Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan,guru2 cemerlang, guru kanan,

rakan guru, dan pelajar yang dikasihi sekalian. Pertama sekali sedikit ulasan Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang minggu lalu, di mana proses pembelajaran telah berjalan lancar. Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki ke arah yang lebih baik di masa akan datang. ~Kehadiran murid~ Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma dalam hari-hari tertentu menunjukkan sedikit penurunan di mana masih ada pelajar datang lewat ke sekolah. ~disiplin dan keselamatan~ Alhamdulillah Disiplin pelajar pada amnya masih terkawal dan pelajar telah mengambil ingatan atas ucapan pengetua pada perhimpunan yang lalu supaya mengawal pergerakan dengan berhatihati khususnya ketika melintas memasuki kawasan sekolah pada waktu pagi. Status SMKTAM sebagai sekolah selamat berjaya dipertahankan setakat ini. Seterusnya tentang kebersihan dan keceriaan Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat beberapa kelas walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun kertas dan plastik masih lagi bertebaruan di bawah meja. isu kebisingan- pelajar2 yg dikasihi mmg terdiri dari kalangan pelajar yang bijak pandai berkata2.tp syg..kepandaian/kemahiran kamu dlm berkata2/berkata2 di gunakan ke arah xspatutnya..waktu pdp xnak pula bcakap dh hadapan ketika aktiviti pembentangan.Jadi cikgu harap lepas ni..berubah .khususnya wktu perhimpunan jgn smpai xhormat dgn apa yg cikgu smpaikan d tapak perhimpunan. Akhir sekali tentang Perpustakaan - Adab-adab di Perpustakaan. Selama cikgu mengambilalih perpustaakaan ini saya dapat melihat betapa guru2 di smk

tunku abdul malik sentiasa Cuba menyemai minat pelajar untuk membaca dgn mbawa pelajar2 ke perpustakaan dgn harapan kamu/pelajar akan gunakan masa untuk menimba ilmu..tp syg apa yang kamu buat???mmg ada pljr yang rajintp yg ada boleh dibilang dgn jari sikap yang kamubanggakan hinggakan Kadang-kadang saya hilang kesabaran melihat kelakuan kamu yang melampau itu. contohnya

didapati ada segelintir murid tidak meletakkan buku di tempat asalnya. Sebahagian murid ke perpustakaan bukan untuk membaca, tetapi hanya untuk membuat

bising, melepak Ada juga pelajar yang curi2 membawa makanan..membuang sisa makanan di celah2 buku

dan mcm2 lagi yg dibuat Meninggalkan perpustakaan dalam keadaan lampu dan kipas berpusing dan kerusi tidak

tersusun. Jadi, cikgu harap sgt kerjasama dr pelajar semua untuk bersama2 menjaga perpustakaan kita untuk kemudahan kita bersama. Menyentuh tentang program NILAM-iaitu program memupuk budaya membaca Untuk pengetahuan umum-semua pelajar wajib melaksanakan NILAM sejak sek rendah hingga sek menengahJgn igt kamu tingkatan 5-tingkatan 3..kamu xperlu melksanakan NILAM- sebab untuk kemasukan ke kolej vokasional atau mana2 institusi memerlukan jumlah bacaan NILAM kamu sepanjang di sekolah.logiknya xkan dr tingkatan 1-5 kamu xbuat lgsung rekod NILAM.jadi w/pun kamu mbaca tp tiada bukti bacaan maka kamu dianggap xpernah mbaca. Bila rekod kamu O..org akn tafsir kamu MALAS membaca.untuk itu Perkara pertama yangsemua pelajar perlu ada ialah- tolong beli buku rekod bacaan NILAM dikoperasi dan serahkan kepada guru BM. Buku kamu akan cikgu tempatkan di kotak2 yang disediakan d perpustakaan, jadi kamu boleh membuat rekod bacaan pada bila2 masa. Biarlah kita buat sikit2 tp lama2 jd bukit & hasilnya menguntungkan kamu d masa hadapan. Dan Mudah-mudahan SMKTAM dapat melahirkan generasi yang tidak hanya bijak/pandai malah beretika. Ibarat pelayaran,kamu hanya berhenti di sebuah pulau kecil, untuk menuju ke pulau yang lebih besar dan besar. Tiada istilah rehat dalam diari kehidupan seorang pelajar. Gunakanlah masa semaksimum mungkin untuk menimba ilmu, seperti membaca buku di

perpustakaan. Sekian. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai