Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengacara majlis..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pengetua SMK Taman Selasih, En Muhamad Fauzi bin Ismail;

Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbiran sekolah;

1) Puan Rahayu binti Mohamed Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran

2) Puan Nur Hawariah binti Kamaludin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3) Pn. Nurhedayah binti Tajudin, Penolong Kanan Kokurikulum

4) En Azmi bin Abdullah , Penolong Kanan Pendidikan Khas,

4) Guru-guru Kanan Bidang, seterusnya rakan-rakan guru Dan yang dikasihi murid-murid sekalian.

Saya Cikgu Hazliza wakil guru2 bertugas minggu lepas akan membaca laporan sepanjang 5 hari kami bertugas.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua murid SMK Taman Selasih
yang telah hadir ke sekolah pada hari ini dan sepanjang minggu yang lalu. Peratus kehadiran keseluruhan
pada minggu lepas mencatat 90% ke atas setiap hari. Tahniah !!! dan harapan pihak sekolah agar peratus
kehadiran ini dapat dikekalkan hingga hujung tahun ini..In Shaa Allah

2. Dari aspek disiplin..


- di dapati masih terdapat beberapa murid yang lewat hadir ke sekolah.
- Kamu sebagai sorang murid seharusnya mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi dan membuat persiapan
untuk datang ke sekolah
- Ambillah peluang di bulan Ramadhan ini untuk melatih diri kamu bagun awal untuk bersahur dan selepas
solat subuh terus siapkan diri ke sekolah. Pastinya kamu tidak akan lewat ke sekolah
- Sanggup bangun awal dan bersiap diri ke sekolah adalah juga satu pergorbanan
dan perjuangan demi masa depan kamu.
-
3. Seterusnya…Dari aspek kebersihan dan keceriaan kelas...
- Daripada pemantauan guru-guru bertugas, semua kelas sedang dalam proses menceriakan kelas masing.-
masing . Cikgu harap kamu dapat sama-sama menyumbang tenaga, idea dan kreativiti kamu untuk bagi
menceriakan kelas dan jangan hanya mengharapkan guru kelas sahaja.
- Pastikan lantai kelas di sapu awal pagi sebelum pdpc bermula. Ambil kesempatan untuk bersihkan kelas
sebelum guru masa pertama masuk kelas. Kelas ceria dan bersih , murid akan lebih semangt untuk belajar.
- Ingatlah , sabda Rasulullah SAW..“ KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN”

4. Aktiviti lain yang dijalan pada minggu lepas adalah:


 Tadarus AL-Quran dialankan setiap hari pada waktu rehat di kelas masing-masing
 Pada hari Rabu diadakan ceramah antibuli dan gangguan seksual oleh inspektor Nor Hafiz
 Pada hari rabu juga cikgu Asrol telah menerangkan peraturan dan tatacara pemakaian baju
kokokurikukum yang dibenarkan. Pastikan kamu ambil cakna dan mengikut arahan pemakaian yang betul.
Sebarang masalah boleh terus berjumpa dengan tuan pengetua.

Sekian sahaja laporan sepanjang minggu lepas……….Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai