Anda di halaman 1dari 41

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN

RBTS 3023

PENGURUSAN BENGKEL DAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

Oleh: Rebecca anak Mulgrand


(1 PISMP RBT5)
Isi Kandungan

No. Isi Kandungan

1. Organisasi dan Pengurusan Bengkel

2. Pengurusan Keselamatan Bengkel

3. Pengurusan dan Pengendalian Bengkel

4. Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkel dan


Kesihatan Pekerjaan
Tajuk 1: Organisasi
dan Pengurusan
Bengkel
Pengertian

 Organisasi merupakan kesatuan atau gabungan yang


merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang
diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu
matlamat yang ditetapkan. (Kamus Dewan)

 Pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja. Misalnya,


menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber,
mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta
penyelarasan kewangan.
Tujuan

 Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan wang.


 Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta kondusif.
 Menghasilkan produk yang lebih berkualiti.
 Mengelakkan kemalangan.
Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel

ᕗ Elemen Proses Pengurusan Bengkel

Elemen Perancangan

Perancangan Perancangan bangunan, kurikulum,


kelengkapan, peralatan dan pelajar
Mengelola Menyusun, mengatur, menyediakan
peralatan
Mengarah Melibatkan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan
Menyelaras Kerjasama ahli dalam pelbagai aktiviti
bengkel supaya matlamat dicapai
Mengawal Mengawal kerja-kerja sepanjang
menjalankan aktiviti.
Aspek Merancang dan Mengurus
Bengkel
 Pemilihan bekalan dan peralatan: Kurikulum, aspek perlindungan keselamatan, merancang
kemudahan, mengawal bahan, penyelenggaraan dan rekod

 Keselamatan: Aspek fizikal, peraturan atau panduan sedia ada, pengurusan kakitangan dan
agihan peruntukan kewangan

Prinsip-prinsip Organisasi Bengkel RBT

• Pengkhususan/ pembahagian kerja ᕗ Persamaan


• Kuasa dan tangguungjawab ᕗ Kestabilan dalam pemegangan jawatan
• Disiplin
• Kesepakatan dalam perintah dan arahan
• Kepentingan peribadi kepada keseluruhan
• Penghargaan
• Pemusatan
• Rangkaian scalar
• Tersusun
Susun Atur Bengkel

Penyatuan
Manusia

Strategi
Organisasi dan
Pengurusan
Bengkel

Tempat Pengalaman kerja


Meneroka ilmu yang baru
Petunjuk Merancang Bengkel

Perubatan
Kawalan
Ruang dan dan
Kesihatan
Kawasan pertolongan
dan
kerja cemas
persekitaran
Peralatan
Pintu dan
Perlindungan
tanda keluar
diri

Mesin
Pencegahan Penstoran berkuasa
kebakaran bahan mudah alih
Peralatan Mesin dan
pemampatan perlindungan
udara mesin
Pengurusan Personel

OBJEKTIF:

• Pelajar (suasana P & P di bengkel yang


kondusif, keselamatan bengkel)
• Organisasi (melengkapkan proses
pengurusan peringkat sekolah, memenuhi
Pekeliling Perbendaharaan Kerajaan Malaysia)
• Fungsian (mencapat matlamat P & P melalui
rancangan panitia/sukatan pelajaran) Pengurusan Personel & Hierarki
• Peribadi (kebaikan guru & pelajar dalam
proses P & P, kerjaya untuk pelajar) • Peringkat atas sekali iaitu peringkat pertama terdiri
daripada guru besar
Mengandungi: • Peringkat kedua terdiri daripada penolong kanan 1 &
2 serta penyelia petang
• Carta Organisasi • Peringkat ketiga terdiri daripada ketua bidang
• Visi • Peringkat kelima terdiri daripada ketua panitia mata
• Misi pelajaran
• Objektif • Peringkat kelima terdiri daripada guru mata pelajaran
• Tanggungjawab
Prinsip Pengurusan Personel

• Prinsip perkembangan individu- menawarkan peluang yang sama untuk


mengembangkan potensi maksimum
• Prinsip pemilihan saintifik- memilih orang mengikut kemampuan dan
kebolehan
• Prinsip aliran komunikasi bebas- membenarkan semua jenis bentuk
komunikasi secara terbuka
• Prinsip penyertaan- melibatkan semua dalam membuat keputusan
• Prinsip upah- pembayaran upah yang adil berdasarkan pekerjaan yang
dilakukan
• Prinsip ganjaran- memberi ganjaran kepada pelaksanaan tugas
• Prinsip menghormati- hormat perkara yang dilakukan pekerja
• Prinsip semangat berkumpulan- galak kerjasama dan semangat
berkumpulan
• Prinsip sumbang untuk kemajuan negara- membekalkan kerja kepada
pekerja yang berdaya saing
Rumusan Pengurusan Personel

Tugas Tugas Guru Tugas Tugas PK HEM Tugas Ketua Tugas Guru Tugas Formen
Pentadbiran Besar Penolong Panitia RBT
Kanan 1
o Membantu o Mengenal o Mengalas o Mengalas o Memberi o Menyediaka o Membantu
guru dalam pasti tugas guru tugas guru bimbingan n alatan guru RBT
pengurusan tindakan besar besar dan kepada dan bahan o Memastikan
subjek RBT yang harus semasa PK1 ketika guru RBT o Memastikan alatan
dilakukan ketiadaann- ketiadaann- o Mengendali bengkel tangan
oleh guru ya ya peperiksaan, kemas dan disimpan
RBT dan menyediaka bersih selepas
menentuka- n peraturan o Memastikan digunakan
n peraturan dan pelajar o Memastikan
keselamata- menjalankan mematuhi bengkel
n sentiasa mesyuarat peraturan bersih
dikemaskini bengkel o Melapor
kemalangan
kepada
guru
Tajuk 2:
Pengurusan
Keselamatan
Bengkel
Proses Pengurusan

Perancangan Pengarahan
Penyusunan Pengawalan

- Perancangan harus
- Memberikan
dilakukan dengan - Menyusun sumber - Langkah-langkah
panduan, bimbingan
menentukan perkara yang manusia dan bahan mengawasi prestasi,
dan perangsang
hendak dicapai mengikut gabungan membandingkan
kepada tenaga kerja
yang tepat bagi keputusan dengan
untuk mencapai
- Contoh: menetapkan memastikan matlamat organisasi
matlamat organisasi
tujuan, objektif, strategi, perancangan dan mengambil
program, projek dan kerja berjalan dan tindakan yang betul.
- Misalnya, memberi
matlamat tercapai kepimpinan,
dorongan dan
- Contoh: menyusun berkomunikasi antara
organisasi, organisasi
membahagi unit-unit
dan memilih
kakitangan
Tujuan Pengurusan Keselamatan Bengkel

Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan - Kemalangan mudah berlaku jika tiada


dan bahan sistem pengurusan dalam bengkel

- Setiap bengkel mempunyai pelbagai - Sistem pengurusan diwujudkan untuk


peralatan, kelengkapan dan barangan memberi tanggungjawab bemgkel kepada
yang bernilai tinggi serta seseorang agar memudahkan proses
berkemungkinan berisiko berlaku laporan, aduan dan pengawasan
kemalangan jika tidak diuruskan dengan
sistematik. - Laporan kemalangan yang dibuat dapat
mengurangkan risiko berlaku kemalangan
- Pengguna bengkel harus mematuhi antara pengguna alatan bengkel
peraturan dan pihak pengurusan harus
memastikan perkara tersebut .
Mengelakkan berlaku kemalangan
- Penyelenggaraan alatan harus diberi
perhatian bagi memastikan alatan
selamat digunakan
Tujuan Organisasi

- Memastikan sistem pengurusan bengkel teratur dan


sistematik

- Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid di


bengkel

- Memastikan bengkel dalam keadaan kemas dan bersih

- Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab

- Mengelakkan kemalangan
Pengetahuan dan pemahaman alat serta bahan yang
diguna
Menyusun langkah P&P dengan baik dan mengikut
prosedur

Mengikut arahan yang ditetapkan


Langkah mengelakkan
kemalangan Mematuhi keselamatan bengkel setiap masa

Menggunakan alatan dengan betul

Memakai perlindungan diri (PPE) dan peka dengan


keadaan bengkel
Guru peka dengan tahap kemahiran murid semasa
menjalankan projek
Tajuk 3:
Pengurusan dan
Pengendalian
Bengkel
Prinsip Pengurusan dan Pengendalian Bengkel

1. Menghasilkan bengkel yang efisien


Susunan alatan dan kelengkapan bengkel yang tersusun membantu pelajar menjalankan kerja
dengan berkesan

2. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat


Memastikan bengkel mempunyai pencahayaan yang baik, sistem pengudaraan yang lancar,
penyerapan bunyi yang berkesan, mesin dan alatan diselenggara dan lain-lain

3. Memenuhi keperluan psikologi pelajar


Persekitaran bengkel dan kawasan kerja yang kondusif dapat membentuk sikap yang positif
dalam kalangan pelajar dan dapat memupuk minat untuk menjalankan amali bengkel.

4. Memudahkan kawalan guru sepanjang masa


Guru dapat memerhati dan mengesan bunyi yang luar biasa daripada pelajar dan sekeliling
bengkel dengan melalui laluan yang sistematik
Prinsip Pengurusan dan Pengendalian Bengkel

5. Mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua mesin, peralatan dan bahan di bengkel
Mengurangkan kecurian dan kerosakan pada mesin, peralatan dan bahan

6. Mewujudkan pencahayaan yang baik kepada pengguna bengkel


Pencahayaan yang mencukupi dapat mengurangkan kemalangan di bengkel dan susunan
warna yang terang di dalam bengkel juga dapat meningkatkan kesan penglihatan
Baik pulih dan penyelenggaraan
• Penyelenggaraan ialah kerja baik pulih dan penyimpan alatan dan bahan dengan tujuan:
i. membolehkan alatan/mesin tahan lebih lama
ii. memudahkan penggunaan semula alatan/bahan
iii. mengelakkan berlakunya kemalangan
iv. berjimat cermat
Kerja penyelenggaraan:
• Asingkan alatan dan bahan mengikut kategori mudah bakar, mudah rosak, bahan kering, bahan
basah, bahan beracun dan lain-lain
• Labelkan bahan beracun
• Bahan gas disimpan di tempat dengan pengudaraan yang baik
• Bersih dan simpan alatan selepas digunakan
• Minyakkan alat yang mudah berkarat
• Buang bahan yang luput tarikh
• Bahan mudah bakar disimpan di dalam bekas bertutup, berlabel serta diletakkan di tempat jauh
daripada punca api
• Periksa dan uji alatan dari masa ke semasa untuk memastikan alatan dalam keadaan baik dan
selamat digunakan
• Periksa bekalan elektrik dari segi keadaan plug, soket dan lain-lain
Baik pulih dilakukan apabila terdapat kerosakan yang menyebabkan perkakas ataupun
mesin tidak berfungsi dengan sempurna.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian;


a. Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih.
1. Alatan atau mesin mudah akan mengalami kerosakan apabila sering digunakan dan
menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik.
2. Kenalpasti bahagian atau komponen yang perlu dibaik pulih.
3. Mengesan masalah bahagian atau komponen melalui pemerhatian. Bahagian yang rosak akan
mengeluarkan bunyi atau tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
4. Penyenggaraan adalah cara yang lebih baik daripada menggantikan komponen untuk
menjimatkan kos.

b. Memahami fungsi komponen atau bahagian berkenaan.


c. Memilih bahan dan alatan yang sesuai untuk kerja membaik pulih.
- Minyak pelincir
- Kertas las
- Gris
- Kain reja
- Glu sentuh
- Pemutar skru Philips
- Pemutar skru rata
- Sepana gabung
- Sepana hujung terbuka
- Playar muncung tirus
- Playar gabung
- Tukul bongkol bulat

d. Memahami cara menggantikan komponen bahagian yang rosak.


- Memerlukan kemahiran yang dimiliki untuk menjalankan kerja membaik pulih dan menggantikan
komponen.
- Kerja membaik pulih perlu dijalankan secara sistematik dan secara teratur dengan menggunakan
peralatan yang sesuai.
Proses pengurusan bengkel mengikut
proses

Fasa Fasa
Pertama Kedua

Perancangan dan Pengelolaan

- Reka bentuk bengkel


- Stesen-stesen kerja
Tenaga Kerja
- Pendawaian
- Perpaipan
- Mengarah
- Pengedaran udara
- Mengawal
- Penempatan alatan kelengkapan
- Melapor
- Perabot
- Stor
- Keselamatan
- warna
Fasa Pertama

- Merupakan fasa perancangan dan pengendalian kemudahan di bengkel


- Proses jangka masa pendek

- Perkara yang dilaksanakan:


1. Mereka bentuk
- Mereka bentuk pelan lantai bengkel mengikut keadaan semasa

2. Perancangan
- Penyediaan kemudahan utiliti dan asas; pendawaian, pengudaraan dan perpaipan
- Penyediaan ruang untuk meletakkan alatan utama
- Menyusun perabot dalam ruangan kerja
- Mengatur kedudukan stor
- Menyediakan laluan keselamatan
- Penggunaan warna yang sesuai mengikut fungsi; misalnya, merah sebagai tanda amaran, kuning
sebagai tanda awas dan hijau sebagai tanda selamat
Fasa Kedua

- Merupakan fasa merancang dan melaksanakan proses pembangunan bengkel.


- Merupakan proses jangka masa panjang.
- Perancangan dilakukan mengikut perubahan semasa.

1. Aktiviti merancang- membina semula rak, menukar panel penyimpanan alatan, mengecat
bahagian mesin/ kawasan merbahaya, menanda semula tanda amaran.

2. Menghasilkan lakaran pelan, lukisan berskala dan model.

3. Penglibatan rakan sejawat, pekerja dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan proses
bengkel
Tajuk 4: Peraturan
dan Perundangan
dalam Pengurusan
Bengkel dan
Kesihatan Pekerjaan
Rumusan

Institut Keselamatan Pertubuhan


Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Keselamatan Sosial
dan Kesihatan Pekerjaan
Pekerjaan Kebangsaan (PERKESO)
(JKKP)
(NIOSH)

Jabatan yang Agensi yang Jabatan yang


bertanggungjawab untuk bertanggungjawab mentadbir, melaksana
memastikan keselamatan, menjalankan penyelidikan dan menguatkuasakan
kesihatan dan kebajikan dan membuat cadangan Akta Keselamatan
pekerja dan melindungi untuk pencegahan Sosial Pekerja (AKSP)
pekerja dari segi kecederaan dan penyakit 1969 dan Peraturan-
kesihatan dan yang berkaitan dengan Peraturan (Am)
keselamatan yang pekerjaan Keselamatan Sosial
berpunca daripada aktiviti Pekerja 1971
pekerjaan
JKKP

- JKKP merupakan agensi kerajaan utama yang berfungsi memastikan keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan pekerja semasa bekerja

- 3 aktiviti utama: perumusan piawaian, penguatkuasaan dan penggalakan

- JKKP akan menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan yang berkaitan dari semasa ke
semasa untuk membimbing para majikan dan pekerja.

- Menjalankan aktiviti penggalakan seperti memberi ceramah dan menganjurkan pameran serta
kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk meningkatkan kesedaran majikan,
pekerja dan masyarakat bagi meujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

- Objektif:
• Menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripartisme dasar, undang-undang
dan garis panduan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
• Menjalankan kegiatan penguatkuasaan dan galakan.
• Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat
dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan, IPT dan sebagainya dalam usaha
untuk meningkatkan taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
Dasar JKKP

- Untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan oran lain yang mungkin
terjejas oleh aktiviti-aktivitinya

- Dasar JKKP:
i. Menyediakan dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
ii. Memastikan bahawa semua kakitangan telah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan mengenai cara
menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
iii. Menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk
memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.
iv. Mematuhi kehenda perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan dan peraturan-peraturannya dan taat
amalan yang diluluskan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
v. Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja.
vi. Mengkaji semula dasar jika perlu.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994
• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta Peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514;
514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada 1963 dan
1. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
diwartakan pada Februari 1994. (Penyata) Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan
(Pengecualian) tahun 1995
2. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pengawalan
• Sektor-sektor yang terlibat; Kemalangan Bahaya Besar Industri)
3. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Klasifikasi,
a) Pengilangan
Pembungkusan, Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya)
b) Perlombongan penguarian 4. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) tahun 1996
c) Pembinaan
5. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
d) Pertanian, perhutanan dan perikanan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997
6. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
e) Kemudahan gas, elektrik dan air
(Penggunaan dan Piawaian Pendedahan Bahan Kimia
f) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi Berbahaya kepada Kesihatan) 2000
7. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan
g) Perdagangan borong dan runcit
Penggunaan Bahan) 1997 dan 1999 (diwartakan pada 12 Julai
h) Hotel dan restoran 1999)
Penyediaan
Piawaian
Standard 1. Kajian Dasar
2. Penggubalan peraturan,
Memberi kuasa kepada Menteri
garis panduan dan kod
Sumber Manusia untuk amalan industri baru
menubuhkan sebuah majlis iaitu
Majlis Negara

Urusetia
Perkhidmatan
Majlis Penguatkuasaan
JKKP
Negara

1. Kelulusan
2. Pendaftaran
3. Pengiktirafan
1. Menganjurkan ceramah dan latihan 4. Pemeriksaan
2. Menjalankan kerja-kerja promosi dan 5. Siasatan kemalangan
galakan Promosi dan aduan
3. Menganjurkan pameran Dan
4. Memberi khidmat nasihat Publisiti
5. Mengumpul dan menyediakan maklumat
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebagsaan
(NIOSH)

- Ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah Akta Syarikat 1965.


- Sebagai sebuah syarikat berhad yang menjadi pemangkin kritikal untuk mewujudkan budaya kerja yang
mengutamakan keselamatan dan kesihatan.
- Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang ahlinya terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta
- Berkuasa autonomi dan bertindak dengan lebih berkesan dengan kekangan birokrasi pentadbiran yang
paling minimum.

- Misi- Menjadi pusat kecemerlangan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.
- Visi- Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang sihat dan selamat di Malaysia.

- Peranan:
1. Memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat dan sihat untuk semua pekerja.
2. Menerima dan menilai hasil daripada setiap operasi dengan mengambil kira keperluan perundangan,
piawaian kebangsaan dan antarabngsa serta mematuhi kod amalan yang ditetapkan.
3. Menentukan sumber dan latihan yang mencukupi bagi sesuatu tempoh yang wajar.
4. Pengurusan keselamatan dan kesihatan akan diberi perhatian untuk penyemakan dan pembaikan
berterusan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Latar Belakang Visi


PERKESO ditubuhkan sebagai sebuah jabatan Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang
kerajaan di bawah Kementerian Sumber
Manusia bagi mentadbir, melaksana dan Misi
menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada orang berinsurans
Keselamatan Sosial Pekerja 1971 serta dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta
melaksana sistem saran sendiri iaitu Sistem memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan demi meningkatkan
Saraan Baru PERKESO. kesejahteraan sosial orang berinsurans

Strategi-strategi
- Mengutamakan kepentingan negara dan organisasi setiap masa.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat, cepat dan ekonomi kepada pelanggan.
- Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO di samping penggunaan teknologi canggih untuk
meningkatkan perkhidmatannya
- Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO
- Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO
- Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.-
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

- PERKESO berhasrat untuk membentuk amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
supaya dapat membendung kecederaan akibat pekerjaan, kerosakan harta benda dan nyawa.

- PERKESO menjamin kejayaan dasar ini dengan:


 Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesiahatan dan pencegahan
kemalangan.
 Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan
dan keselamatannya serta orang lain.
 Sentiasa menepati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, trend serta teknik.
 Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan
membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.
 Mengkaji pelan loji baru atau kemudahan, kelengkapan pejabat supaya reka bentuk dan
pembinaannya terjamin.
 Memastikan kerja pemasangan peralatan dan operasinya adalah mengikut peraturan-
peraturan kerajaan.
Pendaftaran PERKESO

- Setiap pekerja yang didaftarkan dengan PERKESO akan diberikan Nombor Pendaftaran Keselamatan Sosial.

- Pendaftaran majikan dan pekerja adalah seperti berikut:

Takrif Majikan
Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dikehendaki mendaftar dan membayar
caruman setiap bulan kepada PERKESO.

Takrif Pekerja
Pekerja diwajibkan untuk mencarum dengan PERKESO sekiranya pekerja berkenaan menerima
gaji bulanan sebanyak RM2000 atau kurang. Perlindungan PERKESO hanya untuk pekerja
warganegara Malaysia tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan,
percubaan atau telah disahkan dalam jawatan

Bagi pekerja yang menerima gaji lebih daripada RM2000 sebulan dan belum pernah berdaftar
serta mencarum dengan PERKESO, mereka diberi pilihan sama ada bersetuju ataupun tidak
untuk dilindungi di bawah Akta tersebut.
Caruman PERKESO

- Majikan perlu membayar caruman bulanan pekerja yang layak mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta
- Caruman pekerja sebanyak 0.5% perlu dibayar untuk perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat dan caruman majikan
1.25% bagi perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

Jenis Pertama Jenis Kedua

Caruman dibayar oleh majikan dan Caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk
pekerja untuk Skim Insurans Bencana perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana
Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Pekerjaan. Caruman ini untuk pekerja yang tidak
dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat. Bank yang
dilantik dikehendaki memindahkan kutipan
caruman pada hari bekerja pertama setiap minggu
Ilat? atau apabila amaun kutipan caruman mencapai
jumlah RM 20,000.
Sebab yang mengakibatkan sesuatu (kecelakaan,
kemalangan, kerugian), tidak dapat bekerja lagi
kerana cacat anggota badan
Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Kemalangan
Semasa
Menjalankan Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan/
Pekerjaan berpunca semasa bekerja
Contoh; Hilang pendengaran akibat
pendedahan bunyi bising yang berpanjangan,
sesak nafas akibat tersedut habuk atau serbuk
Kemalangan
Penyakit Semasa
SKIM Dalam
Khidmat
Perjalanan
Dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam
masa perhentian atau apa-apa lencongan pada
waktu perjalanan itu
Contoh: Kebakaran di tempat kerja
Kemalangan
Semasa
Kecemasan
Faedah-faedah Skim
Faedah
Orang
Faedah Tanggungan
Perubatan Faedah (Pencen
Hilang Penakat)
Upaya Kekal

Faedah Elaun
Hilang Layanan
Upaya Sentiasa
Sementara

Faedah
Faedah
Pendidikan
Pengurusan
Mayat

Faedah
Pemulihan
Rujukan

Ismail Bahari. (2002). Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan Kesihatan


Pekerjaan. Kuala Lumpur:McGraw-Hill
Bartis, J. T., & Landree, E. (2006). Nanomaterials in The Workplace; Policy and Planning
Workshop on Occupational Safety and Health. New York: Rand Corporation.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2000). Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan & Perintah-Perintah. Kuala Lumpur:
International Law Book Services
Afiq Abdullah. Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkel. Diakses pada 29
Ogos 2021 daripada https://www.scribd.com/doc/297221487/5-Peraturan-dan-perundangan-
dalam-pengurusan-bengkel
TERIMA KASIH!

CREDITS: This presentation


template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.

Anda mungkin juga menyukai