Anda di halaman 1dari 2

TEMA :KEGEMBIRAAN

TAJUK : BERTERIMA KASIH KEPADA WARGA SEKOLAH

Yang Berusaha Puan Guru Besar,Guru2 Penolong Kanan,Yang dikasihi Guru2 dan rakan2
sekalian.Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk berucap tentang
tema kita pada hari ini iaitu Kegembiraan-sub temanya Berterimakasih kepada Warga
Sekolah.

Apakah maksud Terima kasih?

Terima kasih bermaksud mengucapkan syukur.Ia juga membawa maksud perasaan dan
perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa,sumbangan atau pemberian.

Berterima kasih juga bermaksud mengenang rahmat yang kita nikmati, bersyukur, dan
menghargai segala yang kita terima. Ini dilakukan dengan menganggap bahawa segala
yang kita hadapi sepanjang kehidupan adalah suatu anugerah, sentiasa mengambil peduli
akan betapa bertuahnya kita disebabkan semua yang ada di sekeliling. Berterima kasih
mengubah fokus kita daripada bertumpu pada kekurangan kepada kelebihan yang ada di
depan mata.

BAGAIMANA KITA BERTERIMA KASIH?

1) Mendengar teguran dan nasihat daripada guru

2)Mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang berjasa

3)Sentiasa berkelakuan baik terhadap warga sekolah

4)Sentiasa mematuhi peraturan sekolah

5)Memberikan kad ucapan atau hadiah kepada guru.

APAKAH KEPENTINGAN AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA WARGA SEKOLAH?

1)Mengeratkan hubungan yang erat dan harmoni

2)Memupuk sifat hormat menghormati antara murid dan guru serta kakitangan sekolah

3)Memupuk perasaan kasih saying antara murid dengan warga sekolah


Akhir sekali marilah kita bersama- sama mengucapkan terima kasih kepada diri kita
sendiri,rakan- rakan,guru-guru dan semua warga sekolah.Mari kita jadikan Berterima kasih
sebagai satu amalan harian.Sekian,Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai