Anda di halaman 1dari 2

Cara menunjukkan rasa hormat kepada guru :

 Beri perhatian apabila guru bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia
sedang bercakap dengan kita. Jangan ambil hati teguran mereka walaupun ia
mungkin berbunyi kasar dan menyakitkan hati. Tiada guru yang mempunyai niat
buruk dengan kata-kata mereka melainkan semata – mata untuk mendidik.
 Ceriakan diri kita semasa guru sedang mengajar dalam kelas. Duduk seperti
seorang pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas. Guru akan berasa tidak
dihormati apabila mereka melihat reaksi dan wajah murid tidak menyukainya
atau tidak suka apa yang diajarnya di dalam kelas. Bayangkan rungutan guru
yang berbunyi begini, “Huh, budak tu, bila saya masuk kelas nak mengajar je
mula la dia tunjuk muka bosan. Buat tak tahu je bila saya masuk kelas. Tak ada
rasa hormat langsung!’.
 Latih gunakan suara dan intonasi yang berbunyi mesra. Kadangkala pelajar tidak
sedar bahawa gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan tidak sopan. Ini
disebabkan oleh tabiat bercakap yang tidak baik setiap hari. Tanyalah kawan
atau guru kita sendiri sama ada cara kita bercakap berbunyi sopan atau biadab,
atau pernah bercakap dengan nada yang tidak sesuai dengan mereka.
 Tanya soalan jika tidak faham. Jika selepas bertanya soalan di dalam kelas dan
masih tidak faham, cari peluang untuk berjumpa dengan guru secara bersemuka.
Kita akan belajar dengan lebih baik apabila mendapat perhatian penuh daripada
guru. Dalam masa yang sama, guru juga akan rasa kita benar-benar mahu
belajar dan suka belajar daripadanya.
 Jangan bergurau berlebihan dengan guru. Tidak salah bergurau dengan seorang
guru tetapi jangan samakan bergurau dengan guru dan bergurau dengan kawan.
Ia akan kelihatan biadab dan mungkin menjatuhkan air muka guru atau membuat
mereka tersinggung.

Satu kelebihan jika kita menghormati orang lain tidak kira mereka guru atau tidak, iaitu
jika kita hormat orang lain, orang lain juga akan hormati kita. Jika mahu dihormati guru,
kita mesti menghormati guru terlebih dahulu.
 

Anda mungkin juga menyukai