Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan Komputer

Peranti input dan output


Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'. Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.

Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.

Perkakasan dan Perisian


Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer). Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux. Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari. Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi. Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.

Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.

Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon? Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi. Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah. Pilihan di tangan anda Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut: Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik. Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang. Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity). Peralatan Kerja (Tools) Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

Meja kerja (Work bench)


Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciriciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai. Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurangkurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.

Amaran!!! Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan

perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki. Electrostatik Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.

Nota: Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh menyebabkan kerosakan. Cara-cara Memegang Kad-kad Litar

Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan kad menjadi rosak. Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan sesekali menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidak bersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B. Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.

Komputer Pandangan Depan

Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini. Berbagai-bagai jenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk memasang sebuah komputer idaman hati. Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuah komputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit modal. Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.

Komputer Pandangan Belakang

Pandangan dari belakang sebuah komputer ini. Semua sambungan perkakasan direka masing. Pemasangan perkakasan tidak akan pengguna baru yang mula hendak bedinakjinak

kion yang akan dibina mengikut manual berbeza mengikut Perkakasan masingtersilap dan ini satu berita baik kepada dengan komputer.

Perkenalan Perkakasan komputer


Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Komputer Sistem Asas Komputer Sistem Multimedia Komputer Internet Tersedia

1. Komputer Sistem Asas


Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.
Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya. Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.

Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi. Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting. Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi. Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB. Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin. Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer. Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting. Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit HDD - Harddisk drive FDD - Floppy Disk drive RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah. Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara. Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM. Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian. Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

3. Komputer Internet Tersedia


Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah. Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet. Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet. Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)


Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan. Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen papan induk


Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah, BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi. Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih. Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkaraperkara yang lebih baik dari sebelumnya. Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis. Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya

jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik. Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi. Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan. Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litarlitar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan. Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps. Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya. PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini. CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

Bateri Komputer
Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah, Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali. NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.

Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri, Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.

Cara-cara menukar bateri jenis Lithium


Ada kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah sangat. Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateri dari cangkuk. Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh dikeluarkan ikut arah C. Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi.

PERANTI-PERANTI INPUT, OUTPUT dan PROSES


Apa itu input... perkataan ini wujud dari dua perkataan yang berbeza, IN(dalam) dan PUT(letak) itu sebab tak sedap kalau frasa bahasa melayu nak digunakan untuk komputer ia akan jadi dalam letak... ataupun kebiasaanya susunan inggeris akan diterbalikkan kerana maksud yang berbeza wujudlah perkataan letak dalam pening juga nak transfer2 ni... baiklah sebelum saya mula mengarut yang bukan2 lagi apa kata kita terus ke definasi sebenar melalui sistem komputer

Peranti-peranti input ini adalah alatan yang digunakan untuk memulakan sesuatu data atau arahan yang diberikan untuk menjalankan sistem... peh! mendalam sungguh macam cikgu sains la pulak... memang pening juga nak faham kalau setakat baca je ni... untuk tidak menstreskan pembaca2 jadi saya permudahkan jela... Contoh-contoh Peranti-peranti Input 1. Keyboard 2. Mouse 3. Microphone 4. Scanner 5. Kamera(webcam) 6.Touch screen Senang kata alatan-alatan nila yang memulakan segala-galanya.., dari segi mata kasarnya kita dapat lihat setiap kali kita menaip atau menggerakkan mouse klik kanan atau kiri kita rasa seperti setiap perkataan yang ditaip sama seperti mesin taip yang lama (menggunakan karbon) tapi speselnya kita boleh padam(betapa beruntung tak yah pakai liquid paper atau pemadam pasir). apabila terhasil perkataan yang kita dapat lihat atau cetak.. ini pula dipanggil sebagai.. OUTPUT

lagi satu perkataan bahasa inggeris yang membawa makna luar @ keluar... Output bermaksud hasil daripada Proses. Tiba2 plak perkataan proses ini keluar, menyibuk je kan.. kenapa plak dari input mestilah output kenapa plak ade proses.. tanya sendiri jawab sendiri ni.. sebab kalau tiba2 je cerita pasal proses pening kepala nanti.. jadi kita kenal dulu proses awal dan akhir komputer ini dulu kemudian baru kita berkenalan dengan peringkat pertengahannya... terus kepada Peranti-peranti Output 1. Monitor 2. Speaker 3. Printer 4. Plotter (Printer bersaiz besar) 5. CDRW 6. USB Pendrive(boleh digunakan sebagai input juga) untuk PROSES pula adalah peringkat yang menjalankan takrifan, kiraan, pengubahsuaian dan paling penting disinlah terjadinya alih bahasa binary digit, kita tekan "A" sebagai contoh dan kiraan binary diproses dan ditukar menjadi output tadi... pening kan. perantinya adalah 1. ALU = Arithmetic logic unit 2. CPU = Central Processing Unit (Processor) 3. RAM = Random Access Memory

2.2 PERKAKASAN
2.2.2 PERANTI OUTPUT

Hasil Pembelajaran :

1.

Mengenalpasti Peranti Output yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.

2.2.2 Peranti Output



Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah seperti : i - Monitor

Rajah 2.22 : LCD Monitor

Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.

Rajah 2.23: Projektor LCD

ii - Projektor LCD

Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.

iii - Pencetak

Rajah 2.24 : Pencetak

Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.

Rajah 2.25 : Pembesar Suara

iv - Speaker Audio Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.

2.2 PERKAKASAN
2.2.3 PAPAN IDUK
Hasil Pembelajaran :

1.

Mengenalpasti lokasi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), slot pengembangan, Slot RAM, parts dan connectors pada papan induk.

2.2.3 Papan Induk


Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer. Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Slot Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Parts dan Connectors.

Rajah 2.26 : Papan Induk

i - Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

Rajah 2.27: Lokasi CPU dipasang

CPU merupakan nadi kepada komputer. Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi. Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kipas. Pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan dari kilang. CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU. Contohnya, jenama INTEL, AMD dan sebagainya. Biasanya lokasi CPU adalah terletak ditengah-tengah papan induk dan dilitupi sistem penyejuk kipas.

ii - Slot dan Papan Pengembangan (Slots dan Expansion Cards)

Rajah 2.28: Cara CPU dipasang

Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang.

Kad pengembangan juga disebut papan tambahan atau adapter atau kad. Ia adalah papan litar yang memberikan lebih kawalan untuk peranti input dan memberi hasil yang lebih bagi peranti output. Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem. Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang berada di luar unit sistem. Antara kad pengembangan yang biasa dipasang adalah :

iii - Slot Ingatan RAM

Rajah 2.29: RAM

Slot ingatan RAM merupakan slot untuk menematkan cip RAM. Kebanyakan komputer mempunyai senibina terbuka, iaitu kita boleh membuat tambah ke atas ingatan-RAM. Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya menambah keupayaan komputer dalam menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum dan selepas diproses.

iv - Ports dan Connectors Pada Papan Induk

Rajah 2.30: Port Pada Papan Induk

Port adalah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem. Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel pula digunakan untuk menyambungkan peranti input dan output ke unit sistem melalui port seperti gambarajah di bawah :

PERANTI OUTPUT

Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna. Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. Antara contoh peranti output ialah:

monitor projektor LCD pencetak pembesar suara

Atau dengan kata lain, peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan meklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia.

Monitor Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.

Projektor LCD Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas

Pencetak Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.

Pembesar Suara Pembesar suara atau lebih dikenali sebgai speaker. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.
Mengenal Bagian Bagian Komputer Dan Fungsinya, Fungsi Komputer dan bagian bagiannya begitu penting kita ketahui sebelum kita memulai mengoperasikan komputer Komputer adalah sebuah alat yang membantu meringankan pekerjaan penggunanya. Komputer terbagi dalam beberapa bahagian komponen penting, pada umumnya komputer terdiri perangkat input, CPU atau Central Processing Unit, serta perangkat out put. Untuk lebih jelasnya berikut ini pejelasan artikel mengenai komputer tentang komponen Komputer dan kegunaannya.

Bagian Bagian Komputer Dan Fungsinya


1. PERANGKAT INPUT Perangkat input komputer mulanya hanya dari keyboard dan mouse. Tahun 1990-an input device hanya berupa keyboard saja. Perkembangan selanjutnya mulai muncul mouse, pen (berbentuk pulpen). Dan untuk saat ini sudah ada yang input device berupa sentuhan jari yang lebih dikenal dengan sebutan touch screen dan suara atau kalimat perintah. Tapi Yang paling umum digunakan pada komputer rumahan hanyalah komputer keyboard dan mouse. Fungsi utamanya tentu saja untuk menyimpan data. Seiring dengan perkembangan zaman, perangkat keras komputer input bertambah dengan adanya scaner untuk memasukan data gambar hasil kopian ke kumputer. 2. CPU CPU [Central Processing Unit] merupakan induk atau pusat pemprosesan data dari sebuah perangkat komputer, sedangkan didalam CPU kita bisa menjumpai beberapa komponen komponen yang saling terhubung satu dengan komponen lainnya. Adapun komponen-komponen yang terdapat dalam CPU secara umum adalah sebagai berikut :

A. VGA CARD VGA card merupakan bagian komputer, di dalam CPU yang berperan penting untuk menampilkan output process ke monitor. Tanpa VGA card, layar komputer tidak akan menampilkan apa-apa alias blank. VGA card sendiri ada yang berupa slot tambahan ataupun bawaan produsen motherboard atau disebut juga VGA on board. Bagian-bagiannya antara lain terdiri dari memory dan kipas sebagai pendingin. Fungsinya sama, yaitu menampilkan teks dan gambar ke monitor, hanya warna dan desain yang berbeda, tergantung pihak manufaktur. Kipas dibutuhkan untuk mendinginkan komponen VGA card yang panas, karena bagian ini bekerja cukup berat setiap saat. B. CASING Casing Berfungsi sebagai tempat kita meletakkan atau tenemenempelnya motherboard, power supply, optical disc drive, hard disk, dan lain sebagainya melindungi berbagai komponen di dalamnya dari debu, panas, air, atau kotoran lainnya pada saat bekerja Casing juga menjadi penting karena hampir semua periferal macam motherboard, CD-ROM drive, harddisk, dan floppy drive menggunakan casing ini sebagai tempat dudukannya alias tempat bekerjanya sehari-hari. C. POWER SUPPLAY Masih bagian dalam komputer, yang tersimpan dalam CPU adalah power supply. Sesuai dengan namanya power supply ini memiliki fungsi mengalirkan listrik ke setiap bagian komputer agar dapat berjalan. Yang

biasa

dipakai

di

PC

rumahan

adalah

jenis

power

supplay

ATX.

D. MOTHERBOARD Adalah papan sirkuit tempat berbagai komponen elektronik atau komponen komputer lainnya saling terhubung seperti seperti processor, video card, sound card, hard disk, dan lain sebagainya. Motherboard berfungsi untuk menghubungkan setiap komponen-komponen komputer tersebut agar bisa saling berkomunikasi satu sama lain. Setiap motherboard memiliki spesifikasi-nya masing-masing, spesifikasi seperti processor apa yang didukungnya dan berapa kapasitas maksimal RAM yang didukung oleh motherboard tersebut E. PROSESOR Proesor adalah sebuah alat yang berbentu chip yang ukurannya kecil, chip ini yang berguna untuk proses berfikir dan logika dari penjalanan sebuah perintah komputer. Semakin tinggi kecepatan prosessor maka semakin cepat pula kinerja komputer dalam memproses berbagai macam data. Hal ini tentunya harus didukung dengan RAM dan Harddisk dengan kapasitas besar. F. RAM RAM (Random Access Memory). mempunyai fungsi menampung data yang telah terproses oleh processor sebelum di alirkan kebagian-bagian yang membutuhkan, banayknya pengembangan yang dilakukan pada bagian ini membuat kita lebih mudah dalam pemilihan ram yang cocok untuk pekerjaan kita, apalagi sekarang hampir semua merk menerapkan sistem garansi lifetime pada ram.4 .Chipsetmengatur komunikasi antara komponen. Chipset dibagi menjadi dua bagian. Chip pertama disebut Nort Bridge yang dapat mengatur komunikasi antara AGP, RAM, Processor, dan South Bridge pada chipset. Dan bagian chip yang kedua adalah South Bridge yang dapat mengatur semua inputan dan output pada komputer, termasuk PCI dan ISA bus. Processor, Memori (RAM), Cache, dan Chipset bekerja bersama untuk mengaktifkan fungsi komputer G. HARDDISK Harddisk adalah tempat penyimpanan data konvensional yang bekerja secara mekanik. Semakin besar kapasitas harddisk, semakin bayak pula data-data yang dapat disimpan. Satuan kapsitas harddisk adalah byte. Saat ini kapasitas harddisk dopasaran bervariasi, mulai dari 250 GB, 350 GB, 500 GB, 1000 GB atau Tera, bahkan 3 Tera pun sudah tersedia. Fungsi dari harddisk merupakan tempat untuk menyimpan data. 3. PERANGKAT OUT PUT Perangkat output merupakan bagian perangkat komputer yang berfungsi untuk melihat hasil input ataupun program yang sedang aktif. Perangkat output terdiri dari layar monitor, printer, dan LCD Proyektor. Rekomendasi penting dari kami bagi anda yang serius ingin Belajar Ilmu Komputer,miliki segera buku panduan cara merakit,merawat,memperbaiki komputer,laptop dan notebook :

Anda mungkin juga menyukai