Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN

MINGGUAN SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera dan selamat pagi semua
Terima kasih saudara pengacara majlis

YANG BERUSAHA
Pn. Hjh Roslina binti Che Omar , Pengetua Cemerlang SMK Seri Indah
En. Mohammad bin Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Sharmila binti Ali , Penolong Kanan HEM
Pn. Mazuraini binti Abdul Malek ,penolong kanan kokurikulum

YANG DIHORMATI

barisan ketua bidang


kaunselor
rakan-rakan guru
pemimpin murid,
barisan pengawas
serta yang dikasihi anak-anak didik yang dirahmati Allah selalu hendaknya.

dipagi yang indah ini,marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih


diberi keizinandan diberi peluang oleh-nya untuk berada di alam miliknya
jua.

Sebelum sya menyampaikan laporan bertugas , saya ingin mengucapkan


setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid Seri Indah kerana berjaya
hadir ke sekolah pada hari ini. Sanggup bangun awal dan bersiap diri ke
sekolah adalah juga satu pergorbanan dan perjuangan demi masa depan
diri dan keluarga kamu sekalian… Berikan tepukan yang paling gemuruh
utk diri sendiri. Tahniah Anda Hebat..

Saya, Pn. Hafizoh binti Harun bersama-sama Encik Kamaruddin bin Suib
juga selaku Ketua Guru Disiplin dan Pn. Cheong Shu Lin ialah guru
bertugas sepanjang minggu persekolahan yang lalu, iaitu mulai dari hari
Isnin 4 april sehingga Jumaat 8 april 2022.
Hari ini,Isnin 11 April 2022 bersamaan 9 Ramadhan 1443 hijriyyah, izinkan
saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua murid SMK Seri Indah yang telah memberi kerjasama secara
optimum sepanjang minggu yang lalu.

Sejak hari pertama, proses pembelajaran di bilik darjah telah berjalan


mengikut jadual. Hal-hal pengurusan kelas, pengedaran skim pinjaman
buku teks dan makluman tentang hal ehwal murid dan kokurikulum telah
dapat disampaikan dengan jayanya. Berdasarkan pengamatan mata kasar,
jelas bahawa aktiviti minggu pertama bersemuka di SMK Seri Indah begitu
padat dan semua sekali warga Seri Indah kelihatan sibuk dengan pelbagai
urusan yang sangat penting

Guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap


hari sebelum murid bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat
puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar.

Secara amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu


pihak sekolah dalam kapasiti yang seadanya untuk mencapai matlamat
keseluruhan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran.
Berasaskan hitungan saya secara kasar, sejak darjah satu, para murid
telah mendengar laporan guru bertugas mingguan melebihi 250 kali.
Walaupun barangkali, perkara yang sama diulang dan diulang lagi,
demikianlah dunia pendidikan di sekolah.

Kemahiran mendengar ialah satu cabang interpersonal atau soft skill.


Bukanlah bijaksana namanya kalau hanya banyak bercakap, tetapi
bijaksana seseorang itu kerana banyak mendengar. Lakukan perubahan
dan tinggalkan kebiasaan yang melambatkan pencapaian..

Pada pengamatan guru bertugas minggu yang lalu, dalam sesetengah


perkara .
Guru dan murid yang dihormati,Secara khusus, tahap kebersihan bilik
darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang
untuk penambahbaikan masih terbuka. Terutama kebersihan tingkap
kelas , boleh dikatakan semua kelas tidak membersihkan tingkap dengan
bersih. Kebersihan lantai telah diurus dengan baik, kecuali terdapat
cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun begitu ada
beberapa orang murid yang peka terhadap kebersihan kelas. Sebelum
guru masuk ke dalam kelas murid ini cepat2 menyapu cebisan kertas
tersebut. Terima kasih atas kepekaan kalian.

Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan system deria kita.
Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau
getaran pembelajaran akan dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau
lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya semua kelas dapat
menceriakan kelas masing-masing menjadi kelas lebih inovatif , ceria dan
selesa utk belajar.

Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir
97 peratus pelajar berjaya tiba diperkarangan sekolah sebelum pukul 7.20
pagi. Manakala kumpulan 3 peratus pelajar lagi bakal diberi
pendedahan kaunseling tentang pengurusan kendiri (personal
grooming) dalam tempoh yang terdekat.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara apabila waktu pertukaran waktu


terutama memerlukan murid bergerak ke makmal @ bengkel apabila
segelintir murid lewat masuk ke makmal @ bengkel dan Kembali ke kelas.
Perkara itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin dan
guru subjek. Mohon semua murid mengambil ingatan tentang ketepatan
waktu kembali ke kelas selepas ke makmal @ bengkel.

Selain itu, Encik Kamaruddin telah menegaskan tentang tindakan akan


diambil terhadap murid yang sengaja melakukan kesalahan dan tidak
mematuhi peraturan sekolah. Cara memakai tali leher dan kekemasan baju
juga telah diberi teguran berulang kali. Begitu juga dengan rambut mohon
semua murid dpt potong rambut mengikut standard sekolah. Diharap murid
mengambil berat tentang penampilan yang kacak dan segak seperti yang
disarankan.

Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan atau


x-factor kepada murid sekolah kita ini iaitu Budaya memberi salam,
menyapa guru dan menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan
dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal murid lebih
besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap
dengan penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah
kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru.

Pada minggu lepas juga banyak aktiviti yang berlaku di sekolah kita
terutamanya Program Sekolah Selamat , Ujian Bertutur SPM 2021 sesi
kedua yang berlangsung 5 – 6 April 2022 , Program Ihya Ramadhan
sepanjang Bulan Ramadhan , Program Gilapan Seri Indah Ting. 5 bersama
Bonda.

Secara keseluruhan cikgu rumuskan di sini,murid-murid SMK Seri Indah


ini sebenarnya masih berada dalam sahsiah dan tingkahlaku yang terpuji.
Berdisiplin dan mempunyai daya juang untuk belajar yang tinggi. Cuma
Orang kata sebab,nila setitik habis susu sebelanga,sebab seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya akan terpalit. Elakkan kita menjadi nila dan
kerbau yang dinyatakan itu.

Ayuh murid-murid Seri Indah sekalian, Bangkitlah menuju kejayaan


menghayati kehidupan dengan penuh kesabaran dan kecemerlangan
kerana Hidup Kita adalah sebuah perjalanan bukan pelarian.

Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan.

Anda mungkin juga menyukai