Anda di halaman 1dari 22

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

1.0 Pengenalan
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan. Langkahlangkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan. Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Kesemua ini bolehlah dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian. Keputusan Kementerian Pendidikan melancarkan Program Sekolah Selamat pada 2002 sebenarnya bertunjangkan satu matlamat jitu mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Objektif umumnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Jelas inisiatif baru itu bukan sekadar program tangkap muat semata-mata. Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihanlatihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu 1 manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.
JAMALUDIN BIN 680301026039 AWANG

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

2.0 Sekolah Selamat


Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 menghuraikan sekolah selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahliahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

2.1 Matlamat Sekolah Selamat


Matlamat Sekolah Selamat ialah untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang selamat dari apa jua unsur yang boleh membawa kemudaratan dan kecelakaan sama ada dari segi emosi, sosial dan fizikal di dalam ruang lingkup sekolah dan kawasan persekitaran sekolah dengan mendapat kerjasama dan sokongan secara berterusan daripada ibu bapa, keluarga dan komuniti setempat yang terdiri daripada agensi-agensi luar seperti pasukan polis, bamba dan penyelamat dan lain-lain lagi.

AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

2.2 Rasional Sekolah Selamat


Mengapa Kementerian Pelajaran bersungguh-sungguh untuk mewujudkan Sekolah Selamat ini. Pertama, kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berbagai-bagai situasi dan kejadian yang menyayat hati di mana masyarakat dan warga sekolah sering mengabaikan aspek keselamatan dalam banyak perkara. Keselamatan juga sering tidak dijadikan asas utama dalam membuat apa jua aktiviti dan program yang melibatkan murid-murid sekolah. Warga sekolah juga sering terdedah dengan isu-isu yang melibatkan keselamatan diri sendiri yang melibatkan aspek fizikal, sosial dan teknikal. Oleh itu, satu polisi Sekolah Selamat perlu diwujudkan. Umum juga mengetahui pihak sekolah sering tidak mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat sekitar dan ibu bapa dengan institusi sekolah. Seringkali masyarakat akan hanya menyalahkan pihak sekolah apabila sesuatu kemalangan dan kemudaratan berlaku terhadap anak mereka. Pihak sekolah juga kurang berupaya untuk menangani kes-kes keselamatan yang berat dan sukar untuk diselesaikan tanpa bantuan agensi luar. Oleh itu sokongan dari agensi luar amatlah diperlukan dalam mewujudkan polisi Sekolah Selamat.

3.0 Peranan Guru Menjaga Keselamatan Di Sekolah


Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang panjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum memerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan

AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

pencegahan dan kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau guru supaya sekolah itu terhindar daripada gejala-gejala berkenaan.

3.1 Kepemimpinan yang berkesan


Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis. 3.2 Tumpuan kepada pencapaian akademik Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif. Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981). 3.3 Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.
AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

3.4 Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). 3.5. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing. 3.6. Layanan sama rata dan budaya caring kepada pelajar Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan yang tidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks, penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang menerima layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan. Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua pelajar dan guru dihormati. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan dan menerapkan elemen-elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua
AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

pelajar berpotensi untuk berjaya, dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspek Muka surat 7/13 pelaksanaan aktiviti persekolahan. Budaya caring perlu dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan di kalangan warga sekolah. 3.7 Kawalan keluar masuk sekolah Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku. 3.8 Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat. Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya. 3.9 Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah

AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktivitiaktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 3.10 Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru (National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan sebagai indikator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999). Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak 7
JAMALUDIN BIN 680301026039

AWANG

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat Muka surat 8/13 siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah. 3.11 Peranan Guru Di Kantin/Dewan Sekolah Kantin dan dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar semasa waktu rehat dan perhimpunan sekolah. Kesesakkan boleh berlaku apabila sesuatu lokasi menjadi tumpuan pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin pelajar adalah longgar. Bayangkan jenis-jenis kemalangan boleh berlaku dalam keadaan kesesakan. Antaranya ialah terjatuh dan bergaduh. Pengawasan daripada guru dan pengawas sekolah amatlah penting dalam memastikan pelajar dapat bergerak dan berbaris secara teratur semasa membeli makanan di kantin dan semasa perhimpunan sekolah. Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan oleh jawatankuasa keselamatan khususnya. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenal pasti oleh pihak sekolah. Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara. Warga sekolah juga hendaklah dilatih berkaitan fire drill supaya mengetahui langkahlangkah dan tindakkan yang perlu dilakukan semasa kebakaran 3.12 Peranan Guru di Padang/Gelanggang/Stor Sukan Kebanyakan aktiviti kokurikulum seperti sukan dan perbarisan dilakukan di padang dan gelanggang. Aktiviti-aktiviti sebegini khasnya sukan lasak meningkatkan risiko pelajar kepada kemalangan dan kecederaan. Walau bagaimanapun, ia dapat dikurangkan sekiranya
AWANG

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

segala peraturan dan panduan yang berkaitan sentiasa dipatuhi. Antara panduan utama aspek pengurusan keselamatan semasa aktiviti sukan ialah acara latihan sukan yang merbahaya seperti merejam lembing, melontar peluru dan memanah, hanya dilakukan pada hari dan masa tertentu sahaja. Tujuannya ialah untuk mengelakan aktiviti lain diadakan pada masa yang sama serta mengelakkan kesesakan di padang. Langkah ini menjamin aspek pengawasan dan penyeliaan oleh guru berada pada tahap maksimum semasa latihan sukan merbahaya ini dijalankan. Di samping itu, para pelajar harus dilarang melakukan sebarang aktiviti di tempat terbuka terutamanya di padang dan gelanggang semasa cuaca buruk kerana ia dapat meningkatkan risiko kemalangan akibat disambar petir. Bagi sukan lasak, kecederaan dapat dikurangkan dengan menggunakan peralatan perlindungan keselamatan yang sesuai. Selain itu, para pelajar memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan padang atau gelanggang serta menggunakan peralatan sukan dengan sebaik-baiknya tanpa merosakkannya. Stor sukan merupakan tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, guruguru yang terlibat dalam pengurusan peralatan sukan perlu menyediakan rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan. Guru sukan khususnya guru Pendidikan Jasmani juga bertanggungjawab membuat pengawasan dan penyeliaan terhadap peralatan sukan yang merbahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya supaya keselamatan pelajar sentiasa terjamin. 3.13 Konsep SAFE Pihak sekolah boleh merujuk kepada konsep SAFE yang menerangkan penjagaan keselamatan di sekolah. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1996). S A F E
AWANG

Signboard Appropriate Fall Equipment 9


JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

bermaksud Signboard (papan tanda) iaitu merujuk kepada peraturan dan arahan

berkaitan cara penggunaan peralatan dengan betul. Ia juga bermaksud setiap polisi dan peraturan hendaklah dihebahkan dengan sebaik-baiknya dan secara meluas untuk memastikan semua warga sekolah tahu, faham, serta patuh kepada penggunaannya. S juga bermaksud Supervison daripada guru atau orang lain yang terlatih. Para pelajar tidak dibiarkan melakukan sesuatu aktiviti secara bersendirian.

bermaksud Appropriate (sesuai) iaitu kesesuaian bahan dan peraturan untuk setiap

golongan. Sebagai contoh, pelajar sekolah boleh bermain pada masa dan waktu yang sesuai.

bermaksud Fall (jatuh). Setiap aktiviti hendaklah mengambil langkah-langkah yang

secukupnya untuk mengelak kemalangan dan kecederaan akibat terjatuh atau tergelincir.

bermaksud Equipment (peralatan) iaitu alat-alat yang digunakan adalah dijamin

selamat, sesuai, mencukupi serta sentiasa diselenggara secara berkala.

4.0 Perkara-Perkara Yang Boleh Mengancam Keselamatan Warga Sekolah.


Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlaku masalah keselamatan. Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Kesemua ini bolehlah dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian. Terdapat tiga faktor asas yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.

4.1 Faktor Manusia


AWANG

10

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undangundang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain. Berdasarkan pemerhatian penulis, terdapat beberapa faktor manusia yang dikenal pasti boleh mengancam keselamatan warga sekolah. 4.1.0 Pengaruh Rakan Sebaya Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak remaja terlibat dengan tingkah laku nakal. Meskipun anak sering diingatkan oleh ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan, tetapi nasihat tersebut biasanya sering kali diabaikan. Sebaik anak-anak melangkah keluar dari rumah, ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakanrakan anaknya itu. Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang. Contohnya seperti lepak, bohsia, bohjan, ponteng sekolah, peras ugut, membuli dan mengacau budak perempuan. Keadaan ini disebabkan kumpulan rakan sebaya ini merasakan diri mereka kuat, ingin menarik perhatian orang ramai, menunjukkan kehebatan diri terutamanya kepada rakan yang lain serta melepaskan rasa tidak puas hati pada keluarganya. Dalam banyak keadaan, rakan sebaya menjadi tempat remaja berkongsi pendapat, pandangan dan tempat untuk remaja bertukar-tukar cerita suka dan duka. Rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mendapat kebebasan dalam perbuatan dan percakapannya tanpa sebarang sekatan dan kongkongan. Inilah yang menjadi daya tarikan yang kuat remaja kepada rakan sebaya. Dengan kata lain, semakin meningkat usia remaja seseorang anak, masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan sebaya berbanding keluarga sendiri. 4.1.1 Iklim Sekolah dan Sikap Guru

AWANG

11

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Gordon (1974), Gragey (1970) dan Maslow et al.(1962), menyatakan kawalan yang ketat di sekolah seringkali dikatakan menjadi penyebab wujudnya masalah tingkah laku dan pelanggaran peraturan. Ini adalah kerana pelajar akan menentang kawalan ini dengan melakukan pelbagai kelakuan buruk seperti ponteng sekolah dan kelas, vandalisme, kurang bersopan dan menentang guru sekolah. Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik di dalam bilik darjah, pelajar juga sebenarnya mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan daripada interaksinya dengan rakan-rakan dan kakitangan sekolah. Banyak perkara yang menjadi pegangan dan ikutan pelajar sama ada yang positif mahupun negatif. Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara pelajar dengan orang dewasa seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah dan antara pelajar dengan sesama mereka. Interaksi yang mesra antara warga sekolah akan membentuk suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknya interaksi yang kurang atau tidak mesra langsung akan membentuk suasana yang tegang dan penuh dengan permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepada tingkah laku pelajar. Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa dan marah yang bercampur aduk, pelajar mungkin bertindak agresif seperti membakar bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta sekolah, memecahkan cermin kereta guru, mencalarkan kereta guru, memukul guru dan lain-lain yang melanggar disiplin sekolah. Selain itu, ada pelajar yang merasa rendah diri, merasa malu dan takut kepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh guru dan juga rakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran. Pelajar seperti ini merasa bosan dan ada juga yang membenci guru dan sekolah. Terdapat juga guru yang mengajar secara sambil lewa menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat dengan apa yang diajar oleh guru tersebut. Oleh kerana itu apabila timbul perasaan bosan dan jemu dalam diri pelajar, mereka akan bertingkah laku negatif seperti membuat bising, mengganggu kawan serta cuba untuk melarikan diri daripada sekolah. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

AWANG

12

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Guru dan sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menangani pelajar-pelajarnya daripada terjebak dengan gejala salah laku. Sekolah dengan kerjasama guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat kepada pelajarpelajarnya supaya setiap masa pelajar tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

4.2 Faktor Persekitaran


Kamus Times (1987), mendefinisikan persekitaran adalah keadaan sekeliling kita. Persekitaran ini berkaitan dengan sahsiah dan tingkahlaku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada kedudukan dan suasana persekitaran keluarga, masyarakat, media dan sebagainya. Pengaruh persekitaran terdiri daripada dua komponen besar iaitu persekitaran fizikal dan psikososial. Persekitaran fizikal seperti rumah dan bilik darjah yang kurang terang boleh membosankan pelajar. Cahayanya yang tidak cukup terang akan menyebabkan pelajar cepat bosan dan berasa mengantuk. Tingkah laku yang tidak sihat juga berpunca dari keperluan fisiologi seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan alam sekitar yang selesa. Seterusnya keperluan psikologi seperti keselamatan, rasa dimiliki, kasih sayang, penerimaan dan penghargaan juga mempengaruhi tingkah laku pelajar. Persekitaran yang merangkumi kedudukan sekolah, suasana sekolah dan suasana bilik darjah boleh memberi kesan kepada masalah disiplin pelajar. Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikit pun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi. Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang
AWANG

13

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan.

4.3 Faktor Semulajadi


Faktor semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya. 4.3.0 Personaliti Pelajar Personaliti merupakan tafsiran daripada tingkah laku seseorang terhadap sahsiah dirinya bagi mencerminkan dan melahirkan keperibadian individu tersebut. Oleh sebab itu, setiap individu yang lahir ke dunia ini mempunyai personaliti yang tersendiri. Ia melambangkan ciri-ciri keperbadian seseorang individu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Personaliti diterima sebagai satu cara untuk memahami tingkah laku manusia dan memperlihatkan tingkah laku individu dan cara individu menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Seseorang remaja itu sangat memerlukan nilai-nilai personaliti yang positif bagi menghadapi fenomena kehidupan masa kini yang semakin mencabar. Nilai personaliti yang baik yang wujud dalam diri seseorang remaja akan dapat membantu mereka membentuk asas keyakinan diri yang baik juga. Apabila remaja mempunyai latar belakang dan sokongan personaliti dan keyakinan diri yang baik, mereka akan berjaya dan dapat membezakan dengan jelas tindakan-tindakan atau perlakuan sosial yang baik, kurang baik atau tidak baik. Ini merupakan penghalang utama kepada keterlibatan remaja dalam salah laku sosial negatif. Tidak hairanlah gejala negatif di kalangan pelajar ini pasti ada di mana-mana sekolah seperti merosakan harta benda sekolah, peras ugut, buli dan sebagainya boleh mendatangkan kebimbangan kepada warga sekolah. 4.3.1 Kecederaan Ketika Bersukan Secara umumnya, semua jenis kecederaan yang dialami oleh seseorang semasa bersukan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan fizikal adalah digelar sebagai

AWANG

14

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

kecederaan sukan. Pengetahuan kecederaan sukan adalah sebahagian daripada ilmu sains sukan. Kecederaan sukan boleh diklasifikasikan kepada dua cara iaitu: i. ii. Mengikut punca sesuatu kecederaan itu. Mengikut jenis tisu yang tercedera.

Klasifikasi berdasarkan punca kecederaan sukan yang dialami oleh seseorang ada punca atau sebabnya. Tiga punca yang dikenal pasti sebagai penyebab adalah kuasa luaran, kuasa dalaman dan kuasa luaran biasa yang termasuk penggunaan melampau. i. ii. iii. Kecederaan Ekstrinsik (luaran) Kecederaan Instrinsik (Dalaman) Kecederaan Kronik

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) berkait rapat dengan sukan, maka adalah munasabah bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran PJ juga mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kecederaan sukan. Oleh itu, adalah penting guru mempunyai pengetahuan prosedur keselamatan semasa di padang dan gelanggang sewaktu aktiviti PJ dijalankan. Dengan ada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan pendidikan kecemasan ini, seseorang guru akan bertindak dengan lebih yakin lagi dalam menjalankan tugasnya sepanjang masa. Ini akan meningkatkan lagi martabatnya sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap keselamatan murid-muridnya

5.0 Kesimpulan
Aspek penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda utama pengurusan sekolah pada sepanjang masa. Amatlah penting bagi kita menolak sikap menunggu sehingga sesuatu kemalangan berlaku dan barulah mengambil langkah-langkah pencegahan. Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku. Kes kecederaan, kemalangan atau sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pihak atasan. Menyembunyikan sesuatu kes semata-mata untuk menutup kelemahan pihak sekolah bukanlah sesuatu langkah yang bijak.

AWANG

15

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

Rujukan
Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4. Haslina Hassan (2000). Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16. Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia.(1999). Manual kempen cara hidup sihat 1999. Promosi Keselamatan dan pencegahan kecederaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah. OUM (2007). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
AWANG

16

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sept. (1997). Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.6 Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal. 2.7 Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah. 2.8 Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. (Dicadangkan jawatankuasa dipengerusikan oleh GPK(HEM) dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru kanan yang menjalankan pelbagai aktiviti sekolah. Elok jika ada seorang ahli PIBG dan GB/Pengetua berfungsi sebagai penasihat).

7.2 Peranan Guru Besar/Pengetua Guru Besar atau Pengetua adalah bertanggungjawab untuk mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan kantin di sekolahnya. Mereka perlu memberi perhatian kepada perkaraperkara seperti yang berikut dan mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan prestasi yang paling tinggi dalam semua bidang seperti: Bangunan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat dan kelengkapan dari segi kekesanan fungsinya. Kebersihan bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
AWANG

17

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kebersihan makanan dan minuman Keselamatan di kantin keseluruhannya Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai pemakanan, harga, kepentingan agama dan lain-lain. Pengurusan dan pentadbiran kantin sekolah pada jangka pendek serta pengelolaan dan penyeliaannya pada jangka panjang.

Perkara-perkara yg boleh mengancam keselamatan warga sekolah 1.6 Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi. 1.7 Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undangundang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain.

1.8 Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikitpun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi. 1.9 Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan. 1.10 Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya.
AWANG

18

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

3. Tindakan Mencegah Kemalangan Di Beberapa Tempat Di Sekolah 3.1 Tempat Belajar - Bilik darjah, makmal sains, bengkel seni perusahaan, bilik sains rumahtangga, kebun sains pertanian, padang, gelanggang, gimnasium, pusat sumber dan lain-lain. 3.2 Tempat-tempat lain - Kantin, Dewan/Pentas, Tandas, Bangsal Basikal dan Motosikal, Perkarangan Sekolah, Asrama dan lain-lain. 3.3 Aktiviti Sekolah - Sukan, bergotong royong, perkhemahan, mandi laut/sungai. 4. Mencegah Kebakaran Perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran dan memastikan pelaksanaannya perlu diambil berat oleh pihak pentadbir sekolah dan semua guru. 5. Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Keselamatan Jalan Raya perlu diperkenalkan kepada murid-murid dan pelajar sekolah memandangkan meningkatnya kemalangan di jalan raya. Oleh itu adalah wajar dari peringkat sekolah rendah lagi murid-murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dalam menjaga diri mereka semasa menggunakan jalan raya.

C. Alam Sekitar Sekolah 1. Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah 1.1 Suasana dan keadaan sekolah yang bersih dan indah adalah merupakan antara faktor penting yang dapat menjamin iklim dan persekitaran sekolah yang harmonis dan nyaman serta dapat membantu ke arah keberkesanan peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran. 1.2 Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, 4 komponen perlu diambil perhatian iaitu: kecantikan, keindahan, keselamatan dan keselesaan. 1.3 Dalam memelihara alam sekitar sekolah, kecantikan perlu diberi perhatian. Setiap anggota keluarga sekolah perlulah tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menentukan kecantikan sekolah berkekalan. Antara tempat-tempat yang perlu diberi perhatian utama memelihara kecantikan sekolah ialah bilik darjah, makmal sains, bilik seni perusahaan/lukisan, bilik sains rumahtangga, gimnasium, stor, asrama, kantin, pusat sumber, dewan dan pentas, pejabat, tandas, bangsal basikal, gelanggang dan padang sekolah. 1.4 Unsur-unsur kecantikan yang perlu dipelihara termasuk kebersihan, pemilihan warna, bentuk, susun atur bangunan, kedudukan, kombinasi, pemilihan alat dan sebagainya.

AWANG

19

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

1.5 Keindahan boleh dimaksudkan sebagai keadaan sesuatu yang menarik atau memuaskan hati. Untuk memelihara dan mempertingkatkan keindahan alam sekitar sekolah, pengetahuan dan pengalaman dalam seni taman serta bangunan amatlah diperlukan. 1.6 Antara pengetahuan seni taman dan bangunan yang perlu diberi kepada mereka yang bertanggungjawab ialah pengenalan kepada kerja-kerja seni taman di sekolah, pembaikan tanaman hiasan, perancangan awal seni taman, pengurusan dan penyelenggaraan tanaman hiasan, penyediaan tanaman campuran, pengenalan kepada senibina landskap, bentuk landskap lembut, bentuk landskap keras, memilih warna bangunan, menghias berdasarkan bentuk bangunan dan penggunaan konsep ruang.

1.7 Aspek keselamatan perlulah dipertimbangkan dengan teliti dalam pemeliharaan dan peningkatan alam sekitar yang cantik dan indah di sekolah. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah kawalan penanaman tanaman bercerun, penggunaan hiasan yang boleh mencederakan, hiasan yang menghalang laluan, ruangan yang tidak cukup, tanaman yang melindung pandangan, pemilihan alatan, kawalan dan baik pulih peralatan dan permukaan tanah yang tidak rata. 1.8 Bagi menjamin keselamatan dalam menjaga dan meningkatkan kecantikan dan keindahan alam sekitar sekolah, papan-papan tanda, notis serta arahan-arahan yang pendek dan tepat perlulah diletakkan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. 1.9 Keselesaan bolehlah dimaksudkan keadaan yang tidak sempit, luas, lega serta tenteram tanpa apa-apa gangguan yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian. 1.10 Antara perkara yang perlu diberi pertimbangan dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan keselesaan ialah ruang, memenuhi keperluan, selamat dan tidak membahayakan, susun atur perabut kemas dan teratur, kebersihan, peralatan mencukupi, berkeadaan baik, terkawal dan mudah untuk penjagaan.

AWANG

20

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

AWANG

21

JAMALUDIN BIN 680301026039

HBHE3203: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

AWANG

22

JAMALUDIN BIN 680301026039

Anda mungkin juga menyukai