Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha, Puan Loo Chun Huang, Guru Besar SJKC ______________

Yang dihormati, Encik Philip Tan, Pengerusi PIBG SJKC ________________


Yang dihormati, Yang Dipertua Lembaga Pengelola Sekolah, Encik ___________________
Barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua.


Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program Anak Angkat calon UPSR tahun 2016.
Untuk pengetahuan ibu bapa dan para hadirin sekalian, ini merupakan tahun ke-4 pihak sekolah
bersama guru-guru dan ibu bapa menganjurkan program ini.
Pihak sekolah berterima kasih di atas kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakkan dalam
memberikan kerjasama menjayakan program ini, juga dan secara tidak langsung memeriahkan
lagi majlis.
Pihak sekolah amat berharap dengan kasih sayang sepenuhnya yang diberikan oleh ibu bapa
dan guru-guru kepada calon-calon anak didik UPSR, akan dapat membantu mereka mencapai
keputusan cemerlang dan seterusnya meningkatkan prestasi keseluruhan SJKC
______________ diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Para hadirin dipersilakan berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan
penuh semangat kebangsaan.

Seterusnya, maljis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Loo Chun Huang, Guru
Besar SJKC ______________ untuk memberikan ucapan. Majlis menjemput dan
mempersilakan.

Terima kasih Pn Loo Chun Huang di atas ucapan yang bermakna itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya menjemput YDP PIBG Lembaga Sekolah SJKC
_____________, En Philip Tan, untuk menyampaikan ucapan.

Terima Kasih diucapkan kepada YDP PIBG En Philip Tan di atas kesudian memberikan ucapan
yang amat bernilai kepada kami.

Majlis dengan ini seterusnya, mempersilakan Penolong Kanan Kurikulum, Puan Fun Swee
Kean untuk menerangkan serba sedikit berkenaan Peperiksaan UPSR dan Program yang akan
dilaksanakan bagi mempertingkatkan keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2016.

Terima Kasih Puan Fun Swee Kean.

Seterusnya dijemput, wakil ibu bapa memberikan ucapan. Majlis mempersilakan xxx naik ke
pentas.
Terima Kasih kepada xxx, diatas ucapan tersebut.

Seperti yang diperkatakan oleh Puan Guru Besar dan YDP PIBG, peranan ibu bapa amatlah
penting dalam menjamin kecemerlangan dan kesejahteraan anak-anak.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara bacaan ikrar oleh murid-murid tahun 6.
Majlis dengan ini mempersilakan Puan Guru Besar, YDP PIBG, YDP lembaga pengelola
sekolah, juga wakil ibu bapa untuk bersama-sama menyaksikan majlis lafaz ikrar yang penuh
bermakna ini.

Majlis mempersilakan semua hadirin untuk menikmati jamuan ringkas. Ibu bapa, para hadirin
sekalian boleh terus berbincang dengan guru pemimpin.
Majlis juga mangalu-alukan guru pemimpin dan ibu bapa untuk naik ke pentas bagi sesi
bergambar kenangan.

Sekian sahaja majlis pelancaran program anak angkat calon UPSR tahun 2016 kita pada pagi
ini.

Majlis seterusnya adalah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina. Ibu bapa dijemput untuk terus
sama meraikan sambutan ini bersama kami.

GOOD LUCK, ANG KONG YEW!


:)

Anda mungkin juga menyukai