Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, rakan guru, pemimpin pelajar dan serta
seluruh warga SKST yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali sy mewakili semua guru SKST ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tuan GB
kita selaku ketua kontijen pasukan teater Kelantan yang telah menjuarai pertandingan dan
menggondol beberapa anugerah lagi. SYABAS…

Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikgu Hakimi bersama seorang lagi rakan sejawat saya iaitu
cikgu Noraini telah diamanahkan untuk menjadi guru bertugas memantau dan merekod keadaan
persekitaran sekolah sepanjang minggu lalu. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi
mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada majoriti atau sebahagian besar warga SK
Slow Temiang yang telah berusaha menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa
dan terbaik.

Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang minggu lalu, proses
pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku melencong juga didapati tidak lagi dominan dalam
kalangan pelajar. Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif sekolah
menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.

~Kehadiran murid~

Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma dalam hari-hari tertentu
menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca yang tidak menentu.

~Disiplin, dan Keselamatan~

Beberapa murid khususnya murid tahap 1 telah ditegur ekoran tindakan mereka bermain dalam
keadaan menentu. Akibatnya, pakaian dan kasut mereka kotor sekaligus telah menyukarkan mereka
untuk belajar dalam kelas dalam keadaan yang selesa. Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid
jatuh sakit. Pada minggu lalu juga, telah diadakan solat hajat untuk tahun 6 yang akan menghadapi
peperiksaan UPSR, acara ini akan diteruskan pada setiap pagi Rabu. ALHAMDULILLAH!

~Sikap dan siasah~

"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam perhimpunan lalu. Namun terdapat
beberapa pelajar yang masih belum mempraktikkan sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak
dengan mana-mana guru di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja tanpa memberi
salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.

Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi yang berbudi bahasa. Terima
kasih diucapkan kepada mana-mana murid yang berusaha proaktif membantu guru-guru mereka
mengangkat barang-barang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan murid-
murid lain.

~Kebersihan~

Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat beberapa kelas
walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun kertas dan plastik masih lagi bertaburaan di
bawah meja. Semasa pulang sekolah, adalah diharapkan semua murid untuk menyusun dan
memperkemaskan kerusi dan meja masing-masing bagi memperlihatkan iklim kelas yang teratur dan
kondusif.

Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali lagi saya ucapkan terima
kasih kepada semua warga SKST yang selama ini berusaha untuk mencapai objektif yang telah
digariskan oleh dasar pendidikan negara. Teruskan tradisi kecemerlangan SKST. Buktikan kepada diri
sendiri, orang lain dan dunia luar, SKST sentiasa boleh diharap dan boleh dipercayai.

Akhir kata, kami selaku guru bertugas minggu lalu ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut dalam cuti pertengahan penggal ke dua
persekolahan iaitu mggu hadapan. Banyakkan amalan sunat dan sentiasa berselawat ke atas nabi
junjungan kita Rasulullah s.a.w. Sibukkan diri dengan amal kebaikan dan kebajikan. Mudah-mudahan
Allah memberkati kita, Insya-Allah.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat belajar...

Anda mungkin juga menyukai