Anda di halaman 1dari 5

SYED

NAQIUB AL-
ATTAS
LATAR BELAKANG

 Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin
Muhsin al-Attas
 (Bogor, 5 September 1931)
 seorang Cendekiawan Muslim, ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu
Terbilang 2011.
 Kini, beliau menetap di Malaysia.
 Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan
kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang
pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme,
kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia.
Sumbangan Al-Attas dalam
Perjuangan Islamisasi Ilmu

 Antara perjuangan Al-Attas dalam dunia akademik adalah untuk


mendaulatkan proses Islamisasi Ilmu.
 Beliau dan rakan seangkatannya iaitu Ismail Al-Faruqi dan Fazlur
Rahman banyak mengingatkan dunia Islam terhadap krisis akademik
yang melibatkan pertembungan antara ilmu barat dengan pandangan
Islam.
 Kesedaran Al-Attas dan rakan seperjuangannya tentang islamisasi ilmu
banyak dibincangkan dalam pelbagai persidangan antarabangsa.
Contohnya Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam
yang diadakan di Mekah pada tahun 1977.

 Bagi memperjuangkan islamisasi ilmu di Malaysia, Al-Attas juga telah


mengasaskan kampus Pusat Permikiran Islam dan Ketamadunan
Antarabangsa (ISTAC) yang dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1991.
Institusi ini diharap mampu menjadi pusat perbincangan ilmiah untuk
pemikir-pemikir akademik melakukan transformasi yang lebih baik
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
 Sumbangan Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas terutamanya
dalam menjayakan agenda islamisasi ilmu dalam pendidikan
hakikatnya adalah bakti yang cukup besar terhadap dunia akademik
umat Islam.

 Walaupun ideanya mendapat reaksi negatif daripada sesetengah


pihak, tidak pernah sekalipun beliau terlintas untuk berputus asa
dalam perjuangannya. Semoga perjuangannya yang mulia ini akan
terus diwarisi oleh pemikir-pemikir yang ingin menjulang Islam sebagai
asas ketamadunan yang agung.

Anda mungkin juga menyukai