Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI KENDIRI

NAMA: NOORUL MUHIROH BINTI MAD JAZID. KUMPULAN: E

Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah Taala kerana dengan limpah inayahnya saya dapat menyelesaikan Program Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan di Pulau Tuba ,Langkawi iaitu pada 19-21 November 2013. Saya juga banyak berterima-kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya dalam melaksanakankan program BIG ini dengan baik dan sempurna tanpa ada sebarang permasalahan. Semasa melaksana program ini dijalankan saya banyak menerima ilmu pengetahuan dan memperoleh ilmu yang baru dalam hidup saya.Program ini juga boleh menjana jati diri yang positif kepada saya dan peserta yang lain. Pada hari pertama saya bangun awal untuk bertolak ke Pulau Tuba pada jam 5.00 pagi dari IPG ke jeti Kuala Perlis dan saya naik feri bersama perserta yang lain pada pukul 7.30 pagi dan sampai di pulau tuba 9.30 pagi. Selepas itu saya dan para perserta lain bersiap sedia membina kemah

,kemudian setelah itu saya sebagai ahli biro peralatan ,pergi melihat stor peralatan untuk mengambil bahan keperluan untuk berkayak. Setelah siap saya

dan ahli kumpulan lain bersiap sedia untuk water comfiden bersama kem komanden BIG . Saya merasa sungguh tidak sabar lagi untuk melakukannya. Semasa dalam sesi water comfiden saya raya sungguh seronok kerana ini merupakan pengalaman yang pertama buat saya. Setelah beberapa jam didalam laut,saya dan para peserta lain diarahkan naik untuk membuat aktiviti seterusnya iaitu berkayak .Pada aktiviti berkayak saya juga amat teruja untuk melakukannya .Saya dan para peserta lain terlabih dahulu diberi taklimat untuk berkayak dengan betul . Setelah itu saya ditempatkan untuk berkayak pada sesi petang kerana kayak tidak mencekupi. Saya dan peserta yang lain naik bot untuk ke Pulau Pasir ,apabila sampai disana saya dan peserta lain diarahkan untuk membuat aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan sekitar dipulau tersebut. Setelah semua para peserta berkayak yang pertama sampai ,semua menjamu selera dengan bekal yang di bawa untuk makan tengah hari disitu. Kemudian saya dan peserta yang sesi kedua pula akan memulakan kayak dari Pulau Pasir ke Pulau Tuba. Pada ketika itu perasaan takut dan teruja pun bercampur,hal ini kerana waktu itu air laut agak bergelora.namun saya tabahkan hati untuk berkayak . Pada awal kayak tidak terasa gelombang laut,namun apabila dah sampai ke tengah laut antara Pulau Pasir dan Pulau Tuba,air laut pun mula bergelora namun saya kuatkan hati berkayak sampai ke Pulau Tuba.dengan usaha itu sampai juga akhirnya saya di sana .saya bersyukur kepada Allah Taala kerana sewaktu berkayak tidak ada sebarang masalah.setelah samapi disana saya dan para

peserta yang lain diarah berkumpul untuk sesi refleksi setelah berkayak dan mengharungi perbagai rintangan yang dilaluai sepajang aktiviti itu bermula. Saya dan para peserta berasa berpuas hati dengan aktiviti tersebut.Kemudian saya dan peserta lain diarahkan oleh Ketua Kem Komanden Encik Sudin Bin Samin telah mengarahkan supaya menyediakan makan malam bertemakan makanan berhidang. Maka itu saya dan peserta lain pada masa itu bergegas ke dapur untuk memulakan aktivi memasak kerana masa yang diberi agak singkat. Jadi sya menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu rakan-rakan yang lain menyiapkan masakan tersebut. Makanan telah pun berjaya siap pada tempoh masa yang

ditetapkan.Setelah itu,pada masa 9.00 malam saya dan para peserta lain berkumpul untuk memulakan sesi LDK 1 yang disampaikan oleh Encik Sudin Bin Samin. Setelah habis LDK pada pukul 11.30 malam .saya diberi tugas oleh ketua biro kelamatan giliran jaga malam . Saya jalankan tugas itu pada pukul 2.30 pagi hingga 3.30 pagi. Waktu dalam jagan tersebut saya amat mengantuk sekali tetapi angin pantai yang dingin membuat saya agak kesejukan dan nyaman sekali kerana ini lah pengalaman pertama saya dalam aktiviti jaga malam.

Pada keesokkan harinya saya dan rakan-rakan yang lain telah diarahkan berkumpul pada pukul 8.30 pagi .Kemudian kami membuat aktiviti jogging kaki ke tepi gigi pantai .Saya dapati pemandangan yang indah sekali apabila berada ditepi pantai ,tambahan pula dapat melihat alam ciptaan Allah Taala dengan segar. Setelah itu , kami menyediakan sarapan untuk semua .setelah selesai

bersarapan saya bersedia dengan arahan seterusnya oleh Encik Muhaimin supaya mengeluarkan peralatan untuk mendaki bukit.Saya dan ahli biro peralatan mengeluarkan peralatan yang dikehendaki. Setelah itu,saya dan ahli kumpulan ,menaiki van untuk pergi ke tempat mendaki bukit. Apabila sampai disana saya merasa teruja untuk mendaki bukit bersama-sama rakan .Saya dan rakan lain berjaya mendaki bukit sampai kepuncangnya ,diatas sana saya dan rakan memulakan aktiviti memasak dengan menggunakan dapur khas untuk memasak nasi.Saya dan rakan berjaya masak nasi dengan baik. Kemudian saya solat asar bersama rakan di atas bukit tersebut. Semasa menuruni bukit agak mencerunkan juga namun saya turuni juga sampai ke kaki bukit batu Lincin. Selepas itu, saya dan rakan rakan yang lain bertolak balik dari bukit licin ke tempat penginapan . Pada malamnya saya bersama rakan-rakan yang lain bersiap sedia dengan tugasan seterusnya iaitu menyediakan hidangan makan malam bertema ala 60an dan membuat persembahan nasyid dan lakonan mengikut tema yangdi beri . Pada malam tersebut bersangsung sangat meriah dan gembira sekali . Saya dan ahli yang lain diberi kesempatan tidur awal oleh ketua Kem Komanden. Pada hari terakhir , LDK untuk kali terakhir disampaikan oleh Ketu Kem Komanden serta sesi muhasabah diri. Setelah selasai ,Saya dan rakan rakan yang lain bersiap sedia mengadakan upacara penutupan bagi BIG sesi Ke2.Majlis tersebut berjalan dengan lancar.kemudian saya dan rakan yang lain diarahkan untuk berkemas dan bersiap sedia untuk berangkat pulang.

Setelah siap , saya menaikai van untuk jeti Pulau Tuba,perasaan hendak pulang tidak terasa sangat tetapi sedih untuk meniggalkan kenangan disitu. Saya dan rakan sampai di jeti Kuala Perlis dalam pukul 6.30 petang. Dari situ saya menaiki bas IPG balik ke Kampus IPG Perlis.

Anda mungkin juga menyukai