Anda di halaman 1dari 4

SKRIP ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN

PANDUAN PENGURUSAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH


1. PERINGATAN

 Murid-murid diminta meletakkan beg di sebelah kiri masing-masing.


 Semua murid dipersilakan berdiri dan berbaris mengikut kelas dan meluruskan
barisan.
 Semua pengawas dikehendaki memastikan semua murid bersedia untuk majlis
perhimpunan.

2. PERHIMPUNAN BERMULA

(Pastikan murid-murid sudah berada di tapak perhimpunan dan dalam keadaan


bersedia)

SET A (DATARAN) MINGGU 1 DAN 3

 Mengumumkan ketibaan barisan pentadbir diiringi oleh guru guru SMK Sungai
Manggis.

(Semua guru mengambil tempat di atas pentas di DATARAN)

SET B (FOYER) MINGGU 2 DAN 4

 Mengumumkan ketibaan barisan pentadbir diiringi oleh ketua-ketua Panitia


SMK Sungai Manggis.

(Pentadbir dan KP mengambil tempat di pentas foyer)

 Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh


 Selamat sejahtera kepada

i. Pn. Juraiza binti Abd Jamil - Pengetua SMK Sungai Manggis


ii. Pn. Aslamihah binti Zakaria - Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Pn. Rosmawati binti Md Ayob - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Pn. Norliza binti Jais - Penolong Kanan KoKurikulum
v. Pn. NorHayati bt Sulaiman - Penolong Kanan Pendidikan khas
vi. Guru-Guru kanan matapelajaran
vii. Guru-guru dan murid-murid sekelian
 Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita warga SMK Sungai
Manggis dapat berhimpun di dataran perhimpunan/ foyer sempena perhimpunan
rasmi pagi Isnin untuk tahun 2023.

 Semoga perhimpunan ini dapat dimanfaatkan sebagai saluran percambahan ilmu,


penyampaian informasi dan pertukaran idea disamping dapat merapatkan hubungan
silaturrahim.

3. BACAAN DOA
 Majlis perhimpunan diteruskan dengan menjemput Saudara ……………………… untuk
memimpin bacaan doa.

(Mula dengan Al Fatihah dan dan berdoa dengan penuh harapan)

4. NYANYIAN 3 LAGU
 Seterusnya dijemput semua guru dan murid untuk menyanyikan lagu
 Negaraku
 lagu Negeri Selangor dan
 Lagu sekolah dengan penuh semangat mengikut iringan muzik

(Pastikan ada murid yang menaikkan bendera dan guru telah berdiri)

5. IKRAR
 Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar
murid
(Pastikan murid bersedia, beri ‘command’ up)

 Semua guru dan murid dikehendaki bersedia

 Dijemput pengawas yang bertugas saudara /saudari ……………… untuk memimpin


bacaan ikrar

 Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada saudara / saudari


………………… atas pimpinan bacaan ikrar tadi.

Semua guru dan murid dipersilakan duduk. Sila keluarkan buku nota masing-masing untuk
catatan
(Pastikan semua telah duduk)
6. GURU BERTUGAS MINGGUAN
 Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan laporan guru bertugas minggu lepas.
Dijemput Encik/ Puan ……………………………………………..

 Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan……………………diatas laporan mingguan


tersebut.

 Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan laporan guru bertugas mingguan.


Dijemput Encik/Puan ……………………..

7. MAJLIS TAMBAHAN (SEKIRANYA ADA)

 Majlis perhimpunan diteruskan dengan menjemput ….…………………… untuk


menyampaikan ucapan/ taklimat. Diharap semua murid dapat mendengar dengan
teliti ucapan/ amanah/ taklimat/ pesanan yang ingin disampaikan. Dipersilakan.
 Terima kasih kepada ……………… atas penyampaian ucapan/ amanah/ taklimat/
pesanan sebentar tadi….

8. UCAPAN PENGETUA

 Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan yang


berusaha tuan pengetua - PN JURAIZA BINTI ABD JAMIL Pengetua SMK Sg Manggis
untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PN JURAIZA BINTI


ABD JAMIL Pengetua SMK Sg Manggis atas ucapan sebentar tadi. Semoga semua
informasi /teguran dan peringatan yang disampaikan dapat membentuk sikap serta
pemikiran murid-murid yang lebih positif dan proaktif agar dapat sama-sama
memacu SMK Sungai Manggis sebagai sebuah sekolah transformasi yang berdaya
saing dan cemerlang.

8. TAMAT PERHIMPUNAN

 Dengan ini berakhirlah majlis pehimpunan rasmi pada pagi ini. Diminta semua
pengawas bersedia dan mengambil tempat masing-masing.

9. PENGUMUMAN SELEPAS PERHIMPUNAN


Semua murid diminta senyap. Sila ambil perhatian. Di sini ada beberapa
pengumuman. (Sila baca pengumuman dengan teliti & tidak terlalu laju)

10. PENYURAIAN MURID

Murid-murid boleh bersedia bersedia dalam barisan kelas masing-masing, ambil beg
dan bergerak masuk kelas dalam keadaan senyap dan teratur. Pastikan dataran
perhimpunan / foyer ditinggalkan dalam keadaan bersih.

Semua pengawas diminta mengambil tempat masing-masing untuk mengawasi


disiplin murid.

(Murid berdiri mengikut baris – bergerak one by one)

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai