Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu dan selamat sejahtera

Terima kasih saudara pengerusi majlis,

Yang Berusaha Pengetua SMK Taman Putri,Pn norazzah binti misban,

en husni bin Ibrahim,penolong kanan 1,

pn saripah faridah binti sayed mohd,pk hal ehwal murid,

en mohd noor bin abdul aziz pk kokurikulum,

en Muhammad bin ismail pk Pendidikan khas,

guru kanan matapelajaran, kaunselor

rakan-rakan guru dan murid yang dikasihi sekalian.

Saya cikgu noorizwaneda bersama dengan cikgu azli,cikgu faiza,cikgu mas adha dan cikgu
amalina merupakan guru bertugas pada minggu lepas. Berikut merupakan laporan kami
sepanjang 5 hari bertugas.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua murid smk
taman putri yang telah memberikan Kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu
dengan terlibat dalam pameran minggu stem,Latihan rumah sukan dan aktiviti merentas
desa.

Secara keseluruhannya persekolahan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

1. Disiplin
- Disiplin didapati di tahap sederhana
- Tidak ramai yang datang lewat ke sekolah dan murid yang selalu lewat adalah orang
yang sama setiap hari. murid seharusnya mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi
dan membuat persiapan awal untuk datang ke sekolah dan mesti pandai mengurus
masa.

- Seterusnya untuk disiplin,cikgu juga dapati ada murid yang membawa telefon bimbit
dan vape ke sekolah pada hari meretas desa pada minggu lalu.Sekiranya cikgu2
dapat tangkap dan ramas,Tindakan tegas akan di ambil.

2. Kebersihan dan keceriaan kelas

- Sepanjang kami membuat penilaian kebersihan dari kelas ke kelas,Kawasan


persekitaran sekolah,tandas,kantin, Di dapati ....
i. Di dalam kelas,Kerusi meja tidak tersusun dengan teratur terutama selepas
waktu balik.
ii. Sampah kertas berada di lantai. Bila di tegur baru nak kutip.
iii. Tandas berbau busuk,terutama tandas yang dekat dengan foyer bawah ni.
iv. Foyer,penuh dengan sampah plastik makanan,botol air mineral bertaburan
selepas aktiviti Latihan rumah sukan.
v. Kemudian Kantin berada di dalam keadaan sangat kotor terutama selepas
aktiviti merentas desa pada khamis lalu. Murid membuang sampah di dalam
longkang,atas meja tepi koperasi,tepi laluan pejalan kaki yang nak ke kantin.
Sepatutnya,murid perlu buang semua sampah di mana?kami semua guru
amat kesal dengan sikap segelintir murid yang tidak ada rasa tanggungjawab
langsung untuk jaga kebersihan sekolah.
Kami guru-guru smk taman putri juga ingin mengucapkan tahniah kepada
murid-murid sesi petang terutama pelajar india yang bekerjasama
membersihkan tempat-tempat yang awak buang sampah tu.sikap begini yang
kami mahukan untuk semua murid smk taman putri xkirala murid tu murid
sesi pagi atau pun sesi petang.semua murid mesti ada rasa tanggunjawab
dalam diri masing2.
Apa yang ingin cikgu katakan di sini ialah utamakanlah kebersihan kerana
kebersihan adalah punca yang menjadikan segala urusan kita menjadi mudah
dan tanggapan seseorang terhadap kita menjadi positif.

3. Yang terakhir program yang Berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu
 majlis watikah pelantikan pemimpin murid yang dirasmikan oleh yang
berbahagia sarjan Khairuddin,penolong pegawai perhubungan sekolah, pada
hari ahad
 Latihan rumah sukan hari selasa
 perjumpaan kelab dan persatuan hari rabu
 pameran stem yang berlansung selama 3 hari iaitu ahad,isnin selasa
 dan yang terakhir aktiviti merentas desa pada hari khamis

Sekian sahaja laporan saya sepanjang minggu lepas. Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai