Anda di halaman 1dari 25

PPP 60404

Pengurusan Sumber
Manusia dalam
Pendidikan

ARASU A/L SEKAR


(M20191000319)

VIMALAMBIGAI A/P R. ERULAPAN


(M20191000240)
TAJUK : PENGURUSAN S KOSALA A/P S SATHIA SEELAN
KESELAMATAN DI SEKOLAH (M20191000364)
(SAFETY IN SCHOOL)
PUSPAVALLI A/P SUBRAMANIAN
(M20191000362)
PENGENALAN
Pengurusan Pendidikan tidak hanya menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata
sebagai indikator kecemerlangan, namun secara makro bertanggungjawab merobah
perspektif pemikiran dan budaya setiap warga sekolah yang terdiri daripada kalangan guru,
staf, pekerja dan pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawal selia keselamatan pelajar
setiap masa.

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada
sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran
dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini
berlaku.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah
pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan
bersama semua warga sekolah.

Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai
komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim
sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu.
PENGURUSAN KESELAMATAN SECARA UMUM
Pengurusan keselamatan amat penting dalam sesebuah organisasi. Tidak kira apa-
apa sektor pekerjaan dan perkhidmatan, aspek keselamatan harus diutamakan.
OHSAS 18001 adalah standard Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Ia
diwujudkan untuk meningkatkan kawalan dan prestasi risiko dalam bidang Kesihatan
dan Keselamatan Pekerjaan. Piawaian OHSAS 18001 menentukan kepentingan
pencegahan faktor kawalan risiko dengan mengenal pasti dan menilai potensi bahaya
di tempat kerja dan keparahan bahaya ini.

OHSAS 18001 adalah piawaian antarabangsa yang memenuhi keperluan untuk sistem
pengurusan kesihatan dan keselamatan. Ia membolehkan organisasi mempunyai
kawalan dan pengetahuan mengenai semua bahaya yang berkaitan yang timbul
daripada operasi normal dan situasi yang tidak dijangka dan untuk meningkatkan
prestasi.
Definisi Sekolah Selamat
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam
mahupun dari luar.

Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan


dengan keselamatan murid.
1. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 8 ( 88 )
2. Keselamatan Diri Murid Pergi Dan Balik Ke Sekolah. 8 ( 99 )
3. Menangani Masalah Keselamata, Dadah Dan Gengster. 6 ( 00 )
4. Mencegah Kebakaran Di Sekolah. 7 ( 00 )
5. Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 4 ( 02 )
6. Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Di Luar
Waktu Persekolahan. 8(09)
7. Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah. 8 ( 11 )
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KEMALANGAN DI SEKOLAH

2.1 Kelemahan pada keadaan sedia ada bangunan , padang dan bengkel.

2.2 Keadaan keselamatan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN
SEKOLAH SELAMAT
PENGLIBATAN WARGA SEKOLAH
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Selain itu,
konsep penyayang membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pelbagai pembaharuan dan pengubahan dalam kawalan keselamatan sekolah telah dan sedang
dikemaskinikan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan di sekolah sangat
ketat. Dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu mengetahui tentang perubahan-
perubahan ini.
,
Program orientasi kepada staf tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah sekolah
selamat perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Menerusi Latihan Dalam Perkhidmatan.

Guru-guru novis perlu diberikan kursus tentang kawalan keselamatan di sekolah sebelum
mereka memulakan perkhidmatan mereka di sekolah.

Melakukan kursus online melalui aplikasi EPSA untuk meningkatkan pengetahuan mereka
tentang kawalan keselamatan.
KERJASAMA PIHAK LUAR
Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran
bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan. Pendidikan
bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia
merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua
pihak berkepentingan (stakeholders).

Polis

Bomba

Hospital
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Kelab ini merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan
salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.

Antara objektif penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) adalah:


1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demia
agama, bangsa dan negara.
KAWALAN KESELAMATAN
Antara objektif utama perlaksanaan peraturan baru trafik dan kawalan keselamatan di
sekolah adalah untuk memastikan keselamatan dan tiada gangguan kepada pelajar dan guru
dalam proses pembelajaran holistik dan bersepadu di kawasan sekolah.

Pengawal keselamatan juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjaga
keselamatan di sekolah . Berikut adalah tugasan dan tanggungjawab pegawalan keselamatan:

1. Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu dalam buku pelawat.
2. Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.
3. Memastikan ssemdua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah ditetapkan.
4. Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari piahk sekolah untuk keluar/masuk
pada waktu belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke rumah kerana kecemasan
atau urusan keluarga yang penting.
5. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki kawasan sekolah.
6. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja atau setelah
mendapat kebenaran bertulis dari pengetua pada waktu di luar waktu persekolahan.
7. Segera menghubungi Pengetua jika terdapat pelawat yang mencurigakan atau hubungi
pihak polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan.
PERANAN IBU BAPA DAN PIBG
Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan
keselamatan anak mereka sewaktu berada di luar pagar sekolah.
Ketika menghantar anak ke sekolah adalah menjadi tanggungjawab ibu
bapa untuk memastikan bahawa anak mereka selamat sampai hingga
ke dalam kawasan sekolah.

Ibu bapa tidak boleh terus menuding jari kepada pihak sekolah atau
kementerian apabila terjadi sesuatu perkara sebaliknya menjaga
keselamatan anak juga menjadi tanggungjawab ibu bapa itu sendiri
dan ianya harus dilakukan secara bersama
PELAN PENGURUSAN KRISIS (PPK)
Krisis sekolah ditakrifkan sebagai peristiwa traumatik yang berkaitan
dengan sekolah, sama ada peristiwa itu berlaku di dalam atau di luar
kawasan sekolah serta mempunyai ciri-ciri yang tidak menentu, rumit, perlu
ditangani segera (Krauss, 1998; Seeger, 2002), dan kabur (Pearson & Clair,
1998; Simola, 2005).

Krisis sekolah melibatkan semua warga sekolah, anggota masyarakat, dan


turut melibatkan semua pelajar, kakitangan pejabat, pekerja kontrak dan
keluarga mereka yang mempunyai kepentingan khas dalam kebajikan sekolah.

Pelan Pengurusan Krisis (PPK) perlu diwujudkan oleh setiap sekolah.


Sekiranya perancangan bagi menangani krisis kurang bersesuaian dengan
masalah yang timbul, pelan pengurusan krisis perlu diubah suai dan dilakukan
penambahbaikan
KESELAMATAN BILIK DARJAH / BILIK KHAS
Keselamatan bilik darjah penting kerana ia merupakan
tempat murid-murid berada sepanjang waktu persekolahan.
Ciri-ciri bilik darjah yang selamat adalah seperti berikut:
• Lantai yang baik. Tidak pecah atau berlubang
• Pintu kelas yang boleh digunakan ketika berlaku
kecemasan
• Tingkap yang bercermin dan berfungsi dengan baik
• Alatan elektrik yang berfungsi dengan baik
• Susun atur kerusi meja murid yang selesa
• Mempunyai pelan kebakaran
• Syiling yang baik dan tidak bocor
KESELAMATAN BILIK DARJAH / BILIK KHAS
Keselamatan murid dalam bilik-bilik khas juga sangat penting. Berikut adalah
peraturan bilik-bilik khas secara umum.
• Pelajar tidak dibenarkan  masuk makmal tanpa guru.
• Tidak boleh menjalankan eksperimen tanpa arahan guru dan guru mesti ada
bersama sepanjag masa.
• Dilarang bermain  dengan sebarang peralatan atau kelengkapan di dalam makmal.
• Peralatan-peralatan Sains dan bahan kimia tidak boleh dibawa keluar dari
makmal tanpa kebenaran guru.
• Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
• Sebarang kerosakan, pecah atau hal kemalangan hendaklah dilaporkan kepada
guru.
• Kayu mancis atau benda-benda lain yang menyala mesti dimatikan sebelum
dibuang dalam bakul sampah.
• Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah masuk ke dalam makmal.
• Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
• Sebelum meninggalkan makmal pastikan semua sinki, paip ditutup.
• Langkah-langkah keselamatan hendaklah dipetuhi setiap masa berada di dalam
makmal.
KESELAMATAN PADANG
• Beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.
• Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang berharga ke
padang untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.
• Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.
• Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pendidikan
jasmani, aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
• Sila laporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau
kecemasan untuk tindakan seterusnya.
• Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang selain daripada murid,
guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
• Segala kemudahan sukan dan permainan dalam keadaan sempurna dan selamat.
• Murid perlu diajar menggunakan alat dengan betul dan cermat.
• Peraturan dan arahan tentang langkah keselamatan perlu dimaklumkan
• Surat Pekeliling Iktisas 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 8/95 dan 24/98 perlu
dipatuhi.
• (Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah)
SKUAD DENGGI SEKOLAH
1. Skuad Denggi di sekolah ditubuhkan untuk memupuk sikap keprihatinan dan komitmen
tinggi terhadap pendidikan pencegahan denggi.
2. Unit Kebersihan di sekolah bertanggungjawab untuk melatih dan menyelaras aktiviti dan
tugas kepada ahli-ahli skuad yang dipilih dari kalangan pelajar.
3. Skuad Denggi akan bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab memberikan
pendidikan kepada rakan-rakan yang lain
JAWATANKUASA PENCEGAHAN COVID-19
1. Jawatankuasa Pencegahan Covid-19 yang diketuai oleh guru besar atau pengetua
mempunyai tanggungjawab besar dalam melahirkan suasana selamat kepada pelajar dan
guru di sekolah
2. Pentadbiran sekolah memainkan peranan yang penting untuk mengawal dan mengelak
jangkitan Covid-19 di sekolah.
3. Sebarang aktiviti termasuk proses pengajaran dan pembelajaran harus dijalankan
mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
4. Pihak sekolah harus mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan semua
warga sekolah patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjamin
keselamatan mereka daripada wabak Covid-19.
5. Pentadbir harus memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat
untuk hadir ke sekolah.
6. Makluman awal perlu diberikan kepada mereka sebelum sekolah dibuka semula.
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH / PRS
Lembaga pengawas berperanan membantu pihak pentadbiran sekolah
mengawal tingkah laku murid di samping memberi peluang kepimpinan
dan peluang untuk murid.

Pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak


dan ketrampilan yang baik dan cemerlang

Penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang akademik juga penting


bagi pengawas untuk dijadikan teladan kepada pelajar –pelajar lain.
( Jamaluddin Ahmad 2002)

Membantu guru-guru menguatkuasakan undang-undang dan menjaga


keselamatan sekolah.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PRS adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran
asas komunikasi dan kaunseling.

Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan


sebaya,terutama mereka yang memerlukan pertolongan.

Pengaruh rakan sebaya dapat digunakan secara teratur untuk


membimbing pelajar-pelajar ke arah tingkah laku yang positif.

PRS juga mampu memberi sumbangan di sekolah dengan mewujudkan


suasana persekitaran yang selamat melalui budaya penyanayng dan
saling membantu di kalangan pelajar selain memupuk nilai diri yang
peka, bertolak ansur dan bertimbang rasa serta rela membnatu orang
lain dalam masyarakat majmuk berbilang kaum.
KELAB ANTIDADAH SEKOLAH
Masalah mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.
Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini
perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat.

Pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu
usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini.

Objektif utama adalah untuk menwujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada
dadah.

Membantu pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana
persekitaran yang kondusif untuk PdPc.

Usaha untuk mencegah dadah ditumpukan kepada generasi muda kerana mereka tulang
belakang dan pewaris kepimpinan negara.
BUKU KAWALAN KELAS
Buku kawalan kelas merupakan buku yang digunakan untuk merekod kehadiran guru
yang masuk setiap waktu PdPc.

Buku ini ditulis setiap hari persekolahan di dalam kelas .Guru yang masuk ke kelas
akan merekod kehadiran murid pada hari itu tersebut.

Dalam buku ini juga,guru mata pelajaran boleh merekod salahlaku murid dalam
kelas,oleh itu,guru boleh melihat nama-mana murid yang selaku menimbulkan
masalah.

Penggunaan buku ini juga mampu mengelakkan murid-murid dari mumbuat masalah
disiplin.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program
perkembangan ,pencegahan serta pemulihan .

Bimbimgan ialah satu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan
panduan ke arah pemahaman,pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat
jangka pendek atau Panjang.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kanselor yang terlatih dengan seorang
individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan.

Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program


pemulihan.

Fungsi unit bimbingan dan kauseling adalah seperti berikut :

1.Menyediakan rancangan tahunan dan program dan akiviti.


2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3.Mengelola dan melaksanakan aktiviti unit bimbingan dan kaunseling
4.Memberi khidmat kaunseling
REFLEKSI PENGKAJI
Pengurusan Keselamatan sangat penting dalam sesebuah organisasi lebih-lebih lagi
dalam sektor pendidikan. Murid sebagai pelanggan di sekolah mempunyai hak untuk
belajar di tempat yang selamat.

Ibu bapa tidak akan memilih sekolah yang tidak selamat sebagai tempat belajar untuk
anak-anak mereka. Mungkin keselamatan juga menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan enrolmen di sesebuah sekolah menurun.

Jadi barisan pemimpin sekolah dan guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat
afdal untuk menyediakan dan memastikan aspek-aspek keselamtan untuk murid-murid.
Bukan untuk murid sahaja tetapi seluruh warga sekolah perlu memastikan aspek
keselamatan di sekolah berada dalam keadaan yang baik.
RUMUSAN
Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak.

Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah.

Dengan kerjasama semua pihak, pelajar-pelajar sudah pasti akan berada dalam keadaan yang selamat semasa
berada di kawasan sekolah.

Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-
elemen yang mengugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat,usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan
bukan sahaja oleh guru besar ,guru,pelajar,ibu bapa dan PIBG,pihak berkuasa kementerian pelajaran dan ahli
komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

Bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan tempat perlu
dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai