Anda di halaman 1dari 9

Sekolah Selamat 1.

Pendahuluan Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolaholah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan daripada keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru.

Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus

bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.


Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihanlatihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.

2.

Matlamat Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

3.

Objektif

i.

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

menghadapi sebarang isu

ii.

Meningkatkan

kefahaman

dan

penghayatan

terhadap

keselamatan

dalam

perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. iii. iv. v. vi. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.

vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. viii. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.

4.

Rasional i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan pendidikan dari segi keselamatan. iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti. institusi

5.

Definisi Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

6.

Elemen Perancangan Sekolah Selamat Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan. i. ii. Kesedaran awam atau komuniti. Penekanan kokurikulum. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Peraturan sekolah. Pengurusan bencana alam dan kecemasan. Kehadiran warga sekolah. Membasmi ponteng. Pencegahan dadah, rokok dan arak. Perkongsian bijak dengan agensi luar. Kesedaran sosial dan budaya. Kepimpinan murid. Penglibatan keluarga dan komuniti. Program khas bersama komuniti. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat. kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan

xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi. xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan.

xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah. xvii. Pembangunan staf. xviii. Kawalan keselamatan sekolah. xix. xx. xxi. xxii. Khidmat kemasyarakatan. Perkongsian bijak bersama korporat. Perkongsian bijak dengan media. Perkhidmatan kesihatan sekolah.

xxiii. Pengangkutan.

xxiv. Perundangan. xxv. Penilaian dan pemantauan.

7.

Perancangan Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 7.1 Cadangan Keahlian Jawatankuasa Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid KaunselorSekolah/Guru Bimbingan Wakil ibu bapa Wakil guru Wakil murid Polis JKKK/Rukun Tetangga Jabatan Kebajikan Masyarakat Majlis Juvana Wakil Persatuan Belia Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan Bomba Penghulu/Ketua Kampung Majlis Perbandaran/Daerah NGO yang releven Individu yang boleh menyumbang 7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat

Naib Pengerusi : Setiausaha Ahli-ahli : :

Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga)

Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan
yang ada

Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari
semasa ke semasa 7.3 Peranan Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :7.3.1 Peranan Sekolah: i. ii. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga. iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas. iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan. v. vi. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah

keselamatan. vii. viii. ix. Mewujudkan pelan pengurusan krisis. Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya. Mewujudkan pembelajaran. x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan. xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan. persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan

7.3.2 Peranan Komuniti : i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat selamat. ii. iii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah. iv. v. Menerapkan nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan. vi. vii. viii. ix. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi

mencegah jenayah. x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua.

7.3.3

Peranan Keluarga i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak. Mengenali rakan anak -anak. Bekerjasama dengan ibu bapa lain. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isuisu keselamatan. viii. Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.

8.

Harapan dan Tanggungjawab Sekolah Selamat

8.1 Harapan i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal. ii. iii. iv. v. Keselamatan harta benda terjamin. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan jantina. vi. vii. Dilayan secara adil dan saksama. Dihormati dan dihargai.

viii. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.

8.2 Tanggungjawab Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina. Bersikap positif terhadap orang lain. Menghargai perbezaan yang wujud. Bersikap dan bertindak adil. Memberi kerjasama dan bantu membantu. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan

perbuatan sumbang tanpa dihalang. viii. ix. x. Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi. Melaporkan setiap kes.

9.

Tatacara Pengurusan Polisi Sekolah Selamat

Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan 9.1. Prinsip i. ii. iii. iv. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta. Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya. v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah. vi. vii. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

9.2 Tatacara Membuat Aduan Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :i. ii. iii. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor. Berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.

10. Penutup Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah maka tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui

perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang tidak kondusif.

Anda mungkin juga menyukai