Anda di halaman 1dari 1

Hifzhan Hidayat

G3.2
Jawapan:
Pembukaan sekolah merupakan saat-saat yang dinantikan untuk semua pelajar
dimana pembelajaran atas talian akan dihentikan dan kembali ke pembelajaran secara
bersemuka. Derita pembelajaran secara atas talian dihentikan di hari pembukaan
sekolah kelak. Walaubagaimanapun jua, aspek keselamatan dan kesihatan perlulah
diteliti dengan selanjut mungkin demi mengelakkan wabak Covid-19 terus menular
kepada pelajar di sekolah. Selain itu, murid-murid mestilah divaksin terlebih dahulu
sebelum kembali ke sekolah. Pengambilan vaksinasi merupakan salah satu metode
penjagaan kesihatan murid atau langkah keselamatan awal untuk murid daripada
serangan wabak ini. Oleh itu, pengambilan vaksin adalah penting pada masa kini demi
menjaga kesihatan rakyat jelata.
Pembukaan sekolah merupakan berita baik untuk rakyat terutama sekali adalah
untuk pelajar-pelajar sekolah. Namun aspek berkenaan tidak boleh dilepas pandang
apabila berada di sekolah kelak. Penjarakan sosial antara murid-murid dan guru-guru
mestilah dijaga dengan rapi agar wabak ini tidak dapat menular dengan pantas. Selain
itu, disiplin pelajar sekolah juga adalah penting dalam menjaga penjarakan antara
murid. Hal demikian, murid di sekolah masih kurang matang menjadikan mereka leka
dengan penjarakkan murid. Hal demikian dapat memudahkan wabak ini menular
dengan pantas apabila leka dijaga. Hal ini juga berkemungkinan akan menyebabkan
perkara yang lepas berlaku kembali. Oleh itu, setiap murid dan guru haruslah
mengambil iktibar berdasarkan perkara yang telah berlaku lepas.
Secara kesimpulannya, pembukaan sekolah ini mempunyai kebaikan dan
kelemahannya dimana kelemahan tersebut harus ditambah baik dengan SOP yang
telah ditetapkan. Dalam kesenangan yang dikecapi sudah tentu ada cabaran dan
halangan yang berlaku. Dan dalam mengecapi kesenangan tersebut, pelbagai pihak
tidak kira pihak sekolah, ibu bapa, dan juga murid mestilah mengikut arahan
kementerian kesihatan dalam menjaga penjarakkan sosial dan sentiasa memakai
pelitup muka demi kesejahteraan bersama.

Anda mungkin juga menyukai