Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGENALAN
Matematik atau disebut juga sebagai Ilmu Hisab boleh ditafsirkan sebagai

suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk
difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah
lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang
dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan.
Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek.
Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada
secara langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata
pelajaran Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga
peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari
asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan
keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik
iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi
kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid
sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya dalam urusan
perniagaan, seni, permainan tradisional, perbankan dan sebagainya.

2.0

APLIKASI MATEMATIK DALAM KEGIATAN BUDAYA MASYARAKAT


MALAYSIA

2.1

Senibina
Matematik juga telah banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi

sesetengah budaya dalam kehidupan sesuatu masyarakat semenjak dari zaman


berzaman lagi. Antara yang masih jelas kelihatan adalah penggunaan geometri.
Sebagaimana yang kita tahu geometri adalah merupakan satu cabang matematik
yang berkaitan dengan penggunaan saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah
dan sifat ruang.
Dalam rekaan seni bina sesebuah bangunan sejak zaman kuno lagi, konsep
simetri sering kali menjadi bagi menghasilkan corak yang menarik dan seragam.
Simetri merupakan salah satu bidang dalam geometri. Sesuatu objek dikatakan
simetri sekiranya objek tersebut mematuhi operasi simetri. Terdapat tiga jenis
operasi simetri utama iaitu pantulan, putaran, dan translasi. Hasil gubahan bentuk-

bentuk geometri mampu untuk menghasilkan bentuk dan corak kompleks yang
menyerlah, tersusun, dan sangat menarik.
Sehingga kini, penggunaan konsep matematik dalam pembinaan seni bina masih
lagi digunakan. Berikut adalah contoh-contoh seni bina yang menggunakan konsep
matematik dalam pembinaan dan penghasilannya:

2.2

1.

1.

Menara berkembar Petronas

Bangunan Sultan Abdul Samad

Permainan Tradisional
Sejak zaman berzaman dahulu, sesuatu aktiviti berbentuk permainanan

adalah sangat dengan kehidupan sesuatu komuniti atau masyarakat. Setiap


masyarakatatau

komuniti

itu

mempunyai

sesuatu

permainan

yang

boleh

menggambarkan perihal budaya bagi masyarakat mereka. Sebagai contoh, bagi


masyarakat melayu, mereka terkenal dengan budaya permainan seperti congkak,
batu seremban dan guli. Manakala bagi masyarakat cina pula mereka terkenal
dengan permainan mahjong. Permainan-permainan sedemikian sebenarnya masih
mendapat tempat dihati setiap masyarakat. Namun begitu, uniknya tanpa disedari
setiap daripada permainan bagi budaya tersebut sebenarnya terkait rapat dengan
pengaplikasian matematik.
Sebagai contoh, dalam permainan batu seremban yang dimainkan oleh
masyarakat melayu, matematik digunakan tanpa sedar dimana setelah pemain
selesai mengutip batu, maka pemain akan menimbang batu menggunakan
tangannya. Bagi setiap batu yang berjaya ditimbang dan dipakok, maka 2 mata
akan diberikan. Sekiranya terdapat 4 batu yang berjaya yang ditimbang dan dipakok

(Rujuk rajah dibawah) maka mata yang akan diperolehi adalah berjumlah 8 mata
bagi pusingan tersebut.

Permainan Batu Seremban

Lubang kecil
(Kampung)

Lubang besar
(Rumah)
Permainan Congkak
Permainan yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan ialah
permainan congkak.

Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain

untuk mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.
Kebiasaannya, permainan congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu
secara perseorangan dan berpasukan. Jumlah maksimum pemain bagi permainan
secara perseorangan adalah tidak terhad tetapi genap. Manakala jumlah minimum
mestilah dua orang.
Kemahiran matematik yang diterapkan dalam permainan congkak ialah
kemahiran mengira, dalam operasi asas iaitu tambah, bahagi integer dan
pengiraaan mental.

Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus

dilupakan. Aspek intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan

melibatkan proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan mengira guli


yang sama banyak dimasukkan ke dalam kampong, di sini konsep bahagi
diterapkan dalam permainan Ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan
subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain. Sebelum
memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji guli iaitu
sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Konsep matematik yang diterapkan ialah
konsep tambah. Semasa proses mengira guli ini dilakukan secara tidak langsung
pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Ini secara tidak langsung dapat
mengembangkan lagi pemikiran logikal matematik seseorang kanak-kanak itu.
Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori
pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran
berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan
pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba pengalaman secara
memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup.
Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara grafik atau mental
seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbukti

bermain sambil

belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-kanak itu.


2.3

Pembahagian Harta Pusaka


Dalam pembahagian harta pusaka bagi masyarakat yang beragama islam,

terdapat pengaplikasian matematik Terdapat 6 bahagian yang digunakan dalam


pembahagian harta pusaka tersebut iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3 dan 1/6 daripada
jumlah harta yang ditinggalkan. Namun begitu, secara amnya sekiranya berlakunya
sesuatu kematian. ibu bapa akan mendapat 1/6 daripada harta pusaka, isteri
mendapat 1/4 jika suami yang meninggal tidak meninggalkan anak dan 1/8 jika
suami yang meninggal ada meninggalkan anak. Begitu pula suami mendapat 1/2
jika isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika isteri yang
meninggal ada meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk anakanak dimana anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan.
Penggunaan pengetahuan berkaitan dengan matematik disini adalah amat jelas dan
penting sekali. Sekiranya tanpa pengetahuan matematik adalah amat sukar bagi
masyarakat islam untuk membahagikan harta-harta mereka sesuai dengan syaratsyarat yang telah ditetapkan. Rajah berikut adalah gambaran umum tentang
bagaimana masyarakat islam membahagikan harta yang yang telah ditinggalkan
oleh si mati.

Carta Faraid
3.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, bidang matematik ini memainkan peranan yang begitu

besar dalam kehidupan manusia di dunia ini. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita
sentiasa dikelilingi dengan ilmu matematik. Ilmu ini merentasi pelbagai bidang ilmu
yang lain yang juga masih berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat.
Masyarakat yang masih belum menguasai ilmu ini seharusnya bertindak dengan
secepat mungkin untuk menguasainya. Ibarat kata pepatah Sesiapa yang dapat
menguasai matematik dan bahasa, maka ia dapat menguasai dunia.

Rujukan:

Cara Bermain Batu Seremban. (n.d.). Retrieved July 5, 2014, from Permainan
Tradisional: http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/cara-bermainbatu-seremban.html
Faraid. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbm.nsf/Attachment/$File/Isi
%20Faraid%20Portal.pdf
Golden Ratio. (n.d.). Retrieved July 1, 2014, from Math Is Fun:
http://www.mathsisfun.com/numbers/golden-ratio.html
Khari, N. F. (2009, March 30). Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia.
Retrieved July 5, 2014, from http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
mislan, E. (2010, September 29). Siri Fibonacci dan Nombor emas. Retrieved July
3, 2014, from Komuniti Dunia Matematik :
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2010/october-2010/547aplikasi/803-siri-fibonacci-dan-nombor-emas
Nisbah Keemasan. (n.d.). Retrieved July 1, 2014, from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nisbah_Keemasan
Nombor Binari. (2012, March 27). Retrieved July 6, 2014, from http://joulzero.blogspot.com/2012/03/nombor-binari.html
Permainan Tradisional. (2007, March 22). Retrieved July 5, 2014, from
http://tradisional-bib.blogspot.com/
Representation of Numbers. (n.d.). Retrieved July 7, 2014, from
http://www.swarthmore.edu/NatSci/echeeve1/Ref/BinaryMath/NumSys.html
Saraswathy. (2014, January). Aplikasi Matematik dalam Bencana Alam. Retrieved
July 2, 2014, from Komuniti Dunia Matematik:
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2014/974-aplikasi/1347aplikasimatematikdalambencanaalam
Shah, N. M. (2011, January 2011). Matematik Pertanian. Retrieved July 4, 2014,
from Komuniti Dunia Matematik:
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/624-fokus/859-matematikpertanian
Sistem Maklumat Faraid. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from Laman Web Islam:
http://faraid.usm.my/msl/default.html
The Golden section in architecture. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from The Golden
Section in Art, Architecture and Music:
http://www.math.vt.edu/people/gao/math/godensection/

Anda mungkin juga menyukai