkan sendiri segala tugasan dan


kerja rumah yang telah diberikan oleh guru kita. Ingat, meniru
orang lain samalah seperti kita menipu diri kita sendiri.

Jika kita hendak keluar kelas, mintalah izin daripada guru terlebih
dahulu. Jika ketiadaan guru, Ketua Kelas dan Pengawas yang b
ertanggungjawab menjaga dan mengawaL disiplin kelas.

Janganlah merosakkan peralatan dan harta benda sekolah dan


gunakanlah segala kemudahan di sekolah dengan cermat dan
berhati-hati. Ingatlah bahawa harta benda sekolah adalah hak dan
kepunyaan bersama.

Sentiasa menjaga perangai dan disiplin kita sewaktu di sekolah


demi menjaga maruah serta nama baik ibu bapa, guru-guru dan
sekolah amnya.

SHAIFUL Page 2 21/03/2024

Anda mungkin juga menyukai