Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN CAMPURAN SIBU KALI KE 9 (20 JULAI 2012)

(KETIBAAN TUAN GURU BESAR,NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN SARAWAK IBU PERTIWIKU)

(Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan Guru besar sekolah kita dan dif-dif jemputan, menyanyikan lagu Negaraku dan Sarawak ibu pertiwi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Berusaha EN Abdul Malek bin Merdzuki Guru besar SKCS Yang Berusaha, Puan Marian binti Manap, Penolong Kanan Pentadbiran, SKCS Yang Dihormati En Abdul Rahman B Jaafar, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati Encik Abdullah Dolah bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya , dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar kita kerana dapat meluangkan masanya untuk masjlis kita pada hari ini walaupun beliau baru sahaja habis mesyuarat bersama pengarah pelajaran negeri pada malam tadi.Tetapi beliau telah mengambil penerbangan pada ahkir malam tadi sematamata untuk menghadiri masjlis kita pada hari ini,Berikan tepukan gemuruh kepada beliau. Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat.

Bagi meberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustz Hamad Hussiein untuk membacakan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hamad Hussiein atas bacaan doa itu tadi.

(UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI / PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati. Majlis menjemput Yang Dihormati, Encik Abdullah Dolah bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum selaku pengerusi bersama jawatankuasa pengelola

kejohanan sukan peringkat sekolah bagi tahun 2012 menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah Hassan atas ucapan itu tadi.

(UCAPAN PENUTUPAN OLEH GURU BESAR SKCS)

Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan nasihat barang sedikit. Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Abdul Malek bin Merdzuki Guru besar SKCS bagai menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya majlis hari sukan sekolah kebangsaan campuran sibu kali ke 9.Yang berusaha tuan dipersilakan.

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup yang sungguh bermakna itu tadi oleh Yang Berusaha Encik Abdul Malek bin Merdzuki tadi. Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi; Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi.

Sebagai tanda kenangan-kenangan masjlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdullah Dolah bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berbahagia Encik abadul malek guru besar sekolah campuran sibu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Penyampaian cenderamata dan apabila selesai)

(Pengumunan Guru besar meninggalkan masjlis.)

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik Abdullah Dolah bin Daud menjemput dan mengiringi guru besar SKCS Encik Abdul Malek bin Merdzuki ke bilik jamuan utuk menikmati makan tengah hari.Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak dewan peperiksaan untuk mengambil makanan yang telah disediakan

Majlis berakhir disini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jangan bersedih kepada yang kurang bernasib baik.Tahun depan cuba lagi.

Pengumuman kepada semua para pelajar dan guru guru yang bertugas. Di minta ke Dewan makan untuk menikmati makan tengahari yang telah disediakan

Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.wasalam

Refleksi (Afiq dzulfiqar bin Abdul Malek) Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu Komunikasi akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran epanjang saya dan rakan saya menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr Fadzil Bin Yusuf pensyarah pembimbing Bahasa Melayu Kontekstual bagi unit PPISMP Pendididkan khas yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada piha kInstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kelantan atas prasarana atau kemudahan yang telah disediakan seperti kemudahan pusat sumber yang menyediakan bahan rujukan mengenai tugasan dan kemudahan internet yangmembolehkan kami mendapatkan maklumat mengenai tugasan dalam masayang singkat. Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Tugasan kumpulan merangkumi pembentangan teks komunikasi yang terpilih dari tugasan individu Hasil perbincangan kumpulan saya memilih kertas kerja sebagai pilihan kami.Ianya kelihatan sungguh mudah untuk diterangkan dan dibincangkan. Akan tetapi, bagi menghasilkan teks yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah,tambahan pula saya kurang membiasakan diri saya dengan penggunaan bahasa yang gramatis Namun tidak bermakna bagi saya untuk menyerah kalah di pertengahan laut malah saya harus mengharungi ombak besar untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai bakal guru yang akan memimpin anak bangsa pada suatu hari kelak, saya haruslah berani untuk mempelajari sesuatu yang baru bagi menambahkan input untuk memperolehi output yang berkesan. Namun begitu, saya telah mengalami kekangan masalah sewaktu melaksanakan kerja kursus ini ialah memandangkan saya dan rakan saya tinggal di lokasi bilik yang berlainan, amat menyukarkan kami untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan berkaitan tugasan ini. Faktor masa juga menambahkan lagi kesulitan kami untuk

menyiapkan tugasan ini dengan sesempurna mungkin hal sedemikian kerana pertindihan masa kerja kursus dengan projek seni kami iaitu arca. Masing-masing faham tentang permasalahan ini.Dengan ini saya tidak membuang masa. Setelah tamat kuliah, saya pergi ke perpustakaan untuk membuat tugasan ini. Di perpustakaan, adalah lebih mudah untuk saya mencari Apa yang saya perolehi dari kerja khusus ini adalah amat penting sekali kerana segala kemahiran ini boleh saya aplikasikan disekolah suatu hari nanti.Malah dengan membuat kerja khusus ini saya telah menimba pengalaman baru iaitu dalam pengaracaan masjlis terutamanya dari segi format pengancaraan masjlis,strategi pengaracaan dan sebagainya yang boleh saya guna di sekolah apabila mengajar nanti,Selain itu,setelah membuat kerja khusus ini juga saya telah mengetahui cara penyampaian yang berkesan dan dapat menarik audien.Di sini saya dapat simpulkan bahawa betapa penting pengetahuan ini dalam kehidupan seorang guru.

Dapatan dari kerja secara berkumpulan. Saya telah belajar untuk menerimak ritikan dan pendapat orang lain serta berkongsi pendapat dan pandangan sayas epanjang kami melaksanakan kerja kursus ini.Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai format penulisan yang tepat bagi skrip pengacaraan majlis.Akhir kata dari saya, sebagai seorang guru kamahiran komunikasi samaada bertulis atau komunikasi khalayak perlulah difahami dan seorang guru juga perlu menguasai kemahiran tersebut secara lisan mahupun bertulis kerana situasi seperti bakal dilalui oleh guru-guru semasa di alam pekerjaan nanti.

BIBLIOGRAFI Buku Abdul Muati Ahmad, 1994, Panduan Pengucapan Awam.Kuala Lumpur : PTSMillennia Sdn Bhd, Nik Safiah Karim. 2002. Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor DarulEhsan: Fajar Bakti. Rahmat Masri dan Sthiraruci Tan, 1993, 102 Karangan & Surat Kiriman Contoh PMR, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Raminah Hj. Sabran. 1988. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan .Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu. Selangor DarulEhsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai