Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Ukuran merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan harian.
Pengetahuan tentang ukuran dapat membantu murid mengendalikan aktiviti
harian. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi masa dan waktu, ukuran
panjang, timbangan dan isipadu cecair.
2.0 MASALAH
Dalam unit panjang, terdapat beberapa kesilapan biasa yang kerap dilakukan
oleh murid-murid sekolah rendah dalam menukar unit panjang termasuklah,
2.1 Kekeliruan terhadap hubungan antara unit panjang
Contoh:
Betul
1km = 1000 m
1000 m = 1km
1m = 100 cm
100cm = 1m

Salah
1km = 100m
100m = 1km
1m = 1000cm
1000cm = 1m

Murid-murid biasanya akan menghadapi masalah kekeliruan terhadap


hubungan antara unit panjang. Masalah ini menyebabkan mereka sentiasa
melakukan kesilapan semasa menyelesaikan soalan matematik.

2.2 Tidak menukar jawapan kepada unit panjang yang diminta


Contoh:
Ali berbasikal ke sekolah setiap pagi. Jarak antara rumahnya dengan sekolah
ialah 2km. Berapakah jumlah perjalanan Ali berulang-alik ke sekolah dalam
seminggu? Tuliskan jawapan anda dalam unit m.
Contoh betul:
3km X 2 X 7= 42km
= 42000m
Contoh salah:
3km X 2 X 7 = 42km
Murid-murid tidak menukar unit panjang yang diminta.

2.3 Tidak boleh membuat pembundaran unit hingga 3 tempat perpuluhan.


Contoh betul :
205.95m X 7 = ________km
Tulis jawapan anda sehingga 3 tempat perpuluhan.
Jawapan :
205.95m X 7 = 1441.65m

205.95 m
7
1441.65 m

1441.65m 1000 = 1.442km


Contoh salah:
205.95m X 7 = 1441.65m

205.95 m
7
1441.65 m

1441.65m 1000 = 1.44165km


Murid-murid biasanya terus menulis jawapan yang mereka kira tanpa
membuat pembundaran unit hingga 3 tempat perpuluhan mengikut kehendak
soalan.

3.0 KAEDAH-KAEDAH UNTUK MENGATASI MASALAH


3.1 Mengatasi masalah kekeliruan terhadap hubungan antara unit
panjangKita boleh menggunakan pembaris meter sebagai alat bantu
mengajar.Kita boleh menyuruh murid-murid meneliti pembaris meter yang
ditunjukkan oleh guru. Di atas pembaris, mereka dapat mengenal pasti
perkaitan antara sentimeter dengan meter.

Nota Peringatan Murid:


Ingat !
Pertukaran unit :

Ingat !
Unit besar kepada
unit kecil:

1km = 1000m

Darab

Tukar unit km kepada unit m !


Tukar unit cm kepada unit m !

Ingat !
Pertukaran unit :

100c m= 1cm

Ingat !
Unit kecil kepada
unit besar :

Darab

3.2 Tidak menukar jawapan kepada unit panjang yang diminta


Guru mesti membimbing murid-murid memahami kehendak soalan, terutamanya
unit jawapan yang dikehendaki.Dengan itu,guru bolehlah menyuruh murid-murid
menggariskan unit jawapan yang dikehendaki.
3.3 Tidak membuat pembundaran unit hingga 3 tempat perpuluhan
Setelah murid-murid menjalankan operasi pembahagian bagi unit panjang,guru
mesti mengingatkan mereka membuat pembundaran unit hingga 3 tempat
perpuluhan.Murid-murid mesti memastikan nombor tempat perpuluhan yang ke-4
sama ada lebih atau kurang daripada 5.
Kalau nombor itu kurang daripada 5,maka nombor itu haruslah terus
dimansuhkan.Contohnya:
205.3m x 7 = _________km ( jawapan hingga 3 tempat perpuluhan)
Penyelesaian:
205.3m x 7 = 1437.1m
1437.1 1000 = 1.4371km
= 1.437 km

Kalau nombor itu adalah 5 atau lebih daripada 5,maka mesti membuat
pembundaran ke nombor tempat perpuluhan yang ke-3. Contohnya:
89.99m x 7 = _________ km ( jawapan hingga 3 tempat perpuluhan)
Penyelesaian:
89.99m x 7 = 629.93 m
629.93 1000 = 0.62993 km
= 0.630 km

Anda mungkin juga menyukai