Anda di halaman 1dari 2

Yang Berusaha Guru Besar SK Merlimau 2

En Azmeer Bin Muhtar

Yang Dihormati,
Barisan guru penolong kanan SK Merlimau @
Barisan para guru dan
Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya Cikgu Mohd Shukri bersama Cikgu Eima, Cikgu Nur Atiqah, Cikgu
Suhailah, Cikgu Faizah, Cikgu Noor Aishah, Cikgu Christina, dan Cikgu
Nor Hamiza merupakan guru bertugas pada minggu lepas. Berikut merupakan
laporan sepanjang 5 hari kami bertugas.

1. Disiplin
- Disiplin didapati di tahap baik. Namun
- Terdapat segelintir murid lewat hadir ke sekolah. Murid-murid
seharusnya mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi dan membuat
persiapan awal untuk datang ke sekolah. Sekiranya murid-murid tidak
menguruskan masa dengan baik, ini akan membentuk tabiat yang tidak
baik bukan sahaja semasa bergelar murid tetapi suatu hari nanti apabila
bergelar seorang pekerja kemungkinan besar anda semua menjadi pekerja
yang tidak berdisiplin di tempat kerja.

2. Kebersihan dan keceriaan kelas

- Sepanjang cikgu membuat penilaian kebersihan dari kelas ke kelas di


dapati masih ada kelas yang tidak bersih dan juga tidak ceria . Di dapati

i. Beberapa buah kelas di dapati sangat kotor


ii. Kerusi meja tidak di susun dengan teratur
iii. Sampah sarap di dalam meja terlalu sarat dan menjelikkan mata
memandang

Apa yang ingin cikgu katakan di sini ialah utamakanlah kebersihan


kerana kebersihan adalah punca yang menjadikan segala urusan
kita menjadi mudah dan tanggapan seseorang terhadap kita
menjadi positif sekiranya kita menjaga kebersihan sekiranya
sekolah ini didatangi oleh pelawat-pelawat dari luar seperti PPD,
Jabatan Pelajaran ataupun KPM.

1. Perkara yang terakhir adalah berkaitan dengan menurut arahan yang


dikeluarkan oleh para guru serta pihak sekolah. Contohnya, sebelum
memulakan pembelajaran, murid-murid hendaklah beratur di dewan.
Tetapi amat menyedihkan ada segelintir murid yang masih berada di
dalam kelas sewaktu semua murid berkumpul di dewan. Perbuatan ini
amat menyedihkan kerana mereka bukan sahaja menipu guru, malahan
diri sendiri.

2. Yang terakhir cikgu turut memaklumkan bahawa pada hari Rabu (24/1)
telah berlansung Majlis Persaraan Cikgu Nor Afizah Binti Ithnin. Majlis
berjalan dengan lancar dengan kehadiran para jemputan. Seterusnya, pada
hari Sabtu (27/1) telah diadakan kursus kepimpinan bagi pengawas-
pengawas sekolah. Kursus tersebut juga telah berjalan dengan lancqr serta
kehadiran murid2 yang terlibat amat baik.

Sekian sahaja laporan sepanjang minggu lepas. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai