Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

GURU SAYA

NAMA : MOHD AQIL AFIQ BIN NOKMAN KELAS: 2 RAJIN NAMA : MR. SHAHERAN GURU

Isi Kandungan

Penghargaan Biodata Temu Ramah Pandangan KYSER terhadap Guru Pengalaman Guru lain bersama Guru Saya

3 4 5 7 8

Penghargaan
Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana folio sejarah ini dapat disiapkan dan dihantar tepat pada masa yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan diberikan kepada guru Sejarah, Mr. Shaheran kerana membantu dalam menyiapkan folio sejarah ini. Juga kepada Pn. Suhaini yang sanggup meluangkan masa bersama saya berkongsi cerita pahit dan manisnya menjadi seorang guru. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang tidak jemu membantu saya menyumbang idea bagi melengkapkan folio ini seperti yang diharapkan. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Segala kesilapan dalam folio ini datang dari saya dan segala perkara yang baik datang daripada Allah S.W.T

Biodata Guru
Guru yang saya pilih adalah Puan Suhaini. Beliau telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam selama hampir 12 tahun di Kolej Yayasan Saad Melaka. Dibawah adalah sedikit sebanyak tentang beliau :Nama Penuh : Suhaini binti Omar Tarikh Lahir : 17 Julai 1974 Tempat Lahir : Pulau Pinang Tahun menjadi Guru: 1999 Tahun masuk KYSM: 1999 Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Pulau Betong Balik Pulau Sekolah Menengah : SMKA (P) Almashoor Pulau Pinang Universiti : UKM Bangi Ijazah/Diploma : -Ijazah Saujana Muda Syariah dan Undang-Undang. -Diploma Kehakiman dan Guaman Islam

Temu Ramah bersama Pn. Suhaini


1 Apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa tahun pertama menjadi guru? Saya dipanggil oleh Pengetua pada masa itu (En. Ramli) sebab terdapat ibu bapa membuat laporan yang mengatakan saya mengheboh-hebohkan markah pelajar maka pelajar yang mendapat markah rendah berasa malu. Saya minta maaf dan berasa sedih. Tetapi pada keesokkan harinya En. Ramli pula yang meminta maaf kepada saya kerana cikgu yang dimaksudkan itu bukan saya. 2 Apakah pengalaman pahit dan manis sepanjang menjadi guru di Kolej Yayasan Saad Melaka? Manis- Apabila anak murid saya mendapat keputusan 100% A. Pahit- Apabila keputusan 100% A tidak dapat dikekalkan Saya sangat gembira apabila mendengar pelajar-pelajar saya telah berjaya dalam hidup mereka. 3 Mengapakah Ustazah memilih guru sebagai kerjaya? Bagi saya, guru adalah kerjaya yang paling sesuai untuk seorang perempuan, isteri dan ibu. Banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga kerana kerjaya guru tidak sibuk seperti kerjaya yang lain. Saya rasa gurulah yang paling sesuai dengan saya.

4 Apakah sifat istimewa atau bakat yang ada pada diri ustazah? Saya seorang yang walaupun garang tetapi sebenarnya penyayang. Saya seorang yang berdisplin dalam kerja. 5 Apakah pesanan dan nasihat ustazah untuk pelajar supaya berjaya dalam hidup? Usaha selagi daya dan jangan sesekali berputus asa. Bila berjaya, jangan lupa diri dan orang yang sentiasa Memberi dorongan kepada anda. Jadilah insane yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sentiasalah jadi insan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan.

Pandangan KYSER tentang Guru


Saya telah menemu ramah seorang bekas pelajar Kolej Yayasan Saad (KYSER) tentang guru saya, Puan Suhani. Menurut Nurul Hanisah, seorang ahli Vigor, Puan Suhaini seorang yang amat tekun dan tidak pernah berputus asa dalam mencurah bakti kepada anak didik bangsa. Katanya, setiap kata-kata dan nasihat yang diungkap oleh beliau sangat penting dan bermakna. Nasihatnya amat memberi kesan kepada kita untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Personaliti dan sifat keperibadiannya membuat para pelajarnya tidak kering gusi dengan jenakanya. Puan Suhaini juga tegas dalam memastikan anak didiknya memberikan tumpuan yang penuh semasa beliau mengajar di dalam kelas. Tiada yang lain membuatkan Puan Suhaini tersenyum selain melihat pelajar-pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan juga mendapat pangkat yang tinggi di alam pekerjaan. Pengalaman pahit dan manis selama 5 tahun bersama Puan Suhaini di KYSM pastinya tidak akan dilupakan oleh Hanisah.

Pengalaman Guru lain Bersama Puan Suhaini


Setelah bertemu dengan beberapa orang guru, mereka memberi pandangan yang sangat positif tentang guru yang serba boleh ini. Selama 12 tahun berkhidmat di Kolej Yayasan Saad Melaka, Puan Suhaini tidak pernah merasakan sekolah ni membosankan. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah berlaku sehingga menyebabkan sekolah ini sunyi tanpa kehadiran Puan Suhaini. Puan Suhaini merupakan Setiausaha Peperiksaan KYSM. Setiap guru mata pelajaran pasti akan berjumpa dengan Puan Suhaini. Kecekapan dan ketekunan guru ini memberi kepercayaan yang penuh kepada guru-guru lain untuk bertanyakan pendapat dalam sesuatu perkara. Setiap guru pasti akan menjadikan pengalaman bersama Puan Suhaini paling manis dan tidak dapat dilupakan di Kolej Yayasan Saad Melaka.

Anda mungkin juga menyukai