Anda di halaman 1dari 1

Nama : Chin Han Min P3 Bab 1

Huraikan tingkah laku positif yang boleh dilakukan oleh seseorang guru dalam
memelihara dan memartabatkan profesion keguruan dengan memberikan
contoh.

Sebagai seorang guru haruslah sentiasa mempunyai sikap positif menepati


masa. Contohnya, guru harus memasuki kelas dan meninggalkan kelas mengikuti
masa yang ditetapkan. Jika semua guru dapat menepati masa, proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan lebih berkesan di mana tidak
berlaku pembaziran masa murid-murid seperti guru tidak memasuki kelas atau guru
telah mengganggu waktu masa guru yang lain kerana lewat keluar dari bilik darjah.

Selain itu, tingkah laku adil harus diamalkan oleh setiap guru untuk memelihara
dan memartabatkan profesion keguruan. Guru harus bersikap adil semasa melayan
anak muridnya tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Contoh, guru memberi
dendaan yang sama rata bagi kedua-dua pelajar yang tidak menghantar kerja rumah
tidak kira sama ada dia merupakan anak kepada guru sekolah. Tindakan pilih kasih
tidak harus wujud dalam bilik darjah.

Di samping itu, guru harus sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan


dan isu-isu semasa yang berlaku. Seorang guru haruslah berpegetahuan dan
menimba ilmu pengetahuan dari masa ke semasa. Tamsilnya, guru pada abad 21
mengikut jejak langkah perkembangan globalisasi dengan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika
berbanding dengan guru yang melaksanakan proses PnP dengan cara traditional
seperti chalk and talk dan spoon feeding, pasti murid-murid berasa bosan dan kurang
minat terhadapnya sehingga menjejaskan keberkesanan pembelajaran.

Akhirnya, guru sering menjadi role model kepada murid-murid sedangkan


murid-murid akan mengikuti tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Jadi, guru perlu
sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni yang baik supaya dapat diikuti oleh murid-murid
seperti bersopan santun, peramah, rajin, berani dan lain-lain lagi. Contohnya, guru
tidak menggunakan kata-kata kesat terhadap murid-murid yang lemah tetapi memberi
bimbingan dengan penuh kesabaran akan menggalakkan murid-murid lain juga
membantu murid tersebut dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai