Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudara pengacara majlis

Bismillahhirrahmanirahim

Assalamulaikum wbrtYg Berusaha Tuan Pengetua SMK Bukit Merchu Pn. Nolita binti
Abdul Rahim, Yg Berusaha Penolong Kanan SMK Bukit Merchu En. Abdul Hisham bin
Ahmad, Yg Berusaha PK Kokurikulum En. Zairol Anuar bin Omar, Guru-guru kanan,
kaunselor Cemerlang, Guru cemerlang, guru-guru dan seterusnya anak didik yang dikasihi
sekelian.

Sepanjang minggu lalu, iaitu mulai dari 10.4.2017 hingga 14.4.2017. saya bersama-sama
Cikgu Atiqah dan Cikgu Fatimah Hamzah telah bertindak sebagai guru bertugas mingguan.
Berikut adalah laporan kami sepanjang minggu lepas..

Anak didik yang dikasihi,

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu lalu.

1. Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu Tingkatan 3 telah diadakan pada hari Selasa
dan Rabu.
2. Bengkel Komunikasi Berkesan untuk anak didik Tingkatan 1 dan 2 pada hari Sabtu .
Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada anak didik kita, cara berucap, berpidato,
berceramah dan protokol majlis.

Anak didik yang dikasihi,

Seterusnya,.. Tahap Disiplin Murid sepanjang minggu lalu.

Sepanjang pemerhatian kami tahap disiplin pelajar didapati baik dan terkawal. Kehadiran
pelajar majoriti berjaya tiba di perkarangan sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Setiap hari
kurang daripada 10 orang pelajar yang lewat. Kecuali pada hari Rabu yang menunjukkan
peningkatan lewat, iaitu seramai 17 orang.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk
ke kelas. Perkara itu telahpun diberi teguran berulangkali, terutama oleh guru disiplin.
Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas
rehat. Sila ambil perhatian kepada perkara ini agar tidak berulang kembali perkara yang
sama setiap hari.

Seterusnya
Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru hendaklah dapat diamalkan
sentiasa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru
apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah
satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru. Saya juga ingin menarik perhatian
bahawa dalam bahasa Melayu, kata ganti nama 'kamu' tidak sesuai digunakan kepada
insan yang lebih dewasa, termasuk guru.

Pada perhimpunan pagi ini saya menyeru kepada semua pelajar agar dapat mengubah cara
berfikir, kepada cara berfikir sebagai seorang yang cemerlang berpandukan kepada lima
perkara yang harus pelajar miliki;

a. Tetapkan matlamat datang ke sekolah untuk belajar. Berilah tumpuan kepada pengajaran
guru, libatkan diri dalam semua aktiviti yang menyumbang kepada keilmuan . Peluang untuk
belajar di alam persekolahan datang sekali seumur hidup

b. Rebutlah peluang yang ada. Program-program kecemerlangan yang dijalankan di sekolah


perlulah disambut dengan kesungguhan contohnya. Kelas Bimbingan dan pelbagai
program akademik, koakademik dan kokurikulum yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh semua murid.

c. Manfaatkan sumber yang ada di sekolah secara bijak sana. Jagalah harta benda sekolah
dan gunakan dengan berhemah. Tindakan vandalisme seperti merosakkan harta benda
sekolah akan menyebabkan sekolah terpaksa menggunakan peruntukan untuk tujuan baik
pulih. Sedangkan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk program peningkatan
akademik dan kebajikan murid.

d. Patuhi peraturan sekolah kerana sekiranya semua murid dapat mematuhi peraturan
sekolah, guru-guru dapat menggunakan masa yang lebih untuk mengajar dan mendidik.
Kajian mendapati bahawa sekolah yang berprestasi rendah mempunyai hubungkait dengan
masalah disiplin murid.

e. Penghayatan terhadap nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, hormat menghormati, dan
menghargai masa perlu dihayati sepenuhnya oleh kita semua.

Akhir sekali. Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan persekitaran

Secara keseluruhannya, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh
diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah
diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat.
Tahap kebersihan di luar kelas iaitu bahagian koridor paling banyak sampah yang dibuang
keluar melalui tingkap terutamanya blok C dibahagian atas pejabat sekolah. Selepas
perhimpunan ini, pelajar boleh lihat sendiri keadaan sampah tersebut. Saya berharap agar
semua anak didik ambil perhatian tentang teguran saya.

Keceriaan bilik darjah terutamanya kelas tingkatan 1 dan 2 patut diberi pujian. Kerana kelas-
kelas ini sangat ceria dengan hiasan kelas yang kreatif dan penuh maklumat. Sehinggakan
saya sukar untuk memilih kelas mana yang patut menjadi johan mingguan.

Sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan
dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap.

Sekarang saya akan mengumumkan Keputusan Kebersihan dan Keceliaan Kelas sepanjang
minggu lalu..

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil penghargaan kebersihan dan keceriaan


kelas, sukacita saya mempersilakan Puan Nolita binti Abd Rahim, Pengetua Smk Bukit
Merchu diiringi oleh Encik Abdul Hisyam bin Ahmad menyampaikan sijil kepada pemenang.

Kedudukan pemenang kebersihan dan keceriaan kelas minggu lepas adalah seperti berikut:

Menengah Atas: 5 agama

Menengah Rendah : 1 cerdas

Terima kasih Tuan Pengetua. Tahniah kepada pemenang.

Anda mungkin juga menyukai