Anda di halaman 1dari 3

T

G
fw
b
O
c
M
y
A
k
jirtu
g
n
P
m
la
s
e
K
d
h
TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL

Memupuk sikap selamat di kalangan pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah
dilaksanakan dalam masa yang singkat. Inilah kerana pelajar tidak suka dibebelkan oleh guru
untuk menjaga keselamatan. Mereka merasakan bahawa perkara itu mudah dan tidak perlu
dititikberatkan. Guru haruslah mempunyai ketegasan yang kuat untuk menyempurnakan kerja
walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang sukar. Jika terdapat kemalangan yang
berlaku di bengkel,ianya adalah 100% menjadi tanggungjawab guru bengkel. Sepanjang
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Nail, saya belum pernah berhadapan
dengan masalah kemalangan murid di dalam bengkel. Saya selalu mengingatkan murid-murid
tentang kepentingan menjaga keselamatan agar kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara
tanggungjawab yang perlu guru bengkel termasuk saya lakukan adalah seperti berikut :
Semasa menjalani praktikum,saya mengajar murid Tahun 4 mengenai tajuk
Tanaman Hiasan. Tajuk ini mempunyai 4 pecahan sub tajuk dan setiap sub topik
menuntut murid melakukan amali. Murid-murid perlu menggunakan alatan yang tajam
seperti sekateur,sudip tangan,cangkul dan penyodok. Sebagai guru yang mengajar
subjek Kemahiran Hidup,keselamatan murid perlu saya tanggung sepenuhnya. Langkah
yang saya ambil adalah dengan mengarahkan mereka melantik seorang ketua bagi
setiap kumpulan dan hanya ketua sahaja yang dibenarkan mengambil alatan. Jika tidak
diberi arahan sedemikian,murid-murid akan berebut untuk mengambil alatan dan hal ini
boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan yang tidak diingini pada murid-murid.

Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru


mestilah melaksanakan objektif keselamatan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
guru perlu menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan
harta benda dalam diri setiap pelajar. Semasa menjalankan amali di bengkel sekolah,
saya lebih gemar melantik seorang ketua untuk setiap kumpulan supaya kerja-kerja
amali yang dijalankan lebih teratur dan keselamatan murid-murid lebih terjamin. Guru
bengkel juga harus membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk
bertindak secara berkesan. Murid juga perlu membiasakan diri dengan keadaan yang
boleh membahayakan supaya mereka peka dengan apa yang perlu dilakukan apabila
berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini. Dalam melaksanakan tanggungjawab
untuk pelaksana objektif keselamatan, guru bengkel harus membantu pelajar belajar
mengenai amalan keselamatan bagi menjalani kehidupan harian dan
menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang diadakan di
sekolah.

Semasa membuat perancangan, guru harus sedar bahawa mengajar


keselamatan tidak sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya,
keselamatan tidak sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi
diterapkan dengan mata pelajaran yang sesuai. Untuk memastikan bahawa konsep dan
amalan yang selamat dapat di terapkan, guru perlu berusaha membuat persediaan
dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan membaca dan
memahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada pelajar.
Guru perlu memastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan dengan
spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik dan vokasional untuk memudahkan guru
membuat rujukan jika perlu. Selain itu, guru bengkel harus merancang arahan dan
tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan kepada pelajar. Salinan arahan
keselamatan juga perlu dibuat supaya boleh digunakan untuk pelajar membuat ulangkaji
dan panduan.

Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi langkah-


langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Semasa menjalankan
kerja-kerja di bengkel, guru perlu menunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri
dengan betul dan cara – cara penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain
kelengkapan. Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan
yang berat juga harus diketahui oleh murid. Peraturan keselamatan bengkel yang
ditandatangani oleh semua pelajar menandakan bahawa mereka memahami peraturan-
peraturan tersebut. Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau
peralatan yang betul, dan alkibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi ada
dipaparkan. Poster-poster yang sebegitu biasanya disediakan di setiap bengkel di
semua sekolah.

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah


contoh kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan
keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan
sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang
boleh diterima dan ditiru. Ketika memberi demostrasi kepada murid, saya juga
mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul kerana apa yang dilakukan
akan diikuti oleh murid. Jadi penekanan terhadap ciri-ciri keselamatan adalah perlu
untuk memastikan murid sentiasa dalam keadaan yang selamat. Penilaian pengajaran
keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga praktis, meliputi
keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan membolehkan guru
mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai
keselamatan. Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak
membetulkan kesalahan atau kesilapan diri

Anda mungkin juga menyukai