Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN MINGGUAN

SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, rakan


guru, murid-murid serta seluruh warga SKCC yang dikasihi sekalian.

Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikgu Maizatul Azura bersama
seorang lagi rakan sejawat saya iaitu cikgu Mastura telah diamanahkan
untuk menjadi guru bertugas memantau dan merekod keadaan persekitaran
sekolah sepanjang minggu ini. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan
ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada majoriti
atau sebahagian besar warga SK Changkat Chermin yang telah berusaha
menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.

Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas


sepanjang minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah
laku melencong juga didapati tidak lagi dominan dalam kalangan pelajar.
Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif
sekolah menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.

~Kehadiran murid~

Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma
dalam hari-hari tertentu menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca
yang tidak menentu. Faktor hujan yang berterusan sepanjang hari
menyebabkan sebilangan murid terutama yang berjalan kaki ke sekolah
tidak dapat menghadirkan diri ataupun terpaksa datang lewat ke sekolah.

~Disiplin, dan Keselamatan~

Beberapa murid khususnya murid tahap 1 telah ditegur ekoran tindakan


mereka bermain dalam keadaan hujan. Akibatnya, pakaian dan kasut mereka
basah kuyup sekaligus telah menyukarkan mereka untuk belajar dalam kelas
dalam keadaan yang selesa.
Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid jatuh sakit. Pada minggu lalu
juga, hanya seorang murid tahun 6 sahaja yang datang membuat aduan
akibat keadaan kesihatannya yang kurang baik. Hasil keizinan daripada
Penolong Kanan 1, murid tersebut telah dibenarkan pulang bersama ibunya
yang datang mengambil di sekolah.

~Sikap dan siasah~

"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam


perhimpunan lalu. Namun terdapat beberapa pelajar yang masih belum
mempraktikkan sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak dengan
mana-mana guru di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja
tanpa memberi salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.

Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi


yang berbudi bahasa. Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid
yang berusaha proaktif membantu guru-guru mereka mengangkat barang-
barang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan
murid-murid lain.

~Kebersihan~

Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat


beberapa kelas walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun
kertas dan plastik masih lagi bertebaruan di bawah meja. Semasa pulang
sekolah, adalah diharapkan semua murid untuk mengangkat kerusi masing-
masing ke atas meja bagi memperlihatkan ikilm kelas yang teratur dan
kondusif.

Sebagai mengakhiri ucapan, izinkan membaca ungkapan hukamak: Hari ini


lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar
cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa
berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar,
tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh
diatasi tetapi sukar. Semoga SKCC sentiasa tergolong sebagai insan
cemerlang dunia dan akhirat.
Insya-Allah.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai