Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SIT IN LATIHAN MENGAJAR ANTARABANGSA


UNIVERSITAS LAMBUNG MANGKURAT INDONESIA

Bil. Peristiwa Skrip

1 Kata alu-aluan & Perhimpunan pada pagi ini diteruskan dengan Majlis Penutup Program Sit In Latihan Mengajar Antarabangsa
ucapan wakil Universitas Lambung Mangkurat, Indonesia. Seperti yang kita semua sedia maklum, mahasiswa daripada Universitas
mahasiswa Lambung Mangkurat, Indonesia telah berada di SK Taman Universiti 1 bermula 5 September 2019 yang lalu dan
mereka akan menamatkan latihan mengajar pada 30 September 2019. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput, Elfa Nuzula Rahmah wakil mahasiswa bagi program latihan mengajar antarabangsa untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

2 Ucapan Guru Seterusnya, majlis menjemput Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik GB SKTU 1 untuk menyampaikan ucapan. Majlis
Besar dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik atas ucapan itu tadi.

3 Penyampaian sijil Majlis akan diteruskan dengan sesi pertukaran cenderamata antara Universitas Lambung Mangkurat, Indonesia &
& cenderahati SKTU1 sebagai tanda wujudnya jalinan antara 2 buah negara serta penyampaian sijil & cenderahati sebagai tanda
kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada mahasiswa tersebut. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput, Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik, GB SKTU1 dengan diiringi oleh En Kamairuzaman Bin Razak, GPK
Pentadbiran, tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderamata dan sijil tersebut. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dijemput :
1) Ahmad Zubair mewakili mahasiswa Universitas Lambung Mangkurat untuk menyerahkan cenderamata kepada
pihak sekolah & seterusnya menerima sijil penghargaan dari pihak sekolah.
2) Ayu Anindia Hizraini
3) Elfa Nuzula Rahmah
4) Muhammad Fitri Padhilah
5) Gusti Sella Febriani
6) Jauhar Latifah
7) Ni’matul Udznah
8) Noor Hikmah
9) Ega Gaprilina Aghnia
10) Masripah
**Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chi katas kesudian menyampaikan
sijil & cenderahati itu tadi.

4 Persembahan Seterusnya, majlis dengan ini menjemput semua mahasiswa Universitas Lambung Mangkurat untuk membuat
pelajar persembahan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada semua mahasiswa yang terlibat menjayakan persembahan itu tadi.

5 Penutup Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhir lah majlis kita pada pagi ini. Saya mewakili pihak sekolah
mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan diharap pengetahuan dan pengalaman yang ditimba
selama berada di SKTU1 dapat dimanfaatkan apabila pulang ke Indonesia nanti. Sekian terima kasih. Saya serahkan
majlis kepada pengawas yang bertugas.

6 Sesi Fotografi Diminta semua pentadbir dan mentor untuk berada di Dewan Munsyi bagi sesi fotografi.

Anda mungkin juga menyukai