Anda di halaman 1dari 2

Syair : Tersebutlah kisah satu cerita,

Cerita bermula kisah derita;


Sedihnya ibu kecewa hatinya,
Dihalau oleh anak kandungnya.
Assalammualaikum… kawan-kawan, hari ini saya Fatima Zahara binti Elias dari Sekolah
Kebangsaan
Perempuan Bandar Tinggi ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, ‘Si Tanggang
Anak
Derhaka.’
Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si
Deruma.
Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah
miskin. Si
Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya
yang serba
kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai
berhampiran
rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta
untuk dijadikan
anak kapalnya.
Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka
terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula setelah menjadi
kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai
anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang
baru. Dia digelar

‘Nakhoda Tanggang.’
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal.
Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan
mengahwinkan puterinya
dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Kedua
ibu
bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang malu melihat

keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si
Tanggang
berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan
bahawa ibu
bapanya sudah tiada.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai dengan
perasaan
sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa : “Oh,
Tuhan
tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan kapal Si Tanggang
terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan
telah
memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
Akhirnya, Si
Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :“Ibu…ampunkan Tanggang…”(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul ombak
yang kuat. Apabila ribut reda… Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak kapalnya
telah
bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Selain itu, kita
mestilah menghormati iu bapa yang telah membesarkan kita. Janganlah kita menjadi sepeti
Si Tanggang.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Biji delima biji selasih,
Sekian, terima kasih;

Anda mungkin juga menyukai